Pagi itu Harleesa kelam kabut bersiap.Entah macam mana dia boleh terlajak tidur sehingga jam penggera berbunyi dia tidak sedar.Dahlah pagi ini dia ada kes di mahkamah. Pasti papa akan membebel dengannya. Bersiap sedia aja lah. Tapi sempat lagi ni. Bicara kes pukul 9.30 pagi, dia masih ada satu jam lagi untuk pecut ke Mahkamah. Lepas ni taubat tak akan layan cerita dilwalee malam malam buta dengan kak Yati . Apa yang menyebalkan,, solat subuh juga tertinggal. Haishhh..
Sampai sahaja di perkarangan luar mahkamah, dia segera mencari parking kosong.. Jika ada rezeki, boleh lah dia parking dalam kawasan itu. Jika tidak, terpaksa dia parking ditepi jalan besar dan berjalan kaki ke situ.Nasibnya baik, ada satu lagi parking kosong dibelakang bangunan. Tanpa segan silu pantas dia masuk ke parking tersebut. Dia mengambil fail yang berisi dokumen kes klientnya pagi itu. Kemudian blazer hitam yang tergantung dicapainya.
Disatu sudut, kelihatan Puan Aimi klientnya duduk jauh dari tempat laluan orang. Harleesa bergerak pantas menuju ke arah wanita awal 30an itu.
"Assalamualaikum puan, maaf saya terlambat. Lama puan tunggu saya?" Tegur Harleesa seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Kelihatan wajah wanita itu tidak ceria.
"Waalaikumsalam. Saya pun baru je sampai cik Leesa." Jawabnya.
"Puan okey tak? Puan jangan risau ya. Banyak banyakan sabar dan berdoa. Semoga kemenangan hari ini, milik kita. Saya akan lakukan sebaik mungkin supaya kes puan menang. Dan mereka membayar ganti rugi atas fitnah yang mereka lakukan.At least duit tu puan boleh besarkan anak puan." Harleesa beri kata semangat terhadap Puan Aimi.
"Saya pun harap macam tu cik Leesa. Selama ni dia orang cerita bukan bukan pasal saya. Anak yang tak bersalah jadi mangsa. Itu cucu dia, darah yang mengalir dalam tubuh anak saya cucu dia. Tergamak dia fitnah kata yang saya hamil anak lelaki lain. Bukan anak kandung suami. Memang dari dulu lagi saya sedar, yang saya bukan menantu pilihan. Tapi tak perlulah layan saya macam sampah.Sampai tak nak mengaku anak yang saya kandungkan tu cucu dia. Bekas suami saya lebih percaya kata uminya berbanding saya. Ikutkan hati saya saya tak nak ambil tindakan. Biarlah yang lepas ,pergi. Tak perlu dikenang lagi. Tapi dia melampau bila datang tempat kerja saya buat fitnah bukan bukan tentang saya. Saya sampai depress dan berhenti kerja. Saya harap dengan ambil tindakan ke atas dia, mereka sekeluarga akan berhenti dari menganggu saya. Dan nasib anak saya akan terbela." Puan Aimi mengelap air mata yang mengalir laju di pipinya.
"Saya faham. Berdasarkan bukti bukti yang ada ,ujian dna,ujian kesihatan puan akibat dari fitnah yang mereka buat dan beberapa orang saksi.In shaa allah puan akan menang. Yang penting ujian dna sudah terbukti anak tu memang zuriat bekas suami puan." Harleesa tersenyum. Tidak sabar untuk beraksi di gelanggang mahkamah. Dia akan pastikan mereka akan menang dalam perbicaraan itu dan Datin Sarimah membayar saman pada bekas menantunya itu.
"Setiap saat, setiap waktu saya selalu berdoa agar Allah tunjukan siapa mereka yang sebenarnya. Anak saya hilang kasih sayang daddynya sebab fitnah yang umi lemparkan. Sakit sangat. Lagi sakit bila orang sekeliling pandang kita macam kita ni jijik sangat.Kini tiba masanya untuk saya bersihkan imej saya yang tercalar ni." Perbualan mereka terhenti apabila sekumpulan makhluk yang entah dari mana tiba tiba menganggu mereka.
"Kau ingat kau boleh menang ke Amy? Jangan haraplah.Kau tunggu nasib kau dalam tu. Pandai pandai kau je nak saman aku. Sekejap lagi aku yang akan saman kau balik. Apa yang tak puas hati lagi dengan aku hah? Memang betul apa kau mengandungkan anak jantan lain. Tu bukan cucu aku. Bukan zuriat anak aku." Datin Sarimah datang bersama peguam,bekas suami Puan Aimi dan beberapa lagi orang yang berkemungkinan anak anak dia yang lain.
"Yakin nya datin. Baiklah sebentar lagi kita tengok siapa yang akan menang. Time tu saya akan pastikan yang datin akan melutut dekat kaki Puan Aimi." Harleesa memandang Datin Sarimah tanpa gentar. Mentang mentanglah dia memakai baju bercorak harimau hari ini, apa ingat Harleesa takut ke. Dah lah rambut merah ala ala lady gaga. Kalau muda lagi tak apa. Ini orang bilang kubur kata mari, rumah kata pergi.
"Kau siapa hah perempuan mulut biadab? Kau jangan nak masuk campur urusan aku dengan betina ni." Datin Sarimah ingin menunjal kepala Harleesa dek terlalu geram dengan bicara lantang Harleesa.
Harleesa apalagi dengan sepantas yang mungkin menyambar tangannya dari menjadi mangsa tunjalan datin gila tu. Apa dia ingat Harleesa tu lembik sampai tak boleh nak lawan ke.
"How dare you. Apa datin ingat kepala saya ni tak bayar zakat ke senang senang je nak tunjal. Kalau dengan Puan Aimi datin boleh buat sesuka hati datin .Tapi dengan saya jangan harap ya. Untuk pengetahuan datin, saya adalah mimpi ngeri buat datin. Bersiap sedia ya untuk kehilangan satu juta setengah. Tak sabarnya." Harleesa tergelak puas. Menjengkelkan sekali. Biar datin itu tahu dengan siapa dia berurusan.
"Sudahlah tu umi. Jangan dilayan mereka. Jom kita masuk." Haris bekas suami Puan Aimi menarik tangan uminya. Tidak sanggup melihat drama itu.
"Setakat lawyer cikai macam kau ni, bila bila masa je boleh jatuh. Aku upah lawyer yang bagus, selalu menang kes.. Kita tengok siapa yang menang nanti." Kata Datin Sarimah tak puas hati lagi.
"Saya peguam cikai? Wow yakin nya datin.Okey lah. Wait and see.Kalau kes ni saya tak menang, jangan panggil saya Illi Harleesa Dato Rizuan.Datin kenalkan siapa Dato Rizuan? Mesti kenalkan.. Hehehe." Harleesa sengaja menyebut nama Dato Rizuan. Siapa tidak kenal dengan papanya,peguam berkaliber dan banyak memenangi kes dalam mahkamah. Bukan calang calang orang. Jadi jangan sesuka hati nak jatuhkan kredibilitinya sebagai peguam.
Mereka meninggalkan Harleesa dan Puan Aimi dengan riak wajah yang angkuh. Jalannya mendongak langit sungguh.
"Biadab sungguh bekas mertua puan tu. Macam orang mental pun ya. Tak apalah puan, jangan sedih. Jom kita masuk dalam dulu. Selepas ini saya yakin kehidupan puan akan berubah."Kata Harleesa.
"Thanks cik Leesa. Saya harap boleh jadi seberani cik Leesa." Puan Aimi bangun dari duduknya dan segera berjalan mengiringi Harleesa.
Share this novel