Usai keluar dari bilik perbicaraan, Harleesa mengulum senyuman puas. Seperti yang dijangkakan, dia menang kes tersebut. Alhamdullilah. Doa insan teraniayai pasti akan termakbul.Samada lambat ataupun cepat je.
Puan Aimi menangis semahunya dek kerana gembira. Akhirnya namanya sudah bersih dari fitnah.Nasib anaknya Syafiyyah akan terbela selepas ini. Apa yang membuatkan dia lagi puas hati melihat riak wajah bekas mertuanya. Selama ini cakap selalu gah, akhirnya hari ini dia jatuh tersungkur tidak mampu terkata. Jangan nanti dia menuntut pula cucunya itu sudah.
"Cik Leesa, tadi keputusan hakim tu saya tak salah dengar kan. Ya Allah saya happy sangat cik Leesa. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Terima kasih cik Leesa tolong saya menang kes ni.Cik Leesa memang the best lawyer. Tak rugi saya ambil cik Leesa untuk kes saya ni." Bilang Puan Aimi berpuas hati. Segala beban yang terkumpul dalam benaknya perlahan lahan menghilang.
"Hahaha..Memang tak salah lagi puan. You win. Tahniah ya. Kebenaran pasti berpihak pada orang yang benar.Jom saya belanja puan minum." Harleesa mengajak Puan Aimi ke kafeteria berhadapan bangunan itu.
"Sepatutnya saya yang kena belanja Cik Leesa. Hehe. Tapi rasanya sekarang tak boleh. Saya nak kena ambil Fiya dekat pengasuh sebab petang ni pengasuh yang jaga dia tu ada hal." Jelas Puan Aimi. Menolak pelawaan itu kerana dia kesuntukan masa.
"Oh. Tak Apalah. Next time nampaknya.Nanti kita jumpa lagi ya." Harleesa memahami komitmen puan Aimi.
"Sudah semestinya. Saya nak bawa Fiya jumpa cik Leesa.Saya pergi dulu ya Cik Leesa. Terima kasih banyak banyak." Usai bersalaman,Puan Aimi segera meninggalkan Harleesa sendirian. Dan dalam masa yang sama kelihatan Datin Sarimah with the geng. Harleesa menghadiahkn senyuman sinisnya. Namun yang dia dapat hanya jelingan maut.
"Lantak kau lah Sarimah oii.Tak kuasa aku nak layan." Bebel Harleesa sendirian.
"Haa. Bebel apa tu? Dah menang pun tak kan tak puas hati lagi." Tegur Tuan Zabidi Majistret separuh abad yang mengendali kes hari ni.Kawan papanya.
"Uncle ni. Terkejut Leesa.Mana ada bebel. Leesa mengeluh sikit je.Leesa happy sangat tahu tak.Uncle dah makan ke? Jom Leesa belanja makan." Harleesa ramah melayan.
"Ni macam rasuah uncle sebab menang kes je." Tuan Zabidi tergelak. Harleesa tidak ubah seperti Dato Rizuan. Peramah, pemurah.
"Uncle ni kesitu pula dia. Orang ikhlas tahu tak." Harleesa tersipu malu.
"Uncle gurau je my sweety. Uncle ada kes lagi ni. Tak dapat nak join kamu. Sorry okey. Apa apa pun sampaikan salam uncle pada papa." Tuan Zabidi meninggalkan Harleesa.
Sebelum balik office, Harleesa berjalan menuju ke tandas berdekatan.
Harleesa mengambil kunci keretanya yang diletakan didalam handbeg lalu menekan button kunci tersebut.. Dia meletakan fail dan blazernya di bahagian belakang tempat duduk. Baru sahaja hendak melabuhkan pungung di kerusi dia bingkas keluar. Dilihatnya tayar kereta seperti ada yang tidak kena. Dia menjerit geram.
"Puaka mana pula yang rosakan tayar kereta aku ni. Lahabau betul lah. Kurang ajar." Katanya geram. Harleesa membelek keempat empat tayar kereta tersebut .Dua biji tayar dibahagian hadapan berlubang ditoreh dengan objek tajam. Tapi dia tidak pasti objek apa yang digunakan untuk merosakan tayarnya itu.
Harleesa mengunci kembali keretanya lalu segera menuju ke arah guard yang sedang duduk di kerusi.
"Pakcik, saya nak tanya dekat sini ada cctv kan?" Soal Harleesa.
"Ada cik. Apa masalahnya tu?" Tanya pakcik security guard.
"Entah binatang apa yang toreh tayar kereta saya.Hancur pakcik. Sakit betul hati saya ni.Saya nak tengok cctv siapa punya angkara. Melampau sangat." Jawab Harleesa.Bengang.
"Cctv disini hanya cover kawasan dalam bangunan sahaja puan. Kawasan parking tiada cctv." Terang Pak cik guard tersebut. Timbul perasaan kasihannya.Siapa lah yang perdajal gadis itu.
"Tak apalah pakcik. Kalau saya dapat tahu siapa yang buat,memang tak tenang hidup dia.Pakcik boleh tolong saya tukarkan tayar kereta tak? Saya ada tayar spare dua biji.Nasib baik si puaka tu rosakan dua biji tayar je." Harleesa meminta pertolongan lelaki itu.
"Jom pak cik tolong.Setakat nak tukar tayar kereta tu pak cik tahu lah.Kalau nak betulkan kerosakan lain, memang bukan bidang pakcik."
Harleesa membawa pakcik security menuju keretanya. Dia membuka bonet dan mengeluarkan alatan yang memang sedia ada di dalam bonet.
Hampir setengah jam pakcik security menukar tayar,, akhirnya siap juga. Harleesa menghela nafas lega. Mujurlah ada pak cik yang baik hati.Jika tidak siapa lah yang ingin dia minta tolong. Selepas ini, dia perlu belajar cara cara tukar tayar kereta. Senang nanti jika hal sebegini terjadi lagi. Tapi minta sangat dijauhkan.
Harleesa mengambil not Rm50 sebanyak tiga keping lalu dihulurkan kepada lelaki separuh abad tersebut.
"Tak mengapalah cik. Saya tolong ikhlas. Bantuan kecil saja ni." Tolak pak cik security lembut. Walaupun dia memang tengah sesak bulan itu, namun tidak sanggup pula mengambil sebarang pemberian dari orang lain.
"Pak cik, saya pun ikhlas tau. Anggap ini hadiah saya untuk pak cik. Lagipun setiap kali saya menang kes, jadi rutin saya untuk bersedekah.Hari ni tertulis rezeki pakcik.Saya harap pak cik tak menolak." Harleesa memasukan duit itu kedalam poket baju pakcik guard. Bukan rasuah. Itu upah untuk pak cik tersebut.
"Ya allah. Terima kasih banyak banyak cik. Semoga murah rezeki cik.Di sihatkan tubuh badan untuk bekerja mencari rezeki. In sha allah. Amin." Jawab pakcik itu serasa tersenyum manis. Ada juga bekalan makanan untuknya seminggu dua ini.
"Sama sama pakcik. Amin. Terima kasih atas doanya ya. Saya pergi dulu. Nanti bos bising pula masuk office lewat."
" Baiklah cik. Hati hati ya." Pak cik security berjalan perlahan meninggalkan Harleesa.
Share this novel