BAB 5

Romance Series 12774

Santai petangnya terganggu apabila menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Harleesa segera menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Leesa kereta awak dah siap dekat bengkel.Bila awak nak ambil?" Soal Syed Hakim.

"Waalaikumsalam. Dah siap ya. Sekarang bengkel buka tak? kalau buka saya nak datang ambil."

"Buka. Bengkel tu tutup pukul 7 petang nanti." Jawab Syed Hakim sambal mengusap lembut kepala si Jlo dan Ronaldo yang ingin bermanja2 dengannya.

"Boleh tak encik sent pada saya lokasi bengkel tu? Dekat area mana? Sekejap lagi saya datang ambil." Harleesa mula merindui cik Myvinya. Dua hari kereta itu tersadai.Entah apa yang rosak dia sendiri tidak tahu..Tapi tak mengapa .Sesekali cik Myvinya dibelai dan dimanja oleh sang pomen.Asyik ditungang, mana tidak meragam kereta itu.

"Kalau awak tak keberatan, jomlah saya hantarkan awak pergi bengkel tu."Pelawa Syed Hakim.Ramah.Entah mengapa, sejak bertemu dan mengenali gadis tersebut ada semacam satu perasaan halus yang merentap tangkai hatinya. Dia tidak pasti untuk mentafsir sejauh mana ertinya.

"Eh! Ni doktor ke?Saya ingatkan pomen yang baiki kereta saya tu.Hurmm tak apalah doktor.. Tak nak menyusahkan doktor. Mama boleh hantarkan saya."Tolak Harleesa. Lembut.Sudah sudahlah tu dia termakan budi orang.Bimbang nanti tergadai body. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat.

"Tak susah pun sebab saya memang nak jumpa kawan saya tu. Nak isi minyak hitam dan servis kereta. Esok saya nk balik kampung." Balas Syed Hakim lagi.

"Oh. Hurmm.Boleh lah. Saya bersiap dulu ya. Sekejap lagi kalau dah sampai call tau." Harleesa menamatkan talian. Dia harus segera bersiap sebab dia menumpang kereta orang. Tak ingin buat jejaka itu tertunggu tunggu.

Harleesa segera mengambil tuala yang tersangkut di penyidai. Dia terus meluru masuk ke bilik air. Usai mandi, dia mencapai baju dan skirt dari wardrobe dan segera menyarung ke badan. Kemudian dia mengambil pashima selendang kegemaran yang tersusun rapi di bahagian tudung. Dia melilit di kepala ala kadar asalkan menutupi bahagian dadanya. Setelah memastikan selendang itu kemas dan terletak elok, dia mengambil sebatang lipstik berona merah lembut lalu dioleskn lembut di bibir. Kemudian ditepek sedikit bedak ke wajah.

"Okey. Done. Just nice." Umamnya sendirian sambil memerhatikan penampilan dari atas sehingga ke bawah dicermin wardrobe.

Harleesa mengambil handbeg dan mengambil remote aircond yang terletak di atas meja solekan.Dia segera mematikan penghawa dingin yang setia menemaninya tadi.

Harleesa menuju ke bahagian dapur. Tidak kelihatan figura mamanya. Yang ada hanyalah kak Yati selaku pembantu rumah dan teman setia mama dirumah.

"Kak Ti, ada nampak mama tak?" Soal Harleesa. Matanya menangkap aktiviti yang dilakukan kak Yati petang itu. Ralit benar dia mengopek ikan bilis sehingga tak perasan kehadiran seketul Illi Harleesa.

"Datin ada dekat taman bunga tu. Membelek orkid yang dibelinya pagi tadi dekat kedai bunga. Pi lah tengok dekat sana." Jelas Kak Yati.

"Hari ni berapa pasu mama borong bunga dekat kedai tu?" Harleesa mengeleng kepala. Setiap hari ada sahaja pokok yang dibeli mama untuk diletakan di Mini Garden nya.

"Hahaha. Ada lah dua pasu.Tu pun orked hutan yang datin beli. Tunggu dia shopping bunga saja dah berjam jam. Kak Ti pula yang penat." Gelak Kak Yati apabila mengenangkan perangai majikannya itu. Tapi dia bersyukur kerana dapat bekerja dengan Dato Rizuan dan Datin Hanidar yang sangat baik hati.

"Kalau Leesa tu, entah entah dah boleh buat air liur basi tunggu dia dok belek dan pilih bunga. Mama oh mama.. Okey lah, Leesa nak pi jumpa mama sekejap." Harleesa berlalu meninggalkan Kak Yati meneruskan kerjanya mengopek ikan bilis.

"Ma,, Leesa nak keluar pergi bengkel ambil kereta." Kata Harleesa sebaik sahaja nampak kelibat Datin Hanidar di taman itu.

"Kamu nak pergi naik apa?Jom mama hantarkan." Datin Hanidar membuka sarung tangan yang dipakainya. Dia berpuas hati melihat kedudukan orked yang tergantung cantik.

"Tak apalah mama. Leesa pergi dengan kawan. Mama continue lah kerja mama tu. Leesa tak nak kacau." Harleesa menolak. Dia sudah berjanji dengan Syed Hakim.

"Hati hati. Jangan balik lewat sangat." Pesan Datin Hanidar.

"Ye lah mama.Kawan Leesa dah tunggu dekat depan tu. Leesa gerak dulu ya.. Bye ma." Harleesa sempat mencium pipi gebu Datin Hanidar.

Di dalam kereta, Syed Hakim setia menunggu kedatangan Harleesa.Tidak sabar untuk bertemu gadis itu.

Harleesa dengan tidak malunya membuka pintu kereta disebelah pemandu lalu dia pantas menerobos ke dalam kereta. Cuaca yang hangat ketika itu tidak betah untuk Harleesa berlama di luar.

"Sorry buat doktor tertunggu. Jom kita pergi sekarang." Kata Harleesa. Tali pingang ditarik dan dipasang kemas.

"Panggil saya Kim. Formal sangat berdoktor doktor dengan saya. Kalau nak lebih manis, boleh panggil abang. Kan saya lebih tua dari Leesa." Syed Hakim memberi cadangan.

"Okey.. Sorry sekali lagi. Saya panggil Kim aja lah ya. Segan nak panggil abang. Tak biasa.Lagipun saya mana ada abang." Jawab Harleesa .Jujur.

"Hurm. Terpulang pada Leesa lah. Asalkan jangan panggil hoi sudah. Leesa dah makan? Jom teman saya makan boleh? Saya tak makan lagi.. Balik dari kerja pagi tadi, terus tidur." Pinta lelaki itu. Perutnya mula berkeroncong minta diisi.

Harleesa tidak sampai hati untuk menolaknya. Lalu dia mengangguk kan kepala tanda bersetuju dengan pelawaan itu. Makan je. Bukan buat apa pun.

"Saya belanja Kim lunch nak tak?Tanda terima kasih sebab tolong saya tempoh hari. Dah lah Kim jahit dan cuci luka saya ni tak ambil bayaran. Malu saya." Harleesa rasa ini lah masa yang sesuai untuk membalas pertolongan lelaki itu dengan belanjanya makan.

"Haha. Tak perlu. Berapa kali saya kata, saya ikhlas tolong. Tak harap balasan apa apa. Leesa teman saya makan pun saya bersyukur sangat. Ada juga kawan boleh ajak berbual." Jelas Syed Hakim .

Mereka mula berasa selesa berbual. Tidak lagi terasa janggal. Harleesa pula semakin menyenangi tutur bicara Syed Hakim yang sopan dan santun.

Tepat pukul 5 petang mereka sampai di bengkel. Usai membuat bayaran, Harleesa minta izin untuk pulang .Setelah mengiringi pemergian Harleesa, Syed Hakim pula duduk sambil berbual dengan kawannya, pemilik bengkel tersebut sementara menunggu pekerja yang lain memeriksa Audi merahnya itu.

Syed Hakim memasang hasrat untuk bertemu lagi dengan Harleesa suatu hari nanti.Dia harap ikatan perkenalan yang singkat itu akan berterusan sehingga bila bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience