“So let me get this straight, you leave him because he is your stepbrother?”
“Correction, because he is going to marry someone else.”
Sven mengusap dagunya sambil mencerna cerita Adelia. Sven takjub, kalau ini dinegaranya sudah pasti sudah si pelaku akan dipandang hina masyarakat.
Sven menhenyak bahu “No judgement. Two consenting adults and you both literally have no blood relation. I guess it’s fine.”
“Are you skipping the fact that I left because of he is going to marry someone else?” Tanya Adelia mengangkat kening.
Sven menggeleng sambil tertawa kecil. Gadis ini benar-benar lucu. Adelia mendengus, kerap kali terpaksa berdamai dengan pandangan orang sekelilingnya.
“There are thousands of fish in the sea. Why him?” Soalan itu benar. Why him?
Adelia membuang wajah kearah manusia-manusia yang berjalan melintasi mereka. Cuaca yang baik untuk meluangkan masa di taman pagi itu. Sejak kali pertama kali mereka menghabiskan masa bersama, hubungan itu mula terjalin erat. Adelia menghargai kehadiran Sven. Lelaki itu santai dan menyenangkan. Beberapa kali cuba menggoda Adelia tapi Adelia lebih selesa berkawan.
Fikirannya masih dipenuhi oleh cinta pertamanya.
Sven masih dengan pensil dan pad lukisan, asyik melakar pemandangan dihadapannya.
“I don’t know. I guess, love does exist.”
Sven tersenyum menatap Adelia. Cliché. Jawapan itu terlalu naif.
“Seems like you don’t even know what you want.”
“Means?”
Sven mengores mata pencil pada pad lukisannya, Adelia mencuri pandang. Adelia melihat kearah hadapan mereka, seorang anak kecil memengang belon secara tak langsung menjadi model percuma buat Sven.
“Look at this way, you love them but choose to be here instead.” Sinis.
Adelia diam. Sven terus menembaknya tanpa henti.
“I don't remember that if we love someone, we need stop fighting for them. Isn't love supposed to keeps you going?”
Bang! Headshot!
Tiada kesembuhan buat Adelia. Kata-kata Sven menyiat hatinya. Tahniah. Sven 1 dan Adelia 0.
Betul. Adelia yang berhenti berjuang tapi kenapa Ren yang salah? Bukankah lelaki itu acap kali merayu untuknya tetap berjuang bersama. Siapa yang ego? Jawapannya jelas dan nyata.
Sven tersenyum menampakkan pelipat diantara mata dan pipinya seperti misai kucing “Have you ever tried to talk to him?”
“We never resolved this issue. He still refuses to talk about why he has to marry that woman”
“Strange.”
“Mhm…so I stop thinking about it.”
Sven mengerut dahi “No, you did not.”
Sven mengejek. Lelaki itu menyerahkan pad lukisannya kepada Adelia “Here.”
“Oh wow.” Adelia teruja melihat lakaran itu “It reminds me to the Bansky’s Girl with Balloon. It’s beautiful.” Mata Adelia berbinar, bibirnya terlakar senyuman ikhlas. Lukisan itu digambarkan dengan baik, Sven benar-benar berbakat.
“That drawing reminds me of you.”
“Eh?” Adelia terlihat bingung. Adelia bukan anak kecil ataupun belon.
“The balloon symbolised of hope. Either you catch or lost it, you should be ready for it. Letting go isn’t easy as much as chasing for it. For the rest, I think you know better.”
Adelia menatap Sven. Hatinya berubah sayu. Dalam hati Adelia bersyukur sentiasa dipertemukan dengan manusia-manusia yang selalu menyokong dan menyedarkannya. Lelaki yang baru saja Adelia kenali ini punyai pemikiran yang jauh lebih matang walaupun mereka sebaya. Mereka saling membalas senyuman. Saat itu Adelia percaya andai suatu hari nanti jika ruang hatinya terbuka lagi, Sven adalah orang yang layak menempatinya.
“Adel, here!” Valerie melambai-lambai dari jauh.
Adelia menarik Sven mendekati Valerie. Valerie meraih Adelia kedalam pelukan, gembira dapat bertemu sepupu iparnya itu.
Sebaik saja mendapat panggilan telefon daripada Valerie, Adelia terus ke tempat pertemuan seperti yang dijanjikan. Kata Valerie, dia bosan dirumah. Menjalankan bisnes sabun buatan sendiri membuat Valerie pengap. Banyak pesanan yang masuk dan harus disiapkan segera. Kebetulan ada beberapa barang yang Valerie harus beli. Jadi dia mengajak Adelia untuk menemaninya.
“Kak V, dah lama tunggu? Oh, ya this is Sven. Sven this is my cousin’s wife, Valerie.”. Valerie tersenyum melirik Adelia, memberi petunjuk bahawa dia teruja dapat berkenalan dengan teman baru Adelia. Sven menunduk hormat menyapa Valerie.
“V for short. Nice meeting you.” Sven menyambut baik huluran tangan Valerie. Adelia mengerut dahi melihatkan Valerie yang tak berhenti tersengih memandang mereka berdua,
“Is there something on my face?” Tanya Adelia meraba mukanya. Ketawa Valerie tersembur lalu menyengol sisi Adelia. Pandai saja Adelia buat-buat tak faham.
“No no, tak ada apa. You look great. You both look great.” Ujar Valerie yang pelat berbahasa melayu. Perkataan you both look great ditekan. Adelia dapat menghidu maksud lain disebaliknya.
Hari ini mereka ke Borough Market. Mereka mula menelusuri pasar yang dipenuhi ramai orang. Hari ini hari minggu, patut saja ramai disitu. Adelia suka suasana disini, terlalu berbeza dengan Malaysia, feelingnya lain. Air liur Adelia hampir saja menetes melihatkan makanan-makanan dihadapannya. Pelbagai macam dan pelbagai warna.
“I nak beli roti untuk Miki, He loves sourdough.”
“Abang Miki sihat?” Tanya Adelia yang membuntuti Valerie masuk kedalam kedai roti. Teringat perbalahan mereka tempoh hari. Nasib baik Mikhail malas memperbesarkannya.
“Doing great. Your mom calling him yesterday, asking about you.”
Adelia tersenyum kelat. Dia juga merindui Mama. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
“Oh Sven, sorry for the mixed language. I have been living in Malaysia for so long. Met my husband there.” Melihatkan wajah Adelia yang berubah, dengan cepat Valerie menukar topik.
“No worries. It’s intriguing.” Sven tersenyum.
“Adelia nak apa-apa?” Tanya Valeria. Rambang mata dibuatnya. Selain roti, bakeri itu menyediakan kek dan pastry. Mata Adelia tertangkap pada Kek keju dihadapannya, blueberry cheesecake kegemaran Adelia. Satu hal tentang Adelia, dia lebih menggemari buah dipadankan dengan pastri.
Kek itu terletak dikaunter paparan. “I think I will get this one.” Ujar Adelia sambil memandang kearah penjual dihadapannya.
“Let me get it for you.” Ujar Sven lalu mengeluarkan beberapa wang kertas dari dompetnya.
“Hey it’s okay. I got this.” Adelia menghalang, dengan laju mengeluarkan dompet dari tas tangannya.
“Please, let me.”
“Sven, don’t. I got this.”
Valerie berdehem, cuba mencelah untuk membuat mereka berdua berhenti bergaduh.
“Fine, I’ll pay for it. Together with these.” Kata Valerie sambil menunjuk kearah roti-roti dihadapannya. Adelia menunduk malu, akibat bergaduh dengan Sven, Valerie pula yang menawarkan diri untuk membayar.
“Adil kan?” Tanya Valerie dengan senyuman penuh makna. Wajah Adelia memerah. Dia boleh membaca pandangan itu. Pandangan yang cuba mengejek dia dan Sven.
“I’m sorry but I need to run now.” Ujar Sven yang melihat jam ditangannya. Adelia hanya mengangguk sambil menyedut kopi latte kesukaannya. Sven melambai kearah kedua saudara itu lalu berlari pergi. Sepertinya dia terlambat kesuatu tempat, Adelia sendiri belum sempat bertanya.
Adelia melirik kearah jambangan bunga Daisy ditangannya yang dihadiahkan oleh Sven. Saat mereka semua sedang seronok berjalan bersama tiba-tiba Sven hilang. Tak lama kemudian muncul kembali dengan jambangan bunga ditanganya. Wajah Adelia bertinta merah dihadiahkan bunga. Kali terakhir dia mendapat bunga adalah sewaktu bersama dengan Ren. Lelaki itu sering menghadiahkan jambangan mawar merah kepadanya tanpa perlu majlis Istimewa.
“You said you name is Bunga Adelia. Bunga means flower. So, I give you this flower.” Kata-kata Sven bermain difikiran Adelia.
“Kamu adalah satu-satunya bunga yang terpaling cantik. My favorite kind of flower.” Suara Ren pula yang singgah dibenaknya. Adelia terdiam. Jiwanya bergelojak. Dilubuk paling dalam, dia terlalu merindui lelaki itu.
“So…” Suara Valerie menyedarkan Adelia,disikunya perut gadis itu. Muka isteri sepupunya itu bercahaya.
“What?” Adelia menunduk muka cubaan untuk mengelak.
“Bila Adel cakap Adel nak bawa kawan, I was like, hmmm I wonder who is going to be. I don’t expect a handsome man to company us today” Valerie tidak berhenti tersenyum. Adelia tertawa kecil.
“Nothing to talk about la, Kak V. Kami tak ada apa-apa. Hundred-percent kawan dan rakan sekelas.”
Mereka merebahkan punggung pada salah satu bangku disekitar situ.
“Classmates didn’t give you flowers.” Sindir Valerie. “Do you remember last time we came here? You were so mad about Miki interrogating you. I still remember your face. That sad face. I’m glad it’s not a sad face today.”
Adelia tersenyum senget. Di pasar ini Valerie membawanya berjalan-jalan. Merawat hatinya dengan makanan manis. Dihari itu juga Adelia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi.
“Do you still think about him?” Him. Adelia tahu itu siapa.
“Everyday.” Adelia meletakkan cawan plastik berisi kopi itu disebelahnya.
“Don’t you want to contact him back? I think he has been looking for you.”
“Why do you think so?”
Valerie menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya.
“I’m not sure about this but sometimes Miki will receive these calls from someone. I’m pretty sure it’s a Malaysian number. I’m sure it’s not from your mom, I have seen it. Satu hari I pick up this call and I can hear a man’s voice.”
Adelia terkejut mendengarkan itu, hatinya berdegup kencang.
“Apa Abang Miki cakap pasal tu?”
“Miki didn’t want to talk about it. He said nothing. But you know Miki, his mulut likes to quack quack, nothing is something.” Valerie ketawa kecil mengutuk suaminya sendiri. Adelia tersenyum canggung, fikirannya entah kemana-mana.
Valerie tersenyum manis “But I like Sven. He is a good guy.”
“He is.”
“It’s fine to give yourself time to heal. No rushing.”
Adelia tersenyum melihat wajah tenang Valerie. Adelia masih ingat saat Valerie bercerita tentang dirinya dan Mikhail. Mereka bertemu di sekolah antarabangsa kerana Valerie mengikut bapanya berpindah ke Malaysia. Penceraian ibubapanya membuat Valerie trauma untuk menjalinkan hubungan serius. Namun hati wanitanya tersentuh bila melihat Mikhail yang tidak berhenti berjuang untuknya. Lelaki itu mencintai Valerie apa adanya, memberi sokongan untuk dia lebih percaya diri. “You the one who going to change yourself. Orang disekeliling hanya untuk mendukung. It’s okay to not feeling okay. Your life, your pace. Remember to not succumb yourself too long, okay?” Ujar Valerie lagi. Valerie benar, your life your pace.
Adelia tersenyum, wajahnya mulai berseri “Yeah. No rushing.”
“How she’s doing?”
“She’s doing fine. Trust me. Aku dengan Valerie selalu jaga dia.”
“I know I can trust you, Bro” Ren membaling putung rokok ke tanah lalu memijaknya. “Send me the information. Aku akan susul kemudian.”
“Sure.”
Panggilan ditamatkan. Ren berbalik badan menghadap mansion dihadapannya. Seorang wanita berpakaian berkemeja putih dan berskirt hitam menunduk hormat kepada Ren.
“Madam sudah tunggu diruangannya.” Ujar wanita itu. Ren masuk kedalam lalu menuju kearah lif kecil. Menekan tombol 3 lalu lif itu membawanya ketingkat paling atas mansion itu.
Dia berjalan tegak menuju ke arah satu-satunya bilik yang terdapat diruangan itu kemudiaanya berhenti menarik nafas sebelum memulas ganggang pintu. Mata-mata dingin yang menyedari kehadiran Ren berpaling melihatnya. Ren mengenali mereka semua. Orang-orang kanan Ibunya, Sakura.
“Keluar.” Arahan itu diterima serta-merta. Tiga lelaki bertubuh kekar bangkit lalu berjalan keluar tanpa memutuskan pandangan mereka kepada Ren. Mata Ren bertemu dengan salah seorang daripada mereka. Kenji. Kenji tersenyum sinis, tatapnnya penuh dengan ejekan. Ren berjalan kearah Sakura yang sedang duduk elok ditahtanya. Tahta yang dipenuhi dengan kertas-kertas perjanjian dengan orang yang tidak mampu menyelamatkan diri sendiri. Memohon bantuan dengan Sakura, andai perjanjian itu tidak ditepati, darah sebagai pengganti.
“Mom.” Sapa Ren sambil menundukkan separuh badan. Sakura membakar rokok, dia terlihat dingin.
“Bagaimana dengan majlis perkahwinan mu?” Suara nyaring menampar telinga Ren. Tubuhnya sedikit menggeletar. Ren cukup gentar dengan sosok ibunya, perempuan neraka.
“Tentang itu. Aku masih perlu berbicara denganmu.”
Sakura menjentik abu rokok kedalam bekas perak dihadapannya. Dia menyandarkan badan lalu menyilangkan kaki.
“Kau masih belum menyerah? Apa kau tidak serik diajar oleh orang-orang ku?”
Ren masih ingat saat dia berpisah dengan Adelia, perkara pertama yang dia lakukan adalah kembali ke jepun. Melutut didepan Sakura meminta supaya membatalkan perjanjian perkahwinan. Sudah 7 bulan Ren disana, tidak mengalah walaupun habis-habisan dibelasah dan digertak oleh konco-konco ibunya.
Suasana suram dingin mengigit tubuh Ren. Dia jadi tidak tenang melihatkan wanita dingin yang duduk berhadapan dengannya. Wanita itu langsung tidak mengalihkan pandangan, menatap tepat kearah Ren. Ren tertunduk. Tidak pasti itu tunduk hormat atau tunduk merayu. Dahinya basah berkeringat dingin.
“Jadi kau tidak akan berhenti mengalah sehingga aku merestukan kau dengan perempuan itu?” Ren mengetap giginya menampakkan rahangnya yang mengetat.
“Kau tahu apa persamaan kita?”
Ren mula mengangkat muka. Wanita mematikan rokok lalu menghirup teh didalam cawan. Membersihkan kerongkong dari kotoran debu.
“Kita tidak akan berhenti sehingga kita dapat apa yang kita mahu.” Dia kembali meletakkan cawan diatas piring.
“A-aku…”
“Kau benar-benar tidak mahu mengalah? Apa kau yakin dengan perjuangan mu ini semua akan dibalas kebahagiaan? Bahagia apa yang kau cari? Kau terlahir di dalam klan ini. Kau masih terlalu naif.”
“Nampaknya kau tidak memberi aku pilihan, Ren. Jadi aku akan memberi kau beberapa pilihan. Pilihan yang sama pernah aku berikan dulu tapi aku akan tambah satu pilihan baru.”
Kata-kata Sakura terdengar seperti jaminan. Namun tiada jaminan yang baik yang datang dari wanita dingin itu.
“Berkahwin dengan Catherine dan ambil alih Spectra Holding. Kau senang, aku senang, orang kelilingmu juga senang.”
“Pilihan kedua, Ambil alih tempatku disini. Ambil alih segala kerja yang kau rasakan kotor ini. Siapa saja pilihanmu, aku tidak akan peduli meskipun itu anak perempuan sialan itu.”
Ren ada sebab tersendiri untuk tidak memilih pilihan kedua. Dia mual dengan kerja kotor ibunya. Dadah, senjata, lintah darat, memperdagangkan manusia. Sebut sahaja.
“Pilihan ketiga…”
Sakura diam memberi jeda.
“Kau bisa hidup dengan caramu. Buat apa yang kau mahu tapi ingat, aku tidak menyenangkan mu sampai kau mati.”
Pilihan ketiga itu yang baru. Itu bukan pilihan. Itu ancaman maut. Ren tahu Sakura itu wanita kejam. Hidup berlari itu sama saja dengan meminta mati.
“Kau fikir kalau kau memilih untuk berlari, perempuan itu akan memandangmu? Mahu hidup bersamamu?” Hilaian Sakura bergema diseluruh bilik. Ren mengepal tangannya. Sakura bangkit, bunyi tumit kasutnya berdenting menyakitkan telinga.
“Kau tahu kenapa aku dan ayahmu masih berhubungan walapun sudah bercerai? Walaupun setelah apa yang dia lakukan kepada ku? Itu kerana ayah mu bijak.”
“Menggunakan ayahku sebagai pelindungnya, merayu ayahku untuk memberi harta keluargaku kepadanya. Kau fikir aku tidak bisa menghancurkan lelaki tak guna itu?” Sakura merengus kasar. Dadanya turun naik menahan marah. Fikirannya penuh kebenciaan setiap kali dia teringatkan bekas suaminya itu.
Sakura kembali menyeringai. Perempuan ini sudah gila.
“Kau fikir ayahmu itu suci? Kau berlari berlindung kepadanya tapi kau lupa dia itu juga dibawah telunjuk ku. Bersyukur saja aku tidak membunuh isteri bodohnya itu.”
“Semua aset milik Spectra Holdings adalah milik Ayahku yang diwarisi oleh Boris. Harta itu hanya boleh diwarisi oleh engkau tapi jangan kau lupa bahawa kau milik aku.”
“Jadi, berbuat baik lah kepada ibumu. Jika kau mahu jadi pelarian, ya silakan. Nantikan saja nasib mu. Orang-orang ku juga sudah siap untuk merosak hidupmu.”
Ren cuba mencerna semua ancaman yang keluar dari mulut ibunya. Ancaman demi ancaman meluncur dari bibir merah mengilat wanita gila itu.
“Jadi apa pilihan mu?”
Ren kembali mendongak menatap ibu nya. Rasa gentar dibuang jauh-jauh. Dia berusaha dan tidak pernah menyerah untuk hidupnya dan Adelia. Ren mahu membawa Adelia pergi dari semua ini. Dia mahu bersama dengan cinta hatinya. Katakan Ren bodoh, dia tetap mahu berjuang untuk gadis itu.
Ren menghelakan nafas. Wajah Sakura ditenung dengan begitu lama. Andai dia tersilap langkah, perjuangannya kan berakhir dengan sia-sia.
“A-Aku pilih untuk berlari.”
Share this novel