BAB 16

Romance Series 12774

"Pa, malam ni jangan lupa." Harleesa mengingati Dato Rizuan tentang makan malam bersama Syed Hakim. Bimbang pula jika papa teralit bertemu klient. Fail yang dipesan papa diletakkan diatas meja kerja lelaki itu.

"Ada apa malam ni?" Soal Dato Rizuan.Dia mengambil fail itu lalu membukanya. Fail yang tertera nama klient untuk kes pecah amanah diambil lalu disemaknya sekali imbas.

"Alaa papa ni. Lupa ke malam ni kita nak dinner dengan doktor Syed.Papa jangan ralit pula. Make sure papa balik before isyak ya.Ingat." Pesan Harleesa lagi.

"Sorry. Banyak benda yang papa fikirkan sampai terlupa.Papa cuba balik awal. Kalau papa lambat,, kamu semua makan dulu. Tapi pesan pada doktor Syed,tunggu papa sebelum dia balik." Kata Dato Rizuan. Sebentar lagi dia akan bertemu klient vvip melibatkan kes rasuah. Dia tidak menyerahkan kes itu kepada Harleesa walaupun Harleesa bertegas ingin handle kes tersebut. Dia bukan tidak percaya pada kebolehan Harleesa, namun ada sedikit kebimbangan kerana kes sebegini mengambil masa yang lama, dan perbicaraannya juga mungkin makan masa.

"Okey pa. Leesa balik dulu ya.Bye pa. Assalamualaikum." Harleesa melambaikan tangannya.Lagak Harleesa tidak ubah seperti budak kecil yang melambai tangan ketika melihat sang ayah dan ibu balik dari menghantar mereka ke sekolah. Anak manja, begitulah.

Waktu pejabat lagi setengah jam bakal berakhir. Dia apalagi,tidak sempat menunggu setengah jam dengan selambanya pulang awal. Tetapi dia sudah memberitahu papa mengenai hal itu.Lagipun dia ingin menghantar kak Yati membeli bahan bahan keperluan memasak untuk malam ini.
Setibanya di rumah, kak Yati sudah bersiap cantik menunggunya di dapur.

"Betul ke mama kata dia tak nak ikut kak Ti?" Harleesa bertanya sekali lagi.

"Iya. Katanya tadi nak teman Aliah dirumah. Kak Aliah kamu tu tak sihat kot. Dari tadi terperap dalam bilik. Tak keluar makan pun. Tu yang datin risau.Dia tengok tadi kakak kamu tengah lena .Tak adalah di ganggunya si Lia tu." Cerita Kak Yati .Tangannya sempat lagi membasuh cawan yang berada dalam sinki.

"Oh. Tak apalah. Jom kak kita pergi sekarang. Nanti tak sempat pula masak. Malam ni Leesa nak buat puding coctail.Dah lama rasanya Leesa tak buat puding tu." Harleesa menelan air liur. Membayangkan kesedapan puding kegemarannya itu.

"Haa. Elok sangat lah tu. Tak adalah kak Ti pening kepala dok fikir apa dessert nak buat. Dah. Moh lah." Kak Yati mengikuti Harleesa dari belakang. Tudung sarung yang dirasakan senget dibetulkannya. Walaupun bekerja sebagai pembantu dirumah ini, penampilan diri tetap dijaga. Biar sedap matanya memandang.

Setibanya di pasaraya Tesco, Kak Yati mengambil troli ditempat yang disediakan. Senang untuk dia dan Harleesa memunggah makanan dan diletakkan di dalam troli. Mudah kerja.

Pelbagai jenis sayur dan makanan laut diambil oleh Harleesa. Kak Yati hanya menurut sahaja. Ada bahan , tahu lah dia dan Datin Hanidar untuk masak nanti. Apa yang membuatkan dia kagum pada Datin Hanidar, bab memasak memang tidak diserahkan sebulatnya pada dirinya. Datin Hanidar lebih gemar merajinkan diri di dapur..Kerja Kak Yati adalah memotong dan memproses semua bahan bahan basah, yang akan memasaknya adalah chef Datin Hanidar. Bak kata Harleesa mamanya itu chef dalam rumah tersebut.

Kemudian, Harleesa membawa Kak Yati dibahagian sejuk beku. Dia tahu malam malam buta, Kak Yati suka tonton televisyen sambil mengunyah.

"Kak Ti, macam biasa. Ambil lah apa yang akak nak. Kudap kudap kita layan movie nanti." Harleesa dan Kak Yati memang rapat. Bila ada masa free, bilik Kak Yati dijadikan port melepak kerana dalam bilik di bahagian dapur itu ada televisyen. Senang untuk kak Yati berehat sambil menonton televisyen setelah seharian penat menguruskan rumah itu.

"Wau.Ini yang buatkan Kak Ti sayang Leesa lebih ni." Kak Yati gembira. Tangan nya lincah mengambil beberapa kotak aiskrim, sosej,funfries dan nuget. Stok makanan dalam peti. Sesekali makan. Boleh lah. Jika hari hari makan, bak kata orang alamatnya mencari penyakit gamaknya. Lagipun adakalanya Harleesa gemar masuk biliknya. Berbual. Kadang kadang tu melayan filem hindustan bersama.Seperti mana Kak Yati meminati filem bollywood, begitulah juga dengan si Harleesa.

"Malam ni kawan special Leesa nak datang. Mama ada bagitahu akak?" Soal Harleesa.

"Ada. Katanya kamu berkawan dengan doktor sekarang ni. Kak Yati tumpang gembira.Akhirnya pintu hati kamu terbuka untuk bercinta lagi." Ulas Kak Yati.

"Alhamdullilah. Leesa dah boleh terima kehilangan Haziq. Hakim penganti arwah. Sesekali tu, perangai dia mengingatkan Leesa pada arwah." Bilang Harleesa.

"Mungkin dia jodoh yang sesuai untuk Leesa. Kak Yati doakan semoga hubungan kalian berkekalan hingga jannah. Cepat cepat nikah. Bercinta lama lama ni banyak dugaannya." Nasihat Kak Yati.Pesanan itu ibarat nasihat dari seorang kakak buat adiknya.

"In shaa allah. Dalam perancangan ni kak. Doa doa kan ya."

"Iya.Hurmm bakal laki kamu tu handsome tak? ada iras iras Aaron Aziz tak?Tak sabar nak tengok macam mana orangnya." Kak Yati mula busybody.

"Nak kata handsome tu, tak adalah kacak benar. Orang kata just nice dan sedap sedap mata memandang. Jangan Kak Ti terpikat pada dia sudah. Jenuh pula kita berebut. Lagipun dia muda empat lima tahun je dari akak." Usik Harleesa.

"Hishh kamu ni. Mulut tu.. Masin nanti menangis tak berlagu lah kamu." Balas Kak Yati geram..

Harleesa hanya ketawa kecil melihat reaksi Kak Yati. Sesekali mengusik wanita itu seronok juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience