BAB 18

Romance Series 12774

"Kim duduk lah dulu ya. Berbual dengan uncle.Aunty nak naik atas sekejap.Nak tengok kakaknya Leesa.Tak berapa sihat tu." Datin Hanidar pamit dari situ.Dia beredar ke dapur mengambil makanan untuk Aliah.

Dulang kecil yang berisi sepinggan nasi berserta lauk dengan segelas jus mangga ditatangnya perlahan menuju ke tingkat atas.

Dia meletakan makanan itu di atas meja kabinet bersebelahan bilik Aliah. Datin Hanidar mengetuk perlahan pintu tersebut. Namun hampa. Aliah langsung tidak mempedulikan ketukan itu. Datin Hanidar bimbang akan keadaan Aliah lalu dia menarik kabinet lalu mengambil segugus kunci pendua rumah tersebut.

Usai sahaja membuka pintu itu, dia memulas tombol dengan pantas. Alangkah terkejut hatinya melihat keadaan bilik yang seperti tongkang pecah.. Dengan kabinet kaca pecah. Entah apa yang merasuki badan anak dara itu sehingga bertindak tanpa waras. Jika ada masalah dia sudi mendengarnya.

Datin Hanidar segera menuju tempat pembaringan Aliah. Aliah ketika itu sedang baring membelangkanginya.

"Lia bangun. Kenapa jadi macam ni? Apa masalah Lia. Mama sudi dengar. Lia tak sihat ke? Jangan buat mama risau." Datin Hanidar mengoncang bahu Aliah. Namun tiada reaksi.. Dia segera menarik Aliah. Jantung itu bagai nak pecah melihat tiada reaksi dari Aliah.. Apa sudah jadi? Dia bingung. Di tangan Aliah terdapat sebotol pil yang berbagai warna. Dia syak Aliah salahgunakan ubat tersebut.. Dengan segera dia turun ke bawah untuk memanggil Syed Hakim memandangkan Syed Hakim adalah seorang doktor..

"Abang,Kim mari naik atas sekejap.Entah kenapa dengan Lia tu. Puas kejut tak bangun bangun. Dekat tangan dia ada sebotol ubat. Aunty syak dia terlebih ambil ubat tu." Datin Hanidar cemas menceritakan perkara tersebut.

"Astagfirullah al azim. Mari Kim naik atas. Lia.. Liaa.. kenapa lah buat macam ni." Dato Rizuan mengucap panjang.
Syed Hakim pula tidak sedap hati.Lia? Mudah mudahan bukan Aliah kawan baiknya itu. Dia terus berlalu mengikut Datin Hanidar dan Dato Rizuan.

Mereka bertiga segera mendapatkan Aliah.

"Allah.. Aliah.." Hanya itu yang terungkap di mulut jejaka itu.

"Kamu kenal anak uncle ni?" Soal Dato Rizuan.

"Ya. Sangat sangat kenal. Lia kawan saya masa dekat Universiti sampai sekarang. Aunty saya rasa better aunty call ambulans sekarang."
Kata Syed Hakim sambil memeriksa nadi di pergelangan tangan Aliah.

Lima belas minit kemudian, ambulans tiba. Dato Rizuan menemani Aliah didalam van tersebut. Manakala Datin Hanidar dan Harleesa mengikuti Syed Hakim menaiki kereta lelaki itu.

Harleesa menoleh melihat mamanya di bahagian kerusi penumpang di belakang.Matanya merah mungkin kerana banyak menangis.

"Ma, jangan macam ni. Leesa risau tengok keadaan mama. In shaa allah kak Lia akan okey.. Mama bertenang ya." Pujuk Harleesa.

"Bagaimana mungkin untuk mama cool.Ini melibatkan soal nyawa.Kenapa lah kakak kamu buat macam ni Leesa.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mama tak kisah kalau dia nak bercerita, meluahkan masalah dekat mama. Mama sudi dengar. Tapi kenapa dia buat macam ni. Tak cukup ke didikan agama yang mama dan papa berikan sampai tergamak dia cuba bunuh diri." Jawab Datin Hanidar bersama esakan tangis yang perlahan.

"Kita tak berada dekat tempat kakak. Mungkin kak Lia dah tak jumpa jalan nak selesaikan masalah.. Dia buntu. Tentu masalah tu betul betul bagi tekanan yang terlampau pada dia. Tapi Leesa tak rasa kakak cuba bunuh diri. Mungkin dia ambil pil tu sekadar untuk bagi dia lena.. Mana tahu itu hanya pil tidur..Tak mungkin kakak nak buat kerja bodoh tu ma." Harleesa menyedapkan hati sendiri sekaligus membuatkan mamanya sedikit tenang dengan ujahan tersebut.

"Mama pun harap macam tu lah.Walaupun mama tak melahirkan dia, tapi mama tetap sayang dia. Lia mama anggap seperti anak kandung sendiri." Datin Hanidar mengelap air mata yang menitis dengan tisu yang diambil didalam handbegnya.

"Sebenarnya, saya pun tak sangka Lia ambil keputusan singkat macam ni. Setahu saya, Lia ni jenis positif person, cool. Kalau ada masalah sekalipun, dia bijak tangani masalah tersebut.Bila Lia sedar nanti rasanya tak perlu tanya dia macam macam. Risau nanti dia lagi stress.Kena selalu ada dengan dia, give moral support. In shaa allah dia akan sembuh." Kata Syed Hakim. Dia pantas memandu keretanya mengikuti belakang ambulans.

"Sejauh mana hubungan perkenalan kamu dengan dia? Ada dia cerita pada kamu dengan siapa dia bercinta? Aunty dapat rasakan dia jadi begini sebab lelaki.Entahlah.Naluri seorang ibu." Datin Hanidar cuba mengorek rahsia.

"Kami kenal hampir 8 tahun.Dia memang kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Selama ni memang setahu saya, dia tak ada teman lelaki. Kalau datang jumpa saya, mengadu stres dekat tempat kerja. Yang lain tu tak ada lah setakat ini. Dia selalu juga buat lokum dekat klinik saya." Jelas Syed Hakim. Namun dia tidak membuka cerita apa yang terjadi dua hari lepas. Tidak mahu membuatkan kedua orang wanita itu menaruh syak wasangka padanya. Mustahil Aliah cuba bunuh diri sebab kecewa bila tahu yang dia mempunyai kekasih hati. Harap harap bukan sebab itu.

"Dalam hal ni,mesti ada perkara yang menganggu kak Lia. Tak apalah. Kita doakan semoga kak Lia kembali sembuh macam dulu.Kita pun tak tahu apa masalah kakak. Leesa harap awak dapat sama sama tolong bantu dia pulihkan kembali emosi dia. Memandangkan awak kawan baik kakak.Boleh kan Kim?" Soal Harleesa.

"Saya tak boleh nak janji. Tapi in shaa allah. Sama sama kita bantu dia untuk keluar dari belenggu masalah yang menghantui dia." Syed Hakim membelok kenderaannya ke kawasan parking .
Tanpa berlengah, mereka segera masuk ke bahagian kecemasan. Dato Rizuan sedang menunggu di hadapan pintu besar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience