26

Romance Series 27241

Engku Mikhail menunaikan permintaan Julie agar bertemu empat mata dengannya...

Selesai perjumpaan antara keluarganya dengan Ummi Zaharah... Julie menitip pesan kepadanya... Julie ingin bertemu dengannya sebelum majlis yang bakal terlaksana.....

Engku Mikhail memandang sekeliling... Suasana taman di perkarangan Rumah Bonda begitu mendamaikan...

Sesekali anak-anak kecik melintas sambil berbisik dan ketawa ke arahnya..."sah-sah mengumpat aku ni..." Gerutu Engku Mikhail di dalam hatinya...

Suara lunak memberi salam mengejutkan Engku Mikhail... Seraya menyambut salam Engku Mikhail memandang kearah suara yang memberi salam tadi...

Kelihatan Julie sedang memandangnya dan bila saling bertatapan segera Julie alihkan pandangannya... Engku Mikhail bagaikan batu... Hilang segala marah dan rasa tidak puas hatinya tadi...
Walaupun sederhana dengan kurung kedah warna hijau muda berbunga kuning dan bershaw kuning keayuan Julie begitu memikat pancarinderanya...

Suara kecik yang menegur Julie mengejutkan Engku Mikhail di mana sebenarnya dia berada...

"Kak Jue - Kak Jue...ni ke boyfriend kak Jue..." Tanya si kecik molek Amina pada Julie... Yang lagi dua orang memandang Julie dan Engku Mikhail bersilih ganti... Sambil memandang mereka tersengih-sengih seperti kerang busuk...

"Pandai-pandai cakap boyfriend-boyfriend ni siapa yang ajar ni..." Geletek Julie pada Amina sehingga mengelitik tubuh Amina menahan rasa geli sambil ketawa riang....
"Dah la kak Jue... Penat laaa... Amina tanya jerr....Semua orang cakap boyfriend kak Jue datang nak jumpa kak Jue... Tu sebab kami datang tengok betul ke tak apa yang kami dengar tu..." terang Amina dengan mata yang bercahaya..

"Ooo... Gosip pasal akak la ni... Kecik-kecik dah pandai gosip- gosip.... Tau tak apa hukum bergosip..." Soal Julie acah-acah marah...

"Tau.. Hukum dia dosa..." Jawab Amina serentak bersama dua lagi temannya...

"Jadi... Apa Amina, Sara dan Kira sepatutnya buat.." Soal Julie lagi dengan wajah yang seperti tadi...

"Ya laaa... Kami mintak maaf... Sebab bergosip pasal akak dengan abang..." Jawab Amina sambil menghulur tangannya kepada Julie dan beralih kepada Engku Mikhail... Perbuatannya itu di ikuti oleh dua lagi rakannya...

"Kami dah minta maaf dah... Sekarang giliran akak pula..." Petah Amina mengatur kata...

"Akak... Kenapa dengan akak pula..." Soal Julie kebingungan...

"Soalan kami tadi akak belum jawab lagi... Ummi cakap untuk mengelak orang bergosip tentang kita... Kita mestilah berterus terang dengan keadaan sebenar agar tak terjadi fitnah..." Tazkirah dari Amina mengundang ketawa Engku Mikhail...

"Ok.... Untuk mengelak fitnah biar abang yang jawab..." Tiba-tiba Engku Mikhail bersuara... Semua memandang Engku Mikhail yang seakan tidak wujud tadi...

"Bagitahu la bang... Betul ke abang ni boyfriend kak Julie..." Soal Amina penuh gairah...

Julie menguih-guih tanah dengan sandalnya..
"Ya... Abang boyfriend kak Julie... Nama abang Engku Mikhail... Panggil saja Abang Mika... Umur abang 27 tahun..." Terang Engku Mikhail kepada tiga anak gadis di depannya itu...

Ketiga-tiga mereka bersorak riang... Seperti gembira sebab tekaan mereka betul...

" Sekarang dah dapat jawapankan... Jadi boleh tak tinggalkan abang Mika dan kak Jue... Kami ada benda nak bincang..." Sambung Engku Mikhail sambil tersenyum
seperti meminta kerjasama dari anak-anak kecik tadi untuk meninggalkan mereka berdua...

"Baikkk..."!! Ucap mereka serentak... Kaki mula melangkah tapi mereka masih lagi berbisik sesama mereka... Dan tak semena-mena Amina mematikan langkah dan berpaling mengadap Julie dan Engku Mikhail...

"Kak Jue... Kami suka abang Mika... Tapi kami lebih sukakan Abang Dyka... Dia selalu datang sini bawa banyak hadiah..." Ucap Amina tulus...

Muka Julie meronta merah... Bukan kerana malu.. Tapi kerana takut angin kus-kus Engku Mikhail datang menyerang kat sini... Nanti tak pasal-pasal menangis budak-budak ni dimarahinya...

Engku Mikhail memandang Julie tajam... Seakan pandangan itu meminta jawapan dan memberi amaran buat Julie...

"Abang mintak maaf... Lain kali abang datang sini... Abang bawa hadiah buat semua... Abang pun tak tahu rupanya kalau ABANG-ABANG datang melawat kat sini kena bawa hadiah..." Jawab Engku Mikhail dan perkataan abang-abang ditekanya... Jelingan dihadiahkan pada Julie...

Julie semakin gelisah dengan ancaman halus dari Engku Mikhail...

