Selesai menolong mama dan Kak Yati menghidangkan makanan diatas meja diruangan sudut makan, Harleesa segera berlari anak menuju ke bilik.Badannya perlu dibersihkan kerana sejak dari tadi masih tidak mandi lagi.
Setibanya di hadapan pintu bilik Aliah, kaki Harleesa terhenti disitu kerana telinganya terdengar bunyi deraian kaca. Dia segera memulas tombol pintu. Tidak cukup dengan itu, diketuknya pintu bilik tersebut.
"Kak Lia, okey tak? Kenapa duduk dalam bilik je. Marilah turun bawah.. Kita dinner sama." Kata Harleesa lagi.
Namun tiada sahutan dari Aliah. Harleesa fikir mungkin kakaknya itu kepenatan dan perlu rehat. Jadi dia terus meninggalkan Aliah sendirian.Otaknya masih ligat memikirkan bunyi bising dari bilik kakaknya. Apa yang terjadi? Tidak pernah Aliah buat perangai sedemikian.Tidak mahu mengusutkan moodnya yang sedang happy menunggu Syed Hakim, dia menghiraukan sahaja perasaan tidak enak itu.
Selesai membersihkan diri,Harleesa mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib.Dia sentiasa sematkan dalam diri apa kata mama dan papa. Mereka berpesan supaya sentiasa solat kerana itu adalah tiang dalam kehidupan. Solat membuatkan hidup kita menjadi lebih tenang. Dan solat juga adalah pengabadian kita pada Yang Maha Esa.
Malam itu Harleesa hanya mengenakan tshirt lengan panjang bersama pallazo. Tudung sarung syria menjadi pilihan..Wajah bujur sireh gadis manis itu sesuai dengan gaya tudung seperti apa pun.Tetap kelihatan ayu.
Di kejauhan, dia melihat figura kekasih hatinya. Lantas dia menghulurkan senyuman manis apabila jejaka itu berpaling melihatnya.
"Sorry Leesa lambat. Dah lama awak sampai?" Harleesa duduk disebelah Dato Rizuan. Entah bila papa balik. Turun sahaja ke ruang tamu, kelihatan rancak mereka berdua berborak.Harleesa menukar panggilan awak terhadap Syed Hakim ketika bersama papa.
"Baru je.Tak sampai sepuluh minit lagi." Jawab Syed Hakim. Dia faham kenapa panggilan abang ketika itu bertukar.Mungkin Harleesa segan untuk panggil begitu di hadapan Dato Rizuan.
"Papa pun. Bila balik? Tadi masa kami dekat dapur, tak nampak pun." Soal Harleesa terhadap Dato Rizuan.
"Dah lama balik.Terus naik bilik. Rehat. Dah alang alang Leesa turun, jom lah kita makan.. Lapar benar rasanya. Kakak kamu tak turun makan sekali ke?" Tanya Dato Rizuan. Dia lihat kereta Aliah di garaj.
"Tak kot. Tadi Leesa dah panggil. Senyap je.. Biarlah dia pa.Risau kalau kejut dia, tumbuh tanduk dekat kepala akak. Sebab marah kacau dia. Hehe." Gurau Harleesa sambil tergelak kecil.
Mereka bergerak seiringan menuju ke ruangan makan. Di dapur, Datin Hanidar pantas membacuh jus mangga untuk minuman.Kemudian dia membawa jug air tersebut ke meja makan. Kak Yati pula membawa dulang berisi gelas kaca ke situ..
"Jemput duduk Hakim. Maaf aunty tak sambut kamu di depan tu. Sibuk dekat dapur ni.Leesa,cedok kan nasi." Arah Datin Hanidar.
Kak Yati turut dipelawa untuk makan bersama.. Tiada istilah pembantu rumah harus menunggu tuan rumah makan dahulu sebelum mereka makan. Kak Yati dilayan seperti keluarga sendiri.
"Terima kasih aunty. Tak apa. Saya faham." Jawab Syed Hakim. Dia menarik kerusi dengan cermat lalu melabuhkan pungung itu.
"Awak kena makan banyak banyak tau.Malam ni mama masak semua hidangan ni special untuk sambut bakal menantu dia." Usik Harleesa.Syed Hakim hanya tersenyum membalas usikan tersebut. Malu.
"Hehe. Betul tu. Hakim kena makan banyak banyak. Penat aunty dan Kak Ti bertungkus lumus dekat dapur. Nak harapkan Harleesa masak, alamatnya tak makan lah kamu nanti." Kata Datin Hanidar.
"Mama ni. Leesa bukan tak tahu masak langsung okey.Cuma buat masa sekarang biar Hakim makan masakan dari air tangan bakal mak mertua.Nanti kalau dah kawin, hari hari makan masakan Leesa jemu pula.Betul tak awak?"
"Kamu jangan layan anak uncle ni. Dia memang macam ni. Suka mengusik orang.Kamu asal mana ya? Orang tua ada lagi?" Soal Dato Rizuan. Jika dilayan celoteh anak dan isterinya sehingga esok pagi pun belum tentu habis. Baik dia tukar topik perbicaraan.
"Saya asal Ipoh,uncle. Mak dan abah masih ada." Jawab Syed Hakim membalas pertanyaan itu..
"Oh. Ipoh. Dekat saja. Mak dengan abah kamu sihat? Kamu ada berapa orang adik beradik? Kamu anak sulung ke?" Tanya Dato Rizuan bertalu talu.
"Alhamdullilah. Mereka sihat. Saya ada empat orang adik beradik. Saya yang nombor dua. Anak lelaki tunggal."
"Oh.Macam tu. Jemput tambah lagi lauk tu ya Kim. Jangan malu malu. Anggap macam rumah sendiri.Uncle ni pun jarang makan dekat rumah. Selalu kalau jumpa klient, makan dekat luar ja." Cerita Dato Rizuan. Dia menambah sambal sotong kegemarannya. Berselera sekali mereka menikmati juadah malam itu.
Selesai makan, Dato Rizuan, Syed Hakim dan Datin Hanidar berlalu menuju ke ruang tamu. Harleesa membantu kak Yati membersihkan pinggan mangkuk dan cawan yang digunakan.
Share this novel