BAB 12.

Romance Series 12774

Dia menekan pedal minyak selaju yang mungkin.Selaju dan derasnya air mata menitis. Fikiran Aliah memang tidak waras saat ini.Jika boleh secepat mungkin dia ingin sampai ke klinik lelaki itu.
Dia segera mencari parking kosong.Usai mematikan enjin dan mengunci keretanya, laju pergerakannya menghayun langkah. Pintu klinik itu ditolak kasar. Segera menerobos ke bilik Syed Hakim. Mujurlah ketika itu tiada pesakit.

"Kenapa abang tak angkat Lia call? Lia macam orang gila asyik call abang." Aliah menghentak tangannya di atas meja Syed Hakim. Geram. Marah.

"Eh! Lia kenapa marah marah macam ni. Sabar. Cool down. Abang busy layan patient. Are you okay?" Syed Hakim bimbang melihat Aliah yang naik angin tidak tentu pasal. Jauh benar bezanya dengan Aliah yang dia kenal. Aliah yang lemah lembut, sopan.

"Noooo. I'm not.Tell me dengan siapa abang bercinta? Kenapa rahsia kan dari Lia hah?" Aliah menjengil matanya.

"Mana Lia tahu? Mak abang bagitahu ke? Tak semua benda yang patut abang ceritakan pada Lia. Kenapa Lia nak marah tak tentu pasal ni? What wrong with you?" Syed Hakim sabar melayan karenah Aliah. Dalam situasi begini, dia harus bijak memainkan peranannya.

"Siapa bagitahu tak penting. Tergamak abang lukakan hati Lia. Tahu tak selama ni, Lia pendam perasaan pada abang. Lia suka abang. Lia cintakan abang. Abang tak nampak ke? Lapan tahu Lia pendam.Lia ingat abang pun turut mempunyai perasaan yang sama macam Lia rasa. Tapi ternyata Lia salah. Sia sia Lia buang masa layan abang selama lapan tahun ni.Pengorbanan Lia langsung tak dihargai.Tergamak abang. Abang kejam tahu tak..." Aliah menangis seperti orang tidak siuman.

"Abang anggap Lia sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Abang akui, memang abang suka Lia. Abang senang berkawan dengan Lia .Tapi suka dan sayang tu hanya sebagai kawan. Abang memang tak ada langsung perasaan cinta pada Lia.Maafkan abang jika melukakan hati Lia. Tapi percayalah, abang tak ada niat nak sakitkan hati Lia." Jawab Syed Hakim serius. Tidak menyangka Aliah menyalah tafsir hubungan persahabatan antara mereka.

"Habis tu kalau tak sayang, tak cinta kenapa abang selalu belikan hadiah untuk Lia? Kenapa layan Lia seolah olah Lia sangat berharga pada abang?Whyy??" Aliah tidak puas hati.

"Sebab abang hargai persahabatan kita.Tak ada maksud lain pun.Lia jangan macam budak kecil boleh tak? Matang sikit."

"Maknanya Lia yang syok sendiri lah ni. Lia tak boleh terima apa yang abang buat dekat Lia. Mulai hari ini, jangan sesekali abang cari Lia lagi. Lia tak nak tengok muka abang dah. Abang dengan girlfriend baru abang tu boleh pergi mati. Lia ingat apa yang abang buat ni.Suatu hari nanti abang akan menyesal." Aliah pergi membawa hati yang terluka. Pintu bilik itu ditutup sekuat mungkin. Tanda geram dan protes. Beberapa pesakit yang sedang menunggu terkedu melihat perlakuan biadab Aliah.
Aliah memandu kereta itu tanpa hala tuju. Entah kemana kaki hendak melangkah. Fikiran merosot. Jiwanya kosong. Tika ini, ingatannya teringat pada arwah ibu dan ayahnya.

"Kenapa ibu ayah tinggalkan Lia terlalu cepat.Ibu hati Lia sakit sangat. Entah pada siapa hendak di luahkan perasaan ini. Tak layak ke Lia dapat bahagia? Kalau ibu ada, tentu sekarang Lia boleh menangis dekat bahu ibu. Tentu ibu sudi pinjamkan telinga ibu untuk dengar luahan Lia." Aliah menangis tersedu sedan.

Ibu dan ayahnya pergi ketika dia berusia 7 tahun. Mereka terlibat dengan kemalangan jalanraya. Mujurlah Pak Long Rizuan ada. Pak Long Rizuan dan Mak Long Ida yang sudi membelanya.Dia menumpang kasih kedua insan tersebut. Semasa kejadian itu, Harleesa sepupunya baru berusia 2 tahun.

Datuk dan nenek tidak pernah menganggap Aliah sebagai cucu kesayangan kerana ibu berkahwin dengan jejaka miskin. Ya arwah ayah miskin. Hanya bekerja sebagai nelayan ..Disebabkan itu juga, dia sangat cemburu pada Harleesa.
Harleesa disukai oleh sepupunya yang lain. Menjadi kesayangan datuk dan nenek. Harleesa langsung tidak boleh diusik dan dijentik.Lagi membuatkan dia cemburu kerana gadis itu cantik.Dari kecil hingga dewasa selalu mendapat pujian dari sesiapa sahaja. Mana tak cantik, Mak Long Ida berdarah kacukan.Harleesa banyak mengikut wajah Mak long Ida. Sehingga kini dia masih cemburu dengan Harleesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience