Taman Tasik Titiwangsa menjadi titik pertemuan mereka pada petang itu. Syed Hakim tidak menyangka bisa bersua muka dengan Harleesa di tempat riadah tersebut.. Dia melihat Harleesa dari jauh yang ketika itu sedang leka menghirup udara segar berhadapan tasik buatan tersebut.
Pertemuan ini tanpa dirancang.Sebenarnya dia berkira kira samada mahu terus berhubung dengan Harleesa ataupun tidak kerana baginya Harleesa seperti jinak jinak merpati. Mudah didekati namun sukar untuk dimiliki.Sebab itu dia melupakan hasratnya untuk berkawan dengan Harleesa walaupun dalam hati ketika ingin menghubungi gadis cantik itu.
Dia berlari perlahan menuju ke kedai yang berdekatan. Dia mengambil sebatang aiskrim magnum berperisa almond dan dua botol air mineral sejuk. Usai membuat pembayaran segera dia berjalan pantas mencari Harleesa di situ.. Harleesa masih sendiri .Tanpa ditemani oleh sesiapa.
Harleesa menoleh sisinya apabila dihulurkan aiskrim oleh orang yang tidak dikenalinya. Dia menghadiahkan senyuman dan mengambil aiskrim tersebut.
"Kim macam tahu je ini aiskrim kegemaran saya.Thanks belanja." Harleesa membuka plastik aiskrim itu lalu aiskrim itu dinikmati perlahan lahan.
"Laa. Iya ke. Saya main ambil je. Tak tahu pula ni favourite awak. Awak buat apa sorang sorang dekat sini?" Syed Hakim duduk bersila di sebelah Harleesa.
"Balik dari office tu yang terus ke sini. Dah lama tak lepak Tasik Titiwangsa. Menikmati keindahan alam.Melihat karenah manusia.Kim memang selalu datang sini?" Soal Harleesa sekilas memandang Syed Hakim yang memandang ke arahnya.
"Selalu juga. Dalam sebulan tu ada lah tiga atau empat kali. Jogging. Keluarkan peluh. Tak sangka boleh terserempak dengan Leesa di sini."
"Nanti kalau saya free, boleh join Kim jogging. Saya pun lama dah tak jogging.. Lama tak hiking. Rindu tahu tak. Dulu saya selalu gak join kawan buat aktiviti lasak.Sekarang kawan pun berapa kerat je. Masing masing busy dengan their life. Ada yang dah kawin, beranak pinak. Duduk jauh." Harleesa mengeluh. Dia tidak mahu mengganggu mereka.
"Awak pun suka hiking. Sama lah.Awal bulan nanti, kami plan nak hiking bukit broga. Awak nak join tak?" Pelawa Syed Hakim bersungguh sungguh.
"Serius ke? Of course lah saya nak. Lama saya tak daki gunung. Panjat bukit. Last dua tahun lepas. Pergi dengan kawan daki gunung datuk dekat tampin. Saya memang rindu sangat nak menikmati suasana pemandangan cantik dari atas bukit tu. Tenang je bila melihatnya." Harleesa teruja.
"Dapat tarikh,saya update dekat awak ya. Dalam group hiking saya ada juga perempuan yang join. So tak adalah awak segan sangat nanti." Ulas Syed Hakim. Inilah peluang untuk dia mengenali Harleesa dengan lebih mendalam. Dan akan berusaha sedaya upaya untuk memikat gadis tersebut. Tapi sebelum itu dia harus tahu samada Harleesa sudah berpunya ataupun tidak. Dia tidak suka menganggu hak orang. Jika Harleesa sudah dimiliki orang, dia akan segera menjauhi dirinya dari Harleesa.
"Kalau boyfriend awak nak join pun boleh ajak sekali." Kata Syed Hakim. Ada makna sebalik ayat itu. Sekurangnya dia tahu status Harleesa.
"Boyfriend saya papa lah. Mana mahunya join saya hiking. Dia kalau ajak main badminton boleh lah." Gelak Harleesa. Teringat hobi papa yang satu itu. Jika ada masa terluang, dia akan menemani papa bermain badminton.
"So awak single lah ni?" Soal Syed Hakim. Jika jawapannya ya, dia lah insan paling gembira.
"Single but not available." Jawabnya sambil tergelak kecil.
"Kenapa?" Syed Hakim memandang tepat ke wajah Harleesa.
"Entahlah. Mungkin hati saya belum terbuka untuk bercinta. Lagipun saya masih tak boleh lupakan dia.First love memang sukar untuk dilupakan." Riak wajah Harleesa yang ceria berubah kelam. Bila bila masa saja dia boleh mengalirkan air mata apabila teringat arwah Haziq.
"Kumbang bukan seekor Leesa.Jika dia boleh berubah dan tinggalkan awak,kenapa awak tak boleh move on.Putus cinta bukan pengakhiran hidup. Awak boleh dapat yang lebih baik dari dia." Bilang Syed Hakim. Memberi kata semangat.
"Kami tak pernah putus. Tapi allah ambil nyawa dia dulu. Dia adalah insan pertama yang berjaya membuka pintu hati saya. Dan disebabkan dia,, pintu hati saya tertutup untuk bercinta lagi. Dia tersangat istimewa. Kenapa lah Allah ambil nyawa dia dulu.Kalaulah saya tak ajak dia mandi air terjun tu tentu semuanya tak kan terjadi.. Saya yang salah." Harleesa menangis tersedu sedan.
"Saya tak faham. Apa maksud Awak?" Syed Hakim simpati melihat Harleesa menangis tersedu begitu.
"Masa tu saya ,dia dan kawan kawan berkelah dekat kawasan air terjun tu. Kawan saya yang lain tak nak join kami mandi. Saya dan dia je mandi dekat situ.Mulanya dia tak nak ikut.Tapi saya yang memaksa dia. Dia tak sampai hati tengok saya merayu ajak dia teman saya mandi. Kejadian tu jadi begitu pantas. Berlakunya air pasang. Saya sempat naik ke atas. Tapi dia,dia tak sempat. Arus air terlalu deras.Kami tak sempat nak tolong dia.Dia dibawa pergi oleh arus air. Keesokan hari baru mayat dia ditemui terselit celah batu.Sakit sangat Kim. Sakit sangat bila kehilangan insan yang paling kita sayang.Kini,hampir empat tahun peristiwa ini berlaku. Namun ianya masih segar terngiang ngiang di ingatan saya." Harleesa mengelap air matanya dengan tisu yang diambil di handbeg. Bila bercerita mengenai arwah Haziq dia memang tidak dapat menahan emosi.
"Redha Leesa.Awak tak boleh berterusan begini.Jangan salahkan diri awak atas kematian dia. Masa dia sudah sampai.Tidak lambat sesaat pun. Meskipun awak tak ajak dia berkelah dekat situ, sudah tertulis yang dia akan menemui ajal pada hari itu. Tiada siapa yang dapat halang. Awak kena banyakan berdoa untuk arwah. Jika awak berterusan mengenang dia, ianya akan menganggu kehidupan awak. Cuba awak belajar menerima ketentuan yang dia dah tiada.Cari teman baru.Cuba buka hati awak untuk menerima cinta baru." Nasihat Syed Hakim. Lembut.
"Saya cuba Kim. Tapi buat masa sekarang, saya memang tak bersedia untuk bercinta. Biarlah perasaan itu hadir sendiri. Tanpa dipaksa." Kata Harleesa. Sesekali dia menoleh memandang doktor itu.
"Saya tak pandai bermadah kata.Apatah lagi berpujangga semanis romeo.Tapi saya ikhlas nak berkawan dengan awak, saya ingin mengenali awak dengan lebih mendalam. Sejak bertemu, saya selalu terbayangkan awak.Tak pernah saya rasa perasaan dan getaran sehebat ini. Sudi tak kalau awak menerima saya jadi kawan awak? Sudi tak jika awak buka hati awak untuk mengenali saya?"
"Permintaan awak tu terlalu berat untuk saya tunaikan Kim. Tapi, jika nak berkawan dengan saya. Saya okey je. Boleh. Cuma jangan terlalu mengharap ya. Saya tak nak awak kecewa macam yang lain.Hati saya, saya tak tahu bila boleh sembuh." Harleesa boleh berkawan dengan Syed Hakim. Sebab baginya, Syed Hakim tidaklah terlalu mendesak seperti Mikail dan Aeril.
Share this novel