BAB 7.

Romance Series 12774

Syed Hakim menyeluk telefon bimbit yang diletakan di poket seluar. Sementara menunggu Aliah tiba, dia sempat membuat pesanan makanan kegemaran wanita itu.
Dia membuka aplikasi instagram. Sudah lama rasanya tidak melewati laman media sosial.Sesekali teringin melihat gambar gambar teman baik serta public figure idolanya di instagram. Disebabkan ingatannya tiba tiba melayang teringatkan Harleesa, dia segera menekan button carian dan mencari nama Illi Harleesa. Mana tahu gadis itu mempunyai Instagram. Boleh menjadi salah seorang followersnya. Dia beruntung kerana gadis itu mempunyai laman instagram dan Harleesa tidak privacykan akaun nya itu. Boleh dia melihat gambar gambar gadis tersebut.

Belum sempat untuk membelek satu persatu, dia disergah manja oleh seorang wanita yang memang dikenalinya sejak dari dulu.

"Layan perempuan mana tu sampai Lia datang pun abang tak perasan. Bak sini Lia nak tengok phone tu." Aliah bergurau ingin merampas telefon bimbit milik Syed Hakim.

"Lia sorang je perempuan yang selalu abang layan pun. Abang tunggu Lia lama sangat. Bosan tu yang dok layan instagram. Tengok perkembangan semasa kawan kawan dan sedara mara abang." Jelas Syed Hakim.

"Lia gurau je.Abang dah ambil oder ke?Lama ke abang tunggu Lia? Sorry tau. Tadi jalan jammed. Ada roadblock. Tu yang lambat." Aliah menarik kerusi berhadapan Syed Hakim lalu dia duduk perlahan.

"Ada lah dalam 15 minit.Tak apalah. Untuk Lia abang sanggup tunggu.Cia cia cia." Syed Hakim berpick up line pula. Lagi lah buat Aliah merasa dirinya sangat istimewa. Syed Hakim hanya bergurau sahaja.

"Abang ni ada ada je tau. Saja buat Lia blushing kan. Hehe.. Mak dengan ayah sihat ke? Bulan lepas abang balik kampung kan?" Soal Aliah. Dia tahu sebab Puan Khalida ada masukan gambar mereka bersama di Facnya.

"Alhamdullilah. Sihat je dia orang. Mak ayah kirim salam pada Lia.Katanya bila nak datang sana. Dah lama mereka tak jumpa Lia. Mak tu asyik tanya Lia je.. Pening abang." Syed Hakim menyedut perlahan fresh orange yang dipesan. Lega tekaknya yang kering.

"Ada masa time Lia free,, in shaa allah Lia jalan jalan dekat sana.Singgah rumah parent abang.Lia pun rindu sangat dah ni nak makan masak lemak ikan keli salai yang mak buat hari tu." Bilang Aliah. Terbayang betapa sedapnya masakan kampung Puan Khalida.Boleh mati hasratnya untuk berdiet.

"Okey. Kalau nak pergi, bagitau abang ya. Boleh abang join balik sana.Lia kerja macam mana? Okey? Ke stress macam biasa?"Syed Hakim tidak sabar mengetahui perkembangan semasa Aliah.Lagipun dah lama mereka tidak lepak bersama.

"Okey je.Cuma tertekan sikit dengan orang atasan.But it's okey. Small matter. Patient tu macam biasalah kan. Nama pun hospital.Tak pernah tak lengang.Cukup masa nanti, Lia nak jadi macam abang. Ada klinik sendiri." Kata Aliah menceritakan impian nya.

"Berhenti lah. Jom kerja dengan abang. Nak tak?" Pelawa Syed Hakim.

"Lambat lagi nak berhenti. Sekarang ni biarlah Lia berkhidmat dengan goverment. Nanti kalau dah bosan Lia tukar angin. Lia carilah abang." Aliah ingin mencari dan menimba pengalaman sebanyak yang mungkin memandangkan dia baru berkhidmat tidak sampai berapa tahun.

"Oh. Bila bosan baru nak cari abang. Kiranya abang ni tempat persinggahan Lia lah ya?" Syed Hakim sengaja buat buat sedih dengan tutur bicara Aliah. Mengusik gadis itu.

"Abang ni, kesitu pula. Lia tak maksudkan apa apa pun. Dah lah, jom kita makan dulu. Lapar ni. Lia tak makan lagi." Tipunya. Padahal tadi dekat rumah, Datin Hanidar masak dia mencekik hampir 2 pinggan. Tapi disebabkan Syed Hakim berbaik hati memesan favourite food nya, maka apalagi. Bismillah dululah. Rezeki jangan ditolak. Lagi pula someone special yang belanja. Happy tak terkata.

Aliah mengajak Syed Hakim ke shopping mall berdekatan. Katanya ingin membeli barang sedikit. Disamping itu, dia mengajak jejaka itu menonton wayang. Filem hollywood aksi yang terbaru .Tentu lelaki itu tidak akan menolaknya kerana dia memang pengemar filem aksi. Tekaannya tepat belaka, terus sahaja cadangan itu dipersetujui oleh Syed Hakim.

Seharian meluangkan masa bersama Syed Hakim memberikan dia satu kepuasan yang teramat. Cukuplah untuk buat bekalan memori apabila rindu, boleh dia flashback kembali aktiviti mereka hari ini. Aliah senyum puas. Dasyat sungguh penangan cinta . Sehingga membuat dia hampir jadi tidak siuman.

"Haishhhh.. Aliah.. Aliah.. Apa dah jadi dengan kau ni".Gumamnya sendirian. Obses sungguh dia pada jejaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience