Di saat seisi penghuni rumah lena diulit mimpi. Ada insan yang sedang terluka.Tangisan bernada syahdu menemani Aliah saat ini. Jarum jam tepat menunjuk ke angka 2 pagi. Hari ini, dalam sejarah dia mengambil emergency leave. Bingung dia memikirkan nasib yang menimpa diri. Terasa bodoh bazirkan masanya selama ini dengan lelaki itu.
Dia berjalan perlahan menuju ke wardrobe. Laci yang tersimpan seribu satu kenangan bersama Syed Hakim dibukanya. Semua hadiah pemberian Syed Hakim disimpan dalam satu kotak. Dia mengangkat kotak itu dan segera membawanya diatas katil.
Album yang tersimpan di dalam kotak, diambilnya. Satu persatu gambar di setiap helaian dilihat. Kenangan manis ketika bersama Syed Hakim semasa di University, semasa percutian mereka bersama yang lain di Bali,dan gambar gambar candid yang ditangkapnya tanpa pengetahuan Syed Hakim. Mengapa mudahnya lelaki itu berpaling tadah. Setelah sekian lama, tidak ada sekelumit pun perasaan untuk dirinya.
Aliah menangis tanpa henti apabila melihat helaian helaian tersebut. Selepas ini, kenangan antara mereka akan terbit menjadi sejarah. Sejarah perit yang dia harus lalui. Bagaimana bisa dia boleh melupakan Syed Hakim jika setiap saat, setiap detik hanya nama itu yg meniti di bibir. Hanya insan itu berada di kotak memori.
Kemudian tangannya menyentuh globe salji yang dihadiahkan Syed Hakim ketika ulangtahun kelahirannya yang ke 24tahun. Memori itu pantas diimbas kembali.
"Kenapa masam mencuka je ni? Gaduh dengan pakwe ke? Senyum lah sikit." Syed Hakim mengusik Aliah. Mereka bersantai dihadapan tasik buatan di dalam University itu.
"Mana ada masam. Kan manis ni. Tengok Lia tersenyum ni?" Aliah menunjukan muka senyum paksanya..
"Haa. Yelah. Lia kan memang manis. Jangan dapat diabetes sudah lah ya.Hahaha." Tawa kuat Syed Hakim menganggu pelajar lain.Tapi ada dia kisah? Dia abang senior. Berani mereka bersuara.
"Loyar buruk pula dia. Abang memang dah lupa kan. Sampai hati." Aliah kecewa. Lelaki itu lupa ulang tahun kelahirannya. Jika tidak mahu memberi hadiah seperti tahun tahun yang sebelum, sekurang kurangnya ucapan 'selamat hari lahir' mampu buat Aliah tersenyum hingga pagi esok.
"Lupa apa pula? Hari ni kan hari khamis. Esok jumaat." Syed Hakim sengaja buat tidak ingat. Padahal dia tahu hari ni ulangtahun kelahiran Aliah.
"Dah lah. Malas nak layan abang. Talk with my hand." Aliah geram.
"Alah. Merajuk pula dia. Okeylah. Abang surrender. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 24 buat Nur Aliah Bt Khalid.Semoga segala impian yang Lia impikan selama ini dimakbulkan Allah.Panjang umur serta murah rezeki.This for you." Syed Hakim mengeluarkan kotak hadiah kecil di dalam beg sandangnya.
"Thanks abang. Lia ingat abang dah lupa birthday Lia. Apa ni? Boleh Lia buka?" Aliah meminta izin untuk membuka kotak yang dibalut kemas bersama reben.
"Itu kan Lia punya.Bukalah.Tak ada pantang larang." Kata Syed Hakim. Dia suka melihat Aliah tersenyum kerana Aliah adalah teman baik yang sentiasa mendengar masalahnya.
Aliah membuka kotak tersebut. Dia menarik keluar globe salji berlatarkan rumah papan dan beberapa batang pokok.Dia suka sangat hadiah itu.Lebih lebih lagi diberi oleh Syed Hakim.
"Cantiknya. Tenang tengok salji ni turun bila digocang globe macam ni." Aliah membuat tutorial didepan Syed Hakim. Jejaka itu hanya tersenyum melihat aksi Aliah.
Aliah mengelap lembut air mata yang mengalir. Kemudian, dia meletakan kembali globe salji didalam kotak. Dia, beralih ke hadiah yang lain.Seutas gelang swarovski. Hadiah ulangtahun kelahirannya yang ke 27.Surprise dari Syed Hakim yang diletakan di dalam dashbord keretanya. Sekeping kad hari lahir dilampirkan bersama hadiah itu. Dia membuka kad bercorak bunga berwarna merah hitam. Warna kegemarannya.
"Happy birthday 27th year for this cute girl.May your dream comes true.Happy always.??????."
Aliah tidak mampu untuk membelek semua pemberian dari Syed Hakim. Dia sebak.Bukan itu sahaja ,keletihan kini mula mencengkam diri nya. Cukuplah .Sampai disini sahaja. Selamat tinggal duhai kenangan.
Share this novel