" Ni semua salah kak Julie laaa... Dia tak bagi tahu dengan abang untuk bawakan hadiah... So abang tak salahkan..." Sambung Engku Mikhail sambil tersenyum memandang anak-anak comel di hadapannya itu...

Ketiga-tiga mereka menangguk-anggukkan kepala mereka tanda setuju dengan penjelasan Engku Mikhail... Dan mereka kembali berlari anak meninggalka Julie dan Engku Mikhail...

Baru saja Julie melepas kelegaan.. Tiba-tiba...

"Selalu ke Endykha datang sini..." Soal Engku Mikhail bersahaja...

"Ya.. Selalu juga... Jawab Julie tanpa selindung...

" Sekarang dia ada datang tak..." Soal Engku Mikhail lagi...

" Entah saya pun tak tahu..." Jawapan Julie seakan memberi kelegaan buat Engku Mikhail...

" So... Kenapa kau beria nak jumpa aku ni...Ada hal penting ke sampai kau mintak aku datang sini..." Tanya Engku Mikhail sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Julie...

" Mungkin tak penting buat Engku... Tapi penting untuk saya..." Jawab Julie perlahan... Macam ni ke bahasa orang yang bertunang bercakap... Soal hati Julie...

" Apa... Tanya lah... Kalau pertanyaan engkau tu aku rasa perlu jawab... Aku jawab... Kalau aku rasa tak perlu aku jawab... aku tak perlu jawab... Kau fikir-fikir sendiri lah jawapannya..." balas Engku Mikhail...

"Boleh saya tahu... Apa alasan Engku lamar saya untuk jadi isteri Engku..." Soal Julie lagi...

Engku Mikhail ketawa kecik... Dia dah agak soalan ini akan Julie persoalkan...

"Aku lamar engkau salah satu sebabnya engkau yang cakap takut timbul fitnah kalau tinggal berdua dengan aku... Sebab keduanya engkau cakap engkau takut berdosa bila engkau terpaksa sentuh aku bila masa aku dalam kesakitan... Sebab ketiga dalam ramai-ramai pembantu upahan aku... Kau serasi dengan aku..."selesai bicaranya Engku Mikhail memandang wajah dihadapan cuba untuk membaca reaksi Julie dengan jawapannya..

Jawapan dari Engku Mikhail menyentakkan tangkai hati Julie...

" Dan yang paling utama... Sebab aku dah mula sayangkan kau Julie..." Kata-kata terakhir itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja... Dia tidak mampu untuk meluahkan kata cintanya pada Julie...

Jawapan yang diberikan oleh Engku Mikhail satu pun tidak menjawap soal hati Julie... Semuanya merepek bagi Julie..tidak kerana cinta atau sayang... Bagaimana nanti rumahtangganya... Satu keluhan berat terasa lekat dikerongkongnya...

Wajah gelisah dan tidak puas hati Julie ditatap ralik oleh Engku Mikhail... Dia tahu jawapan yang dia berikan tidak satu pun menjawab soalan sebenar Julie...

"Sekarang aku pula nak tanya engkau.. Apa sebab utama engkau terima lamaran aku..." Soal Engku Mikhail sambil memandang tajam kearah Julie...

"Engkau sayangkan aku..." Serkap jarang Engku Mikhail mengejutkan Julie...

"Saya terima lamaran Engku sebab itu pilihan terbaik Ummi buat saya..." jawapan Julie seakan goresan halus dihati Engku Mikhail...

"Laaa... Sepatutnya aku kawin dengan Ummi Zaharah lah... Sebab Ummi Zaharah yang setuju dengan lamaran ini..." Bicara Engku Mikhail membuatkan Julie terkebil-kebil...

"Jadi apa keputusan engkau... Nak teruskan hubungan ini atau engkau nak putuskan saja setakat ini..." Soal Engku Mikhail...

"Kalau engkau nak putus aku boleh bagitahu semua orang yang engkau tak nak teruskan hubungan ini... Alah keluarga kita tentu faham... Dia orang semua takkan sedih lah... Aku pasti... Mommy, Ummi Zaharah , Mak Hawa dan Sophie takkan sedih lah... Kalau sedih pun kejap saja..." Sambung Engku Mikhail panjang lebar... Dan dalam setiap kata-katanya dia telah letakkan perangkap yang akan menjebakkan Julie....

Hati dan perasaan Julie berbelah bagi... Antara rasa sedih hatinya atau rasa sedih yang akan dirasai oleh nama-nama yang disebut oleh Engku Mikhail tadi...

"Cepatlah.. Aku dah berpeluh ni... Panas..." Gesa Engku Mikhail lagi...

Baiklah kita teruskan hubungan ini.... "Tapi saya ada syaratnya...." Ujar Julie lagi...

"Syarat...!! Engku Mikhail mengerutkan dahinya.... Tidak disangka Julie akan meletakkan syarat pada hubungan yang bakal mereka lalui....
" Boleh... Tapi kalau syarat yang engkau letak tu merapu aku takkan setuju... Dan setiap syarat engkau tu boleh berubah mengikut masa dan keadaan... Boleh..." Soal Engku Mikhail kembali... Engku Mikhail sedikit berbangga dengan otaknya yang ligat mencari idea untuk tetap menjerat Julie...

" Baiklah... Saya setuju... "Jawab Julie tanpa berfikir panjang...

Baginya syarat itu tak akan merubah rasa hatinya dan perasaan Engku Mikhail... Yang dia fikirkan entah macam mana dia akan berhadapan dengan manusia kepala batu hati simen ni nanti di hari - hari mendatang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience