BAB 6

Romance Series 12774

Aliah memandang wajahnya sekilas dicermin solek.Dia berpuas hati dengan penampilan nya hari ini.. Maklumlah sebentar lagi ingin bertemu Syed Hakim. Rasanya sudah tiga bulan mereka tidak berjumpa dan meluangkan masa bersama.
Dia terlalu sibuk dengan tangungjawabnya dalam merawat pesakit. Masa cutinya pun tidaklah banyak mana. Bila ada cuti, inilah masa untuk menemui jejaka itu.

Perkenalan antara dirinya dan Syed Hakim terjalin semasa minggu orientasi di universiti. Ketika itu Syed Hakim adalah salah seorang dari abang fasilitator. Kiranya Syed Hakim adalah seniornya.Dalam banyak banyak abang fasi,entah kenapa dia begitu tertarik dengan Syed Hakim. Nak kata jejaka itu kacak,hot pujaan ramai jauh sekali. Namun ada sesuatu yang dimiliki oleh Syed Hakim yang tidak ada pada mana mana lelaki lain yang pernah dia temui. Disebabkn itu, Aliah mula jatuh cinta pada Syed Hakim. Perasaan yang terpendam hampir 8 tahun lamanya dibiarkan .Dia malu untuk meluahkan perasaan sayang itu memandangkan dia perempuan.. Tidak mahu nanti Syed Hakim menganggap dia seperti perigi mencari timba.

Dia yakin yang Syed Hakim turut menyukainya. Kata lelaki itu, Aliah merupakan kawan wanita paling rapat.Mustahil jika tidak timbul perasaan cinta .Mungkin Syed Hakim segan untuk meluahkan isi hati. Aliah bersangka baik. Selama ini, jika lelaki itu resah dan dalam keadaan bermasalah pasti Aliah akan meminjamkan telinganya untuk dengar keluhan Syed Hakim.

Di universiti, mereka seperti belangkas.Sering bersama. Aliah menjadikan Syed Hakim sebagai salah satu pusat untuk dia mencari ilmu memandangkan Syed Hakim salah seorang best student disitu. Sentiasa memperolehi anugerah dekan.

Disebabkan ingin meluangkan masa bersama Syed Hakim,ada waktu terbuang ketika dia cuti dia akan menjadi doktor lokum di Klinik Syed Hakim. Tujuan nya tidak lain dan bukan,untuk merapatkan lagi hubungan persahabatan antara mereka.

Dia tidak akan sesekali membiarkan Syed Hakim berkawan dengan wanita lain selain dari dirinya. Aliah juga turut dikenali dalam keluarga Syed Hakim memandangkan dia dan beberapa orang lagi rakan yang lain pernah berkunjung dan tidur di homestay milik ayah Syed Hakim ketika mereka menghabiskan masa cuti semester di kampung lelaki itu.Dia ambil peluang sebaiknya untuk mengenali dan mengambil hati ayah serta emak Syed Hakim.

Kata orang, nak pikat hati anak kena pikat dulu hati ibu bapanya .Hasil yang dia dapat, dia berjaya menjadi kesayangan mak Syed Hakim. Dengan gayanya yang lemah lembut, jaga tutur kata dan tingkah laku menambat hati orang tua itu.. Ada juga beberapa kali emak Syed Hakim, Puan Khalida menghubunginya. Bertanya khabar dan bercerita mengenai perihal Syed Hakim yang masih lagi tidak mahu mencari teman hidup. Malahan Puan Khalida sempat mengusik untuk menjodohkan Aliah dengan Syed Hakim. Aliah apalagi, kembang kempis hatinya dek kerana suka.

Aliah menuruni anak tangga satu demi satu. Perlahan lahan dia berjalan untuk menuju ke dapur mencari mama.

"Wah, kak Lia lawa lawa ni nak pergi mana? Jumpa boyfriend eh?" Tegur Harleesa yang ketika itu sedang santai di dapur sambil bergosip hal semasa dengan Kak Yati.

"Haah.Jumpa boyfriend. Rindu.Dah lama tak jumpa dia.Mama mana?" Jawab Aliah seraya menarik kerusi lalu melabuhkan pungungnya disitu. Sempat lagi dia berbual dengan Harleesa memandangkan temujanji dia bersama Syed Hakim pukul 2 petang.

"Siapalah orang bertuah berjaya memiliki hati kakak Leesa yang keras macam batu ni. Haha. Mama mana ada. Dia keluar dengan papa. Katanya nak pergi kenduri kahwin anak kenalan lama mereka." Jelas Harleesa. Kak Yati hanya menjadi pendengar setia. Malas menyampuk perbualan anak beranak itu.

"Apa Leesa ingat orang macam akak tak ada yang nak ke? Sekali akak petik jari, sepuluh yang datang tau.Apasal tak ikut dia orang pergi kenduri? Duduk rumah pun bukan dapat apa." Aliah menyumpah dalam hati. Berani Harleesa memanggilnya hati batu.

"Malas. Duduk rumah layan gosip dengan Kak Ti lagi best. Betul tak kak Ti?" harleesa memandang kak Yati sambil tersenggih menampakan barisan giginya yang putih berseri.

"Hurmm betul lah tu. Leesa ni kalau hal semasa semua dia tahu. Untung kak Ti ada internet bergerak.Boleh tahu hal dunia. Bak kata orang tak adalah kak Ti macam katak bawah tempurung.Kalau bergosip dengan ahli mesyurat tingkap, takdalah kak Ti terpingga pingga tak tahu apa benda butir bicara yang diceritakan." Jelas Kak Yati sambil ketawa kecil.

"Sejak bila pula Kak Ti join ahli mesyuarat tingkap? Lia tak tahu pun." Soal Aliah sekadar ambil tahu perihal Kak Yati. Ahli mesyuarat tingkap merujuk kepada persatuan bibik bibik sedunia di taman perumahan mewah itu.Setiap petang mereka akan duduk di taman permainan berdekatan sambil berbual dan menceritakan perihal bos masing masing.

"Baru je lagi. Tak sampai sebulan. Saja kak Ti suka suka nak dengar depa bergosip. Kadang kadang tu Kak Ti join depa berzumba. Poco poco. Seronok." Cerita Kak Yati lagi.

"Waaa dalam senyap ada kawan baru ye. Tahniah Kak Ti. Anda selangkah menuju ke hadapan.Leesa suka Kak Ti berkawan.Tak adalah bosan sangat terperuk dalam rumah." Harleesa tergelak kecil.

"Betul tu. Okeylah. Lia keluar dululah. Nanti kita sembang lagi okey. Goodbye." Aliah mengambil kunci kereta yang diletakan diatas meja lalu berlalu pergi meninggalkan Harleesa dan Kak Yati. Malas menunggu lebih lama.

"Kak Ti agak sapa lah boyfriend yang kak Lia maksudkan tu? Tak pernah pun nampak dia ambil gambar dengan lelaki tu.Bawa datang rumah apatah lagi.Siapa nama pun tak tahu. Perahsia sangat kan dia tu." Harleesa mula bergosip setelah melihat Aliah beredar meninggalkan mereka.

"Mana akak tahu.Doktor tempat dia kerja kot. Okeylah tu. Tak lama lagi dapat lah kamu merasa makan nasi minyak. Merasa main dengan anak buah.Lagipun Aliah tu bukan muda lagi. Tahun depan nak masuk 30 dah kan. Sedang elok untuk bina keluarga sendiri." Kata Kak Yati.

"Ya.Betul tu. Habis tu yang kak Ti ni tak teringin ke nak berboyfriend? Kak Ti muda lagi. Cari lah teman hidup." Harleesa m engusik. Suka benar dia melihat wajah meluat Kak Yati apabila sebut bab teman lelaki.

"Tak hinggin. Kak Ti dah tua.Nak masuk 40an.Tak terfikir dah nak berteman lelaki segala bagai.Baik akak kumpul duit, cukup masa nanti akak nak pi buat haji. Lagipun akak suka duduk sini. Akak sebatang kara Leesa. Bila kerja sini, rasa macam kamu semua seperti keluarga akak." Kata Kak Yati. Memang benar, dia sudah tekad biarlah dia berbakti dengan keluarga itu sehingga akhir hayatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience