16

Romance Series 27241

Sudah hampir seminggu lebih Engku Mikhail berada di rumah keluarga nya... Dan hampir setiap hari kekecohan akan berlaku...

"Bodoh...!!!! Boleh pergi mati dengan semua orang ... Aku boleh hidup tanpa kau orang semua..." tempikkan keras dari bilik yang menempatkan Engku Mikhail serentak kedengaran bunyi kaca berderai...

Engku Haqkim buru-buru menuju ke bilik abang nya...pintu di buka... Kelihatan Engku Kamal sedang memegang hujung katil tempat pembaringan Engku Mikhail... Kaca dari lampu meja berteraburan di lantai...

Engku Haqkim menapak mendekati daddy nya... Lantas bahu daddy di cekam lembut... Dia memandang wajah Engku Mikhail sambil mengelengkan kepalanya...
"Degil... Kepala batu.." Itu lah kata-kata yang berlari di benaknya...

"Mika... Sudah-sudah la... Dalam keadaan macam ni Daddy harap sangat Mika tinggal kat sini... Biar kita tetap bersama... Biar kami jaga dan rawat Mika... Dan biar daddy tebus salah daddy dengan Mika..." Engku Kamal masih berusaha memujuk anak sulong nya..

" No... Aku nak balik tinggal kat kondo aku... Aku tak perlukan bantuan atau belas ihsan... Lebih-lebih lagi dari orang yang aku benci..."Engku Mikhail masih dengan kedegilannya... Dadanya berombak keras... Peluh dingin membasahi tengkuk dan mukanya....tangan dan tubuh nya terasa makin kejang... warna kulitnya semakin berubah...dan pandangan nya mulai gelap..

Hanya kedengaran suara Engku Kamal dan Engku Haqkim yang panik dengan kejadian itu...

Engku Mikhail terkulai di katil nya..

Doktor Hisham telah lama berlalu... Keadaan Engku Mikhail memeningkan semua orang dalam rumah itu...

Penjelasan dari Doktor Hisham sedikit sebanyak membantu mereka dalam mereka untuk menangani keadaan Engku Mikhail...

"Abang... Maria rasa kita benarkan Mika untuk tinggal di kondonya... Seperti kata Hisham tadi... Jangan dipaksa Mika lagi... Nanti jiwanya makin parah..." Engku Maria memulakan bicaranya...

"Abang pun fikirkan solution yang sama ... But who gonna be with him.. Mika... He too stubborn...." Engku Kamal menyuarakan kebimbangan nya...
"Haq dan Sofie pun masing-masing ada kerja mereka sendiri... Sofie masih lagi belajar... Dan Haq terpaksa menerajui company menggantikan Mika..." sambung Engku Kamal lagi...

Malam terus berlalu... Penghuni rumah itu masing-masing di ulit keletihan...

Jam menunkjukkan hampir makan tengahari...Mak Hawa sedang menyiapkan sajian... Dan hari ni Julie berkunjung seperti mana kebiasaan nya...

Sepanjang Engku Mikhail berada di rumah ini... Tidak pernah walau sekalipun Julie memasuki bilik Engku Mikhail... Hanya Mak Hawa... Sofie... Engku Haqkim dan Engku Maria sahaja yang di benarkan untuk memasuki bilik Engku Mikhail... Itupun atas perintah Engku Mikhail sendiri... Engku Kamal sendiri tidak di alu-alukan kedatangannya...
Mendengar apa yang terjadi semalam membuatkan Julie jatuh simpati kepada Engku Kamal... Bagaimana tegar Engku Mikhail membenci ayah kandung nya sendiri...

"Jue.... Sup ayam tu dah siap ke..." Pertanyaan dari Mak Hawa memotong lamunan Julie..

"Dah siap Mak Hawa... Sup untuk budak-budak tak ada sayur.." Jawab Julie sambil ketawa...

Mak Hawa ikutan ketawa...sambil mengelengkan kepalanya...

Hidangan yang telah siap di bawa Mak Hawa ke bilik Engku Mikhail...

Julie pula menapak menuju ke bilik Engku Maria untuk menjemputnya makan siang...

Engku Maria dan Engku Kamal telah berada di meja makan... Engku Maria kini telah mampu untuk berjalan menggunakan tongkat... Perubahan yang amat mengembirankan Julie... Tak sia-sia rawatan yang di jalani oleh Engku Maria...

"Julie jom makan sekali... Temankan kami makan..." Ajak Engku Kamal... Engku Maria sudah menepuk kusyen kerusi di sebelah nya... Sebagai isyarat agar Julie duduk di sebelahnya...
"Mak Engku dan Pak Engku makan dulu... Julie tunggu makan dengan Mak Hawa kejap lagi..." Tolak Julie... Segan rasa hatinya hendak makan dengan majikannya....

"Mak Hawa masih dalam bilik Mika... Entah apa lagi yang dia cakap dengan Mak Hawa..." Bebel Engku Kamal dalam sayu...

"Pak Engku jangan sedih-sedih... Buat masa sekarang Pak Engku dan Mak Engku kena sabar dan kena jaga kesihatan masing-masing..." Julie bersuara untuk memujuk kedua insan yang dihormatinya...

Engku Maria memandang gadis dihadapannya sekarang ini... Hatinya sungguh terpikat dengan gadis ini...

Mak Hawa muncul di ruang dapur dengan nasi dan sup yang tidak luak pun... Hidangan itu di letakkan di atas meja...
Semua yang ada di meja memandang kearah hidangan itu... Mak Hawa mengelengkan kepalanya dengan wajah sugul...

"Mika tak makan ya Mak Hawa..."Tanya Engku Maria dengan suara sayu...

"Tak Engku... Mika makan sedikit sahaja... Mika mintak Mak Hawa bagitahu Engku berdua... Dia nak balik kondo dia... Kalau Engku berdua tak izinkan Mika cakap dia takkan makan apa-apa lagi..." Mak Hawa sudah berlinang air mata ketika menyampaikan pesan Engku Mikhail...

"Abang... Macam mana ni..." Engku Maria semakin cemas dengan ugutan anak sulongnya itu...

"Baiklah.... Abang izinkan Mika untuk tinggal kat kondo dia... Tapi bagi abang masa dua hari untuk mencari perawat yang akan menemani Mika nanti..." jawab Engku Kamal... Dia sudah mengagak keadaan ini akan terjadi...

Suasana kembali sunyi....hanya bunyi angin yang menyapa langsir tingkap di dapur itu...

Julie dan Mak Hawa sedang rancak berbual sambil ketawa di penjuru rumah agam tersebut... Pokok-pokok bunga dan herba-herba biasa yang di gunakan dalam kehidupan harian juga tubuh segar dan menhijau...

"Jue... Cuba tengok pokok lemon dan pokok limau nipis ni... Ada ulat yang dok makan daun pokok laaa..." Mak Hawa mengomel sambil menguih ulat-ulat beluncas tersebut...

"Eyer ke Mak Hawa... Esok Jue bawakan racun serangga ya... Dekat rumah Jue ada racun serangga organik ni... Menjadi.." Jawab Julie sambil membuang daun-daun yang di makan ulat tersebut..

"Esok Jue tak datang tau... Jue nak jumpa umi... Dah dua minggu Jue tak jenguk Umi dan adik-adik...kalau ada apa-apa Mak Hawa call Julie ya..."
Mak Hawa mengangguk tanda mengiakan kata-kata Julie...

"Jom masuk... Julie pun dah nak pulang ni..." Ajak Mak Hawa sambil menarik tangan Julie... Julie hanya menurut Mak Hawa...

Setiap perlakuan Julie di rakam sepasang mata... Mata milik seorang Engku Mikhail... Hati nya terdetik lembut... Perasaan nya begitu tenang... Apa kah yang ada pada seorang gadis bernama Julie ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience