BAB 1

Romance Series 12774

Harleesa menghidupkan enjin keretanya berulang kali.Namun hampa.Keretanya yang tiba tiba sahaja mati dipersimpangan jalan membuatkan Harleesa bungkam.
"Kereta ni pun time ni kau buat hal ya," bebel Harleesa perlahan.Dia memerhatikan sekeliling kawasan.Sunyi,sepi.Tiada satu makhluk pun yang kelihatan.Yang ada pun langsung xmahu membantu.
Harleesa mengambil telefon bimbit didalam handbeg lalu menekan pad telefon tersebut. Dia mula rasa nak menangis kuat kuat.Telefon bimbitnya kehabisan bateri.Disaat dalam kesusahan, telefon pula buat hal.
"Ma..Pa..Kak liaa tolong Leesa.Ya allah bantulah aku ya allah.. Apa yang patut aku buat? Kalau aku keluar dari kereta ni,sudah tentu aku dalam bahaya.Tapi jika aku tak ambil apa apa tindakan, takkan aku nak bermalam dekat sini?" Harleesa monolog sendirian..
Tiba tiba tingkap keretanya diketuk perlahan.. Dia melihat seorang jejaka yang entah muncul dari mana mengetuk tingkap kereta itu.. Harleesa berkira kira samada mahu membuka tingkap itu atau tidak.Dia bimbang akan keselamatan diri.Akhirnya setelah puas berfikir dia membuka tingkap keretanya.Tawakal.Semoga Allah melindunginya.
"Cik okey ke? Kenapa berhenti dekat sini? Kawasan ni bahaya." Soal lelaki itu.Perihatin.
"Saya tak akan berhenti tepi jalan ni kalau tak bersebab.Entahlah.Kereta ni apa masalah pun tak tahu.Tiba tiba sahaja tak boleh nak hidup." Harleesa menghentak perlahan streng keretanya tanda geram.

"Bateri kong kot.Tak pun starter rosak?" Jawab lelaki itu.Ramah.

"Entahlah.Mana lah saya tahu apa masalah kereta ni.Saya bukan pomen.Telefon pula habis bateri. Malang betul lah." Balas Harleesa perlahan namun masih boleh didengari oleh lelakmui itu.

"Macam ni lah,saya call kawan saya.Dia pomen.Tapi kena tunggu sekejap.Rumah dia berdekatan kawasan ni. " Ujarnya lalu membuat panggilan.

"Sorry sebab menyusahkan encik.Kalau encik tak ada,tak tahu lah berapa lama saya kena tunggu dekat sini." Ucap Harleesa sambil menghadiahkan senyuman ikhlas.

Share this novel

Norzalina
2020-02-25 01:44:29 

lmbt lg ke nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience