BAB 19.

Romance Series 12774

Harleesa melihat jam di telefon bimbitnya. Mama dan papa sugul menunggu di kerusi berdekatan. Syed Hakim entah kemana dia tidak pasti. Katanya cari cafe berdekatan. Ada dia mengajak Harleesa menemani, tapi ditolak lembut oleh Harleesa kerana dia sendiri tidak ada hati untuk kemana mana setelah mendengar kata doktor yang merawat Aliah. Kakaknya koma kerana ada pendarahan dalaman. Allah. Berat sungguh ujian ini.

"Ma, pa sabar ya.Ujian untuk kita sekeluarga.Nanti kita buat solat hajat dan bacaan yaasin untuk kak Lia. Semoga Allah permudahkan urusan kakak dan kembali sembuh macam biasa." Usul Harleesa lalu duduk disebelah Datin Hanidar.

"Ma pun rasa macam tu. Esok kita panggil jemaah masjid datang ke rumah.Buat apa yang patut." Datin Hanidar bersetuju dengan cadangan tersebut.Itulah salah satu ikhtiar terakhir memohon dari yang Maha Esa akan kesembuhan Aliah.

"Papa, don't you wanna talk anything? Dari tadi senyap je.Leesa tahu papa risau kan.Tapi papa jangan fikirkan sangat apa yang doktor kata tadi.Papa tu ada darah tinggi. Leesa tak nak papa pula jatuh sakit." Tegur Harleesa. Dia memandang Dato Rizuan dengan penuh perasaan kasih dan sayang.

"Papa rasa macam dah gagal jadi ayah yang terbaik buat Lia.Tentu arwah busu menangis di alam sana melihat keadaan Aliah,amanah yang dia tinggalkan untuk papa disia siakan begini.Salah papa agaknya sampai Lia tegar ambil keputusan untuk suicide." Dato Rizuan meraup wajahnya berulang kali. Dilayar fikiran, teringat arwah adik dan iparnya.Teringat janji janji yang pernah dia patri semasa kedua arwah masih ada.

"Jangan salahkan diri papa. Selama ni, papa jaga dan beri pelajaran pada kak Lia semenjak kecil sehingga dia berjaya menjadi seorang doktor. Apa sahaja kehendak kakak ,papa tunaikan.Tak pernah sekalipun papa gagal menjadi papa yang terbaik buat kami berdua. Apa yang terjadi adalah atas diri sendiri.Atas kehendak diri.Bukan dorongan dari sesiapa.Stop for blame yourself pa." Pujuk Harleesa. Lembut.

Ketika itu juga, Syed Hakim tiba membawa beberapa minuman.Dia mengambil tempat disebelah Dato Rizuan.

"Jangan risau. In shaa Allah Aliah akan sedar dalam dua tiga hari lagi.Dulu saya pernah juga handle kes macam ni." Syed Hakim mengeluarkan air minuman di dalam plastik lalu diberikan kepada mereka bertiga. Penghilang dahaga.

"Harap harap begitulah. Lega sikit bila uncle dengar jawapan kamu.Ni dah lewat malam. Kamu pergilah balik dulu. Kami tak mahu menyusahkan kamu,Kim.Cuma uncle nak minta pertolongan dari kamu sebelum kamu balik. Boleh tak kamu hantar aunty Ida dan Leesa balik?Letih sangat uncle tengok dorang ni. " Soal Dato Rizuan.

"Boleh uncle.Jangan difikirkan sangat. Saya sudi bantu mana yang termampu." Balas Syed Hakim sambil tersenyum.

"No papa. You must get enough rest. Tak apalah. Biar Leesa yang stay. Papa dan mama baliklah.Kudrat Leesa yang muda ni still kuat dan cerdas. Tak tergamak Leesa nak biarkan papa tidur sini. Kak Lia tu bukan duduk ward biasa. Kalau duduk ward biasa Leesa tak risau sebab papa boleh tidur dekat sofa. Ni papa nak tidur dekat mana? Papa tak rehat dari pagi tadi sampai sekarang tahu tak." Bantah Harleesa.

"Tak apa Leesa. Kamu jangan risaukan papa. Papa boleh tidur dekat surau. Kamu balik lah dengan mama.Aliah tu amanah arwah adik papa pada papa. Jadi papa kena bertangungjawab." Jelas Dato Rizuan lagi.

"Beginilah uncle ,aunty dan Leesa baliklah rehat dekat rumah.Kalau tunggu sini pun bukan boleh masuk lawat patient.Ward icu tak sama macam ward biasa. Nak masuk tak boleh sesuka hati. Uncle tinggalkan number dekat kaunter tu. Senang apa apa hal, nurse akan call waris yang terdekat." Usul Syed Hakim. Simpati melihat anak beranak itu.

"Haah. Betul juga kata Hakim tu bang. Marilah kita balik dulu bang. Esok kita datang lagi. Ida tak mahu abang pula jatuh sakit.Lagipun jarak hospital dengan rumah kita tak jauh mana. Ida pun letih sangat ni bang. Tak rehat dari tadi lagi." Datin Hanidar bersetuju dengan Syed Hakim.

"Baiklah. Kalau itu keputusannya, jomlah balik dulu. Esok pagi kita datang lagi." Dato Rizuan bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke kaunter.Untuk meninggalkan nombor telefon bimbit. Apa apa hal nurse boleh inform pada dia.

"Terima kasih Kim. Kalau Kim tak ada,susah juga kami.Kalau ada kelapangan datanglah lawat Lia dekat sini." kata Datin Hanidar.

"In shaa Allah aunty." Balas Syed Hakim. Buat masa sekarang dia tidak boleh menunjukan diri depan Aliah. Dia khuatir Aliah akan bertindak lebih buruk dari apa yang gadis itu lakukan hari ini. Dia juga bimbang bagaimana reaksi Aliah apabila mengetahui hubungan antara dia dan Harleesa. Pening kepala memikirkan perkara tersebut.

"Mama nak pi toilet sebentar. Kamu berdua pergi dulu masuk kereta.Sekejap lagi mama dengan papa datang." Datin Hanidar bangun lalu segera menuju arah suaminya di kaunter tersebut. Dia mengajak Dato Rizuan menemaninya ke toilet dan turun bersama menuju kereta Syed Hakim. Dato Rizuan hanya mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Datin Hanidar.

"Balik nanti mandi ya. Segar kan badan. Jangan terus tidur.Solat dulu." Pesan Syed Hakim pada Harleesa.

"Ya abang. Sayang tahu lah. Jangan risau.Leesa risaukan papa dan mama je. Mesti mereka tak boleh tidur memikirkan kakak." Harleesa mengeluh.

"Berdoa banyak banyak semoga segalanya kembali pulih seperti biasa. Sekarang sayang adalah penguat semangat mereka berdua. Sayang kena kuat. Mereka pun akan kuat. Abang yakin dua tiga hari lagi Aliah akan sedar.Believe me."

"Baik abang. Terima kasih tau sentiasa ada dengan sayang.Esok balik dari kerja abang datang sini tak? Lawat kakak?" Soal Harleesa.

"Tak pasti lagi.Kalau abang penat, tak datang lah rasanya. Lagipun waktu melawat sampai pukul 7 ja sayang.Even abang tak datang untuk melawat Lia, tapi abang akan sentiasa doakan kesembuhan dia." Balas Syed Hakim. Dia mengukirkan senyuman manisnya..

Mereka berdua jalan bersaingan menuju ke lif dan turun ke tingkat bawah. Sepanjang perjalanan, sempat juga Syed Hakim menyapa seorang dua rakannya yang berkhidmat disitu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience