BAB 3

Romance Series 12774

Sampai sahaja dihadapan Klinik,Syed Hakim terus sahaja mematikan enjin keretanya.Jam dipergelangan tangan dibelek laju. Hampir menginjak ke angka 10 malam. Gadis yang berada disebelahnya kelihatan sangat letih sehingga tertidur. Dia mengambil peluang untuk mengintai wajah manis itu. Cantik. Sejuk mata memandang. Memiliki seraut wajah kacukan. Pasti gadis ini anak kacukan. Dengan berbaju kurung moden bermotifkan bunga berwarna coklat dan berselendang berona krim. Apa yang lagi menawan hatinya,gadis ini memang berani. Jarang dia jumpa wanita yang seberani ini.
Syed Hakim segera menarik perlahan pergelangan baju gadis itu bagi menyedarkannya. Untuk memanggil nama, dia sendiri tidak tahu siapa nama gadis itu.

Harleesa tersentak apabila dia rasa ada sesuatu yang menarik hujung bajunya. Segera dia membuka mata. Allah. Dia tertidur. Malunya.

"Sorry..Saya tertidur. Dah lama ke kita sampai? Dekat mana ni?" Harleesa menutup mulutnya yang tiba tiba sahaja menguap. Tak sopan sungguh rasanya.

"Tak apalah. Saya faham. Lagipun baru je sampai. Sekarang kita ada dekat Damansara. Kita singgah klinik ni dulu okey. Cuci luka awak.Takut nanti kalau dibiarkan lama, dapat infection pula." Jawab Syed Hakim. Itu kliniknya. Mujurlah klinik itu beroperasi 24 jam. Ada dua doktor yang bertugas. Syifnya pada pukul 10 pagi sehingga pukul 7 malam untuk minggu ini.

Harleesa memandang signboard klinik yang terpampang tulisan besar KLINIK SYED HAKIM AHMAD.Mujurlah tidak ramai pesakit yang kelihatan di kerusi. Tidak perlulah dia menunggu terlalu lama.

Dia berjalan perlahan mengikut lelaki tersebut. Mujurlah ada tuala kecil milik lelaki baik hati itu. Boleh juga dibuat tutup bahagian yang koyak dan menekap luka itu dari terus berlakunya pendarahan.

Syed Hakim meminta Harleesa mengikutinya terus menuju ke bahagian bilik belakang . Dia sempat lagi melihat reaksi gadis ayu itu yang kebingungan. Mungkin bingung dek kerana melihat dia begitu berani sekali masuk ke bilik tersebut.

Syed Hakim meminta peralatan untuk mencuci dan menjahit luka dari pembantu yang bertugas malam itu.

"Apa nama awak? Awak kerja dekat sini ke?" Soal Harleesa sebaik sahaja lelaki itu mencuci luka dia belakang sikunya.Menutup malu pun ya juga kerana sedikit sebanyak tangan gebunya yang dijaga selama ini dapat dilihat oleh bukan mahram. Tapi relakan sahaja kerana terpaksa. Keadaan darurat.

"Nama saya Syed Hakim Ahmad. Awak boleh panggil saya Kim. Atau apa sahaja yang awak suka asalkan jangan panggil hoi sudah." Syed Hakim tergelak kecil.

"Nama macam penyanyi tu.Awak owner klinik ni kan. Saya ada perasan signboard dekat depan tu." Bilang Harleesa perlahan. Ingatannya laju teringat penyanyi dan pelakon Akim Ahmad suami si Stacy.

"Akim Ahmad tu pasti public figure. Saya doktor. Nama saja hampir sama. Tapi tak serupa.Awak pula apa nama? Berani betul awak lalu kawasan tu. Situ memang banyak kali saya dengar orang kena samun."

"Doktor panggil saja saya Leesa. Nama penuh saya Illi Harleesa.Entahlah.Benda nak jadi. Niat saya nak lepaskan diri dari jammed dekat highway sebab ada excident tadi. Tu yang cilok cari jalan pintas balik rumah. Tapi nasib tak berapa baik.Haishh.Ini lah padahnya sebab saya tak dengar kata papa. Papa pesan banyak kali dah jangan sesekali lalu situ. Saya yang degil." Harleesa mengeluh. Sesekali dia mengerutkan dahinya apabila terasa jarum mencucuk kulit. Dia terkena enam jahitan kata Doktor Syed Hakim. Dia bernasib baik kerana luka itu tidaklah terlalu dalam namun masih perlu dijahit.

"Tak mengapalah.Ambil jadikan iktibar ,pengajaran.Lepas ni kena dengar dan patuh pesan orang yang lebih tua dari kita. Mereka pesan tu bersebab.Bukan saja saja nak pesan.Leesa dari mana sebenarnya? Malam malam macam ni baru balik." Soal Syed Hakim berminat mengetahui aktiviti gadis itu.

"Saya jumpa klient tadi.Tu yang balik lewat.Tak sangka kereta buat hal pula.Benda nak jadi. Tak boleh elak. Apa apa pun saya nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih pada doktor. Kalaulah doktor tak tolong saya tadi, entah entah sekarang saya dah jadi arwah apa." Harleesa sempat lagi berseloroh.

"Awak ni. Tak baik cakap macam tu. Awak seharusnya bersyukur . Sebab Allah masih lagi beri awak peluang untuk bernafas.Untuk mengerjakan ibadahnya." Nasihat Syed Hakim. Lembut. Menusuk sanubari seorang yang bernama Illi Harleesa.

"Alhamdullilah. Doktor satu lagi saya nak minta tolong sangat. Yang terakhir kali.Boleh tak doktor pinjamkan saya telefon? Saya nak call papa. Suruh dia jemput saya dekat sini." Pinta Harleesa penuh mengharap.

"Saya kan ada. Saya boleh tolong hantarkan awak balik. Lagipun sekejap lagi kita kena pergi balai.Buat repot." Kata Syed Hakim.

"Saya tak nak susahkan doktor. Kesian pula dekat doktor nak balik rehat kan.Takut juga anak isteri tunggu dekat rumah. Lagipun dah malam ni. Entah pukul berapa nak siap buat repot segala bagai tu." Harleesa gusar. Bimbang. Baginya cukuplah sampai situ sahaja dia menerima pertolongan dari Syed Hakim. Masa lelaki itu terbuang gara gara menolongnya.

"Kalau saya balik pun, yang tunggu saya dekat rumah si Ronaldo dan Jlo.Kucing peliharaan saya. Saya still single and available.Masa saya selain dari rumah, dekat klinik ni. Kalau bosan saya keluar lepak dengan kawan. Tak ada masa nak cari orang rumah." Bilangnya.Umur Syed Hakim hampir menginjak 35 tahun.Bukan tak mempunyai paras rupa namun dia saja yang malas mencari pasangan hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience