BAB 15

Romance Series 12774

Tepat pukul 12 tengahari Harleesa mengemas meja kerjanya supaya kelihatan kemas dan rapi.Fail yang berisi maklumat klient diletakan di dalam bakul.Bingkas dia mengambil handbeg dan kunci kereta diatas meja dan segera meninggalkan bangunan pejabat. Dia hanya ada masa selama dua jam lebih untuk bertemu Syed Hakim di klinik lelaki itu.Syed Hakim tidak tahu akan kedatangan nya. Sengaja dia ingin memberi kejutan.

Sebelum itu, dia singgah dulu di restoran makanan korea. Membeli set makanan untuk dibawa ke klinik sekaligus menemani Syed Hakim lunch bersama. Tidak dilupakan juga kak Beb dan beberapa staf yang lain. Dia sudah mengenali kesemuanya ketika mendaki gunung broga tempoh hari. Rezeki kerana Harleesa bermurah hati belanja mereka.
Dia ada bermesej dengan Kak Beb menanyakan perihal Syed Hakim samada lelaki itu akan lunch diluar mahupun tidak. Tetapi, kata kak Beb selalunya Syed Hakim tidak akan keluar waktu itu. Staf yang lain akan keluar dan tapau makanan untuk Syed Hakim. Jadi mudahlah kerjanya untuk menemui Syed Hakim.

Usai parking kereta, dia mengangkat beg plastik yang berisi set makanan yang dibeli. Dengan berhati hati menjinjing nya. Kak Beb yang dari jauh melihat kedatangan figura cantik tersebut segera membuka pintu klinik.

"Wauu. Rezeki. Terima kasih lah belanja kami makan makanan mahal macam ni. Semoga murah rezeki Leesa." Kak Beb menyambut huluran plastik makanan dari Harleesa.

"Hehe. In shaa allah. Mudah mudahan. Kak, doktor Hakim tak tahu kan kedatangan Leesa ni? Kak tak bocor rahsia kan?" Soal Harleesa inginkan kepastian.

"Jangan risau.Dia tak tahu pun. Ada tu dekat bilik belakang. Layan movie dalam pc. Pi lah tengok. Mesti dia tengah lapar tu." Kata kak Beb seraya meninggalkan Harleesa terkontang kanting sendirian. Kak Beb tu bila dah dapat makanan, orang lain pun dia boleh lupa.

"Hai.Buat apa tu?" Soal Harleesa walaupun dia dah tahu apa aktiviti Syed Hakim dalam bilik tersebut.

"Ehh.. Hai. Sayang datang tak maklumkan pada abang pun.Pandai buat suprise. Terkejut abang." Balas Syed Hakim teruja melihat insan tersayang hadir membawa makanan.

"Kalau sayang bagitahu, bukan kejutan lah kan. Abang layan movie apa?" Soal Harleesa sambil tangannya membuka kabinet yang berada dibelakang Syed Hakim. Di dalam kabinet itu ada beberapa biji pinggan dan mangkuk serta sudu. Dicapai dua biji pingan dan dua gelas cawan kaca. Sebelum mengunakannya, dia sempat lagi membasuh cawan dan pinggan itu. Kerana kelihatan sudah lama tidak digunakan. Agak berhabuk.

"Iya lah sayang. Betul tu.Entahlah.Movie apa ni abang pun tak tahu. Abang layan je sebab syok pula.Filem aksi." Jawab Syed Hakim sambil melihat sekilas apa yang Harleesa lakukan.

"Oh. Jom makan.Sayang ada belikan makanan kegemaran abang. Movie tu lain kali tengoklah. Makan lebih penting.Nanti perut masuk angin.Bila dah masuk angin, nak buat kerja pun terganggu." Bebel Harleesa.Dia menghulurkan sepinggan makanan yang elok tersusun bersama air. Kemudian dia menarik kerusi dan duduk berhadapan Syed Hakim.

"Abang kan doktor.Boleh rawat diri sendiri. Kalau sakit ada ubat. Abang makan ubat.Settle." Balas Syed Hakim. Suka betul dia melihat Harleesa membebel. Lagak seperti emaknya di kampung.

"Amboi. Cakap besar. Dah kena nanti baru tahu." Harleesa menyuap makanan ke dalam mulutnya. Perut lapar. Pagi tadi dia langsung tidak bersarapan. Hanya minum segelas air kosong.

"Hehe. Iyalah. Sorry. Terima kasih belikan makanan untuk abang. Sekejap lagi abang bayar balik okay." Syed Hakim menghirup juice sejuk yang sentiasa menjadi kegemarannya.

"Tak payah. Selalunya kalau kita keluar abang je rajin dok bayar. Hari ni sayang belanja. Lagipun semua staf abang sayang tapau. Rasuah dorang sebab pandai simpan rahsia yang sayang nak datang sini." Harleesa tersenyum manis.

"Kalau macam tu, tak apalah. Nanti abang belanja sayang shopping okay."

"Okay. Abang, malam ni free tak?" tanya Harleesa. Dia ingin mengajak Syed Hakim makan malam di rumah. Papa dan mama nak sangat jumpa Syed Hakim sekaligus berkenalan dengannya.

"Free.Abang balik pukul 6 petang. Kalau sayang nak ajak abang keluar malam ni, abang sudi menerima pelawaan sayang tu."

"Hehe. Tak lah. Mama dengan papa suruh jemput abang datang rumah makan malam bersama.Boleh tak?"

"Dorang dah tahu ke pasal kita? Sayang cakap apa? Risau pula abang nak jumpa bakal bapak mertua ni.Nervous." Syed Hakim teruja tapi pada masa yang sama bimbang pula.

"Sayang cerita yang kita sekarang berkawan rapat. Bercinta. Papa mama tak kisah. Papa kata sesuai sangat kita berdua. Dorang berkenan dengan abang semenjak pertama kali jumpa abang. Tu yang papa suruh ajak abang dinner malam ni.Papa okey .Sporting.Abang jangan risau ya." Pujuk Harleesa. Memberi kata semangat supaya Syed Hakim tidak gelabah dan cool.

"Hurm. Kalau macam tu. Okaylah. Lepas maghrib abang datang ya. Sayang tunggu tau." Kata Syed Hakim lagi.

Tiba tiba pintu diketuk dan terjenggul kak Beb didepan pintu .

"Doktor, emergency kes.Patient bleeding sebab jatuh motor. Ada dekat luar tu.Dah lama patient tu tunggu. Darah pun dari tadi non stop.Lunch hour pun dah habis time." Kak Beb terpaksa terjah bilik itu. Bimbang pula pesakit pitam sebab banyak kehilangan darah.

"Okay kak Beb. Bawa patient masuk bilik saya.Saya datang sekarang." Pesan Syed Hakim. Memberi arahan.

"Sayang, sorry ya. Abang ada patient.Malam ni kita jumpa ya. I love you." Syed Hakim bangun meninggalkan Harleesa keseorangan dalam bilik itu. Dia harus segera memberi rawatan.

"I love you too." Balas Harleesa perlahan. Namun masih mampu didengari oleh Syed Hakim yang ketika itu membuka tombol pintu untuk ke biliknya.

Harleesa membersihkan pinggan dan gelas kaca yang digunakan. Usai memastikan bilik itu bersih dari kekotoran, dia pun beredar dari situ. Segera menuju ke office.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience