Dua minggu telah berlalu... Dua minggu selepas ketiadaan Amir... Dua minggu yang penuh huru hara...mengundang ketawa dan juga sakit hati...
Engku Mikhail telah mula berjalan dengan tongkat walaupun masih perlahan... Tak sia-sia pakar terapi datang setiap pagi dan petang untuk merawat Engku Mikhail...itu pun setelah perang besar dengan Engku Kamal....
Setiap rutin tugasan Julie juga berjalan dengan baik kecuali bila setiap kali Engku Mikhail hendak mandi atau ke tandas... Julie terasa ada beban yang berat atas dirinya... Semua anggota tubuh badannya seakan memprotes... Tapi terpaksa juga dia buat... Dah amanah nk buat macam mana...
Dan hampir setiap hari Engku Haqkim atau kawan baik Julie aka Engku Sofie akan singgah untuk menyelesaikan aktiviti dalam toilet Engku Mikhail...
Julie ingat lagi macam mana dia hampir menangis bila kali pertama dia mengalas tugas yang dilakukan oleh Amir sebelum ini...
Dia terpaksa memengang dan menampung badan Engku Mikhail dari jatuh... Dah la berat kena peluk pinggang lagi... Bila dah atas wheelchair bagai lepas hutang sejuta Julie rasa... Tapi bila dah masuk toilet terasa bagai hutang tu bukan sejuta tapi berjuta-juta... Tangannya terketar-ketar bila kali pertama butang baju yang dipakai oleh Engku Mikhail dibukanya...badannya di bongkok sedikit agar senang kerja jadi makin payah dia rasa... Bila Engku Mikhail mengangkat mukanya...hanya beberapa inci jarak antara mereka...
"Kaki aku yang sakit bukan tangan... Butang baju aku... Aku boleh buka sendiri..." Kata2 yang keluar dari bibir Engku Mikhail mengejutkan Julie...
Terkejut dengan situasi begitu... Julie mintak diri keluar dan jantungnya berdegup bagai dikejar harimau...
" Ya Allah... Apa aku dah buat ni... Dia bukan lumpuh satu badan... Malunya..." Bebel Julie dengan muka merah padam dan air mata mula menitik...
Bermula detik itu... Julie makin tidak selesa berada berdekatan Engku Mikhail... Dan kerana peristiwa itu Engku Haqkim dan Engku Sofie akan datang membantu Julie..Dan Engku Mikhail mula belajar untuk menggunakan tongkat...
"Baik aku bawa katil bantal semua dalam tandas... Kira pindah terus duduk dalam tu.." Bebel Engku Mikhail pada adiknya Engku Haqkim selepas keluar dari tandas...matanya sempat menjeling Julie... yang sedang menyiapkan pakaian malamnya...
Julie tahu Engku Mikhail menyindirnya tapi dia buat-buat tak dengar...."tak sabar langsung".. bisik hati Julie...
Engku Haqkim hanya ketawa mendengar rungutan abang nya... Matanya sempat dikenyitkan pada Julie..
Yang ni pun ada penyakit jugak...bebel Julie dengan perlakuan Engku Haqkim... Tak kira tempat kalau datang mood menyakat dia tu...
Jue...U keluar dulu siapkan makan malam... Kejap lagi I nak makan...lapar niii.. Nanti lepas solat magrib I keluar dengan Along untuk makan... Arah Engku Haqkim pada Julie..
Baik Engku...Jawap Julie sepatah sambil melangkah keluar dari bilik Engku Mikhail...
Setelah Julie keluar... Engku Haqkim memandang abangnya sambil mengeleng kepala... Tangannya mencapai kain pelikat untuk dipakaikan pada abangnya...
Engku Mikhail mengangkat keningnya tanda menyoal perlakuan adiknya...
Engku Haqkim memahami bahasa tubuh abangnya lalu menjawab..." Angah tak suka cara Along layan Jue macam tuu... Dia dah banyak tolong Along dan keluarga kita...kesian dia..." Lirih suara Engku Haqkim menasihati abangnya...
"Tolong.... Dia kerja... Bukan tolong ya... Lain tuu..." Balas Engku Mikhail bersahaja...
"Betul... Along bayar gaji... Tapi kita yang mintak tolong dia untuk jaga Along... Kalau ikutkan Jue nak sambung belajar... Sebab kesiankan Along dan kasih dia pada family kita... Jue sanggup korbankan kehendak dia..." Terang Engku Haqkim bersungguh pada abang nya...
" And I hope she get better than this in her life... Please... Angah harap Along jaga lisan Along..." Sambung Engku Haqkim lagi
Engku Mikhail terdiam... Ya dia akui... Kadang-kadang lisan nya menyakitkan hati... Tapi bukan itu yang dia maksudkan...
Setiap kali dia ingin berbicara dengan Julie... Perasan gemuruh dalam hatinya tidak memberi kerjasama...
"Along dengar tak..." Soal Engku Haqkim bila melihat abangnya diam mengelamun...
"Dengar laaa... Along bukan nya pekak..." Jawap Engku Mikhail pendek..
"Solat dulu... Waktu dah masuk ni..." Sambungnya lagi...
"Sedapnyaaa... Kalau boleh I datang hari-hari makan kat sini..." Bersungguh Engku Haqkim memuji sambil menyedok tomyam putih ke dalam pinggan nasinya...
Julie hanya tersenyum.... Engku Mikhail diam bersahaja memandang gelangat adik lelakinya...
" Jue jom teman kami makan... Jemput Engku Haqkim dengan mulut yang penuh dengan nasi...
" Kejap lagi saya makan... Engku makan la dulu..." Tolak Julie sopan
" Esok pagi I datang untuk ambik along keluar... Pergi hospital...so I breakfast kat sini laaa... U buatkan nasi goreng kampung boleh... I mengidam..." Pinta Engku Haqkim sambil buat muka mengada...
" Mintak aje ngan Mak Hawa... Dia boleh buatkan untuk Angah... Tak perlu menyusahkan orang rumah Along..." Jawab Engku Mikhail mewakili Julie...
" Eehh... Bila pula Jue jadi orang rumah Along..." Jawab Engku Haqkim mengejek..
Guupp... Liur ditelan terasa berpasir... Engku Mikhail terjerat dengan kata2 sendiri... Julie pun dah pandang semacam sudah...
"Orang gaji dengan orang rumah tu sama sajakan....bagi Along tak ada beza apa pun..." Selamba Engku Mikhail sambil menahan getar menjawab...
"Teruk betul bahasa melayu Along ya.." Sakat Engku Haqkim lagi...
Julie hanya diam membisu... Malas dia nak campur tangan dalam percakapan dua beradik tersebut... Kakinya melangkah meninggalkan meja makan tersebut menuju ke bilik tidurnya... Tuala dicapai... Air hangat yang membasahi tubuhnya bagai terapi untuk jiwanya... Segala masalah bagai mengalir bersama air mandian nya...
Share this novel