Harleesa tersentak mendengar bunyi riuhan diluar.Dia lihat lelaki yang menolongnya tadi yang sedang menyandar di kereta diserang oleh empat lelaki. Salah seorang dari mereka meluru kearahnya, belum sempat untuk mengunci pintu kereta, lelaki itu pantas membukanya dan menarik tangan Harleesa untuk keluar dari situ.
"Woi geng.Korang tengok apa yang aku dapat.Ayam fresh.Lawa.Habuan kita malam ni." Katanya sambil tergelak jahat.
"Lepaskan aku.Apa yang korang nak haa?" Harleesa meronta ronta menarik tangan itu.Namun hampa kerana pegangan tangan lelaki tersebut lebih kuat.
"Hei bro,tak akan dengan perempuan pun nak berkasar? Apa yang kau nak, ambil je.Tapi jangan apa apakn kami.Kau nak duit,nah ambil ni.Lepaskan kami." Syed Hakim mengambil duit didalam dompetnya lalu dilemparkan tepat mengena muka salah seorang samseng itu.Hendak berlawan, mana mampu.Mereka berempat.Dia pula seorang.
"Duit aku nak, perempuan ni pun aku nak. Kau ada masalah ke? Lain kali malam macam ni duduk rumah, bukan merayap macam kucing cari makan." Balasnya lagi.
"Eh,bodohnya kau.Otak kau memang letak dekat lutut eh. Apa kau ingat kami takda kerja ke sampai tak boleh keluar malam.Kami bukan macam kau.Samseng,penyangak." Harleesa geram mendengar kata kata lelaki itu.Apa dia ingat boleh memperkotak katikan Harleesa? Ini Harleesa Dato Rizuan lah.Perempuan mulut lancang bak kata kak Aliah. Jangan harap dapat berlawan mulut dengan dia.
"Bos,perempuan ni biadab betul lah.Ayam macam ni rare.Kasar.Baru best nak henyak. Hahaha." Jawab si botak salah seorang dari mereka.
"Tak apa adik manis.Sekejap lagi aku tutup mulut lancang kau tu. Kau tunggu nasib kau ya sayang. Lencai, wakjo pi selokar dalam kereta dorang cari barang berharga. Apek kau jaga mamat tu." Si ketua memberi arahan.
"Kau jangan apa apa kan dia.Dia tak salah apa. Ambil je apa yang kau nak.Lepastu berambus." Syed Hakim berang. Dia mula mengenggam buku lima. Pantang betul dia apabila seorang lelaki memperlakukan wanita insan yang lemah sesuka hati mereka.
"Kalau aku nak buat bukan bukan dekat dia, kau ada masalah ke bro?Perempuan ni adik kau ke? atau bini kau? Kau cari ayam lain. Yang ni kau pass dekat aku."
Harleesa yang semakin geram dengan kata kata biadab lelaki itu dengan sebelah tangan menampar sekuat hati muka lelaki tersebut. Biarlah apa pun terjadi asalkan maruahnya tidak direndah rendahkn oleh manusia bertopengkan syaitan tu.
Syed Hakim tergamam, terkesima melihat aksi berani gadis itu.Ini bukan calang calang wanita.
Ketua samseng itu apa lagi, dengan sekuatnya dia menarik wajah Harleesa lalu dia mencengkam leher gadis itu dek kerana terlalu marah.
Syed Hakim dengan pantas menerajang perut lelaki yang bernama apek yang mengawalnya sehingga apek jatuh tersungkur menahan senak di perut. Dengan pantas Syed Hakim menendang pingang lelaki yang dipanggil bos,berkemungkinan ketua mereka.Dia menumbuk lelaki itu sekuat hati hingga terpancut darah dihidung.Tidak sesekali dia benarkan tangan hina itu menyerang dan menyakiti tubuhnya .Serangan bertubi2 yang dikenakan sehingga ketua mereka tidak mampu membalas.Tak ada lah kuat mana pun.Lagak sahaja lebih.
Harleesa dan Syed Hakim bernasib baik kerana kereta peronda polis tiba tiba melalui kawasan itu.Geng samseng tersebut lintang pukang lari menaiki kereta wajanya yang terparking di hujung jalan. Mujur mereka tidak sempat ambil apa apa dari keretanya. Tapi agak malang, Harleesa terkena libasan pisau dibelakang siku sehingga baju yang dipakai terkoyak lalu mengeluarkan cecair merah pekat. Harleesa terluka dek terkena pisau yang di acah padanya oleh salah seorang samseng itu.
"Auwww sakitnya." Harleesa mengaduh sambil air matanya meleleh menahan pedih akibat terkena pisau tersebut.Sakit sangat.Dia memegang sebelah lagi tangannya menutupi luka yang dia sendiri tidak tahu teruk ataupun tidak.Tapi dapat dia rasakan yang luka itu agak panjang dan dalam.
"Encik, cik okey tak? Saya rasa baik kamu berdoa buat repot di balai. Disini memang banyak kejadian serupa ini berlaku." Kata salah seorang daripada anggota yang bernama Azli.
"Saya okey.Tapi gadis ni terkena pisau yang diacah oleh samseng tadi. Macam nilah tuan,boleh tak tuan tunggu kami sekejap sementara kawan saya datang untuk mengambil kereta gadis ini untuk dibawa ke bengkel.Keretanya rosak. Kemudian saya akan bawanya ke klinik berdekatan.Selesai sahaja urusan di Klinik saya akan terus bawa dia buat repot di balai polis berdekatan." Syed Hakim meminta pertolongan dari anggota itu untuk menunggu mereka berdua.
Setelah kawannya tiba, Syed Hakim segera membawa Harleesa menaiki keretanya menuju ke Klinik.
Share this novel