BAB 13.

Romance Series 12774

Harleesa santai menemani mama dan papanya menonton televisyen. Sesekali dia tersenyum membalas pesanan WhatsApp dari kekasih hati. Hatinya kini sudah dicuri oleh lelaki itu. Ingatannya tergawang mengingati memori yang tercipta di Bukit Broga.
Ketika di sana,dia dalam diam menilai sikap lelaki itu. Baginya Syed Hakim seorang yang bertangungjawab, mudah bergaul dengan orang, bijak membuat keputusan.

Harleesa sempat merisik cerita dari Kak Beb pembantu yang menjaga kaunter di Klinik mengenai perihal Syed Hakim. Kata kak Beb bosnya itu adalah sebaik baik ketua. Menjaga kebajikan para pekerja. Mengambil berat dan tidak kedekut dengan mereka. Bukan itu sahaja,pesakit warga emas dan kanak kanak bawah dari enam tahun yang datang menerima rawatan disitu akan diberi discaunt perkhidmatan sebanyak 50% .Dia tidak memikirkan keuntungan semata mata. Disebabkan itu, KLINIK SYED HAKIM AHMAD sentiasa dipenuhi dengan pesakit. Ada satu lagi kebaikan Syed Hakim, setiap bulan atau dua bulan sekali, dia akan pergi ke rumah Kebajikan orang orang tua untuk memberi rawatan secara percuma dan memeriksa kesihatan mereka.

Harleesa yang mendengar cerita dari kak Beb mengagumi Syed Hakim dalam diam. Dari situ, dia terbuka hati untuk menerima Syed Hakim dalam hidupnya. Kini, hampir sebulan mereka bercinta. Bayangan arwah Haziq kian pudar dari ingatan. Syed Hakim mengembalikan kekosongan dalam diri itu.

"Ehemm. ehemm. Rasanya ada orang tengah mabuk bercinta ni mama." Kata Dato Rizuan sambil matanya ditumpukan pada rancangan berita di kaca televisyen.

"Siapa yang mabuk bercinta? Abang jangan buat hal ya. Kalau Ida tahu abang curang, siaplah." Datin Hanidar mengingati suaminya itu. Tidak perasan pula Harleesa yang tersengih seperti kerang busuk sambil berbaring diatas sofa.

"Abang setia dengan Ida. Dari dulu, kini dan selamanya.Tengok anak dara awak tu. Entah apa yang lucu sangat.Dari tadi senyum sorang sorang dia." Kata Dato Rizuan lagi.

Datin Hanidar pantas menoleh melihat kelakuan anak daranya. Harleesa ralit dalam dunia sendiri sehingga mama dan papanya bercerita mengenai dirinya pun, tidak sedar.

Datin Hanidar teruja. Betul ke anaknya tengah angau bercinta? Dengan siapa? jika benar bermakna gadis itu sudah melupakan arwah Haziq. Satu perkembangan yang positif.

"Ya lah bang. Ida rasa dia tengah bercinta.Siapa agaknya orang bertuah tu. Entah entah budak lelaki yang tolong dia tempoh hari kot bang?" Telaah Datin Hanidar. Naluri seorang ibu susah tersasar.

"Mana lah abang tahu. Abang bukan nujum pak belalang. Cuba lah Ida tanya dia.Dia kan rapat dengan awak." Dato Rizuan dan Datin Hanidar memandang anak dara mereka serentak.

Harleesa terasa yang dirinya seperti diperhatikan. Pantas dia memandang papa dan mama. Dia mula mengerutkan dahinya.

"Kenapa pandang Leesa macam tu?Nak apa apa ke? Nak air? buah potong? Leesa pergi ambil dekat dapur ya." Harleesa bangun dari perbaringannya.

"Eh.. Tak perlu. Duduklah rehat. Mama tengok Leesa ceria semacam je. Ada story nak sharing dengan mama tak?" Soal Datin Hanidar.

"Story apa ma? Memang selama ni Leesa ceria kan." Harleesa tidak dapat tangkap apa yang mamanya cuba sampaikan.

"Memang lah ceria. Tapi yang ni lain macam. Plus berseri seri muka tu. Leesa tengah angau bercinta kan. Jangan tipu mama." Tebak Datin Hanidar. Tepat mengena wajah Harleesa.

"Alamakk.. Kantoi.. Hehehe." Harleesa tersengih menampakan barisan gigi yang putih.

"Siapa lelaki tu? Papa kenal tak? Syakir ya?" Duga Dato Rizuan. Syakir adalah pekerja yang bekerja dengannya. Seorang peguam . Banyak dia dengar gosip dari staf staf mengatakan Syakir dan Harleesa rapat. Selalu keluar lunch bersama.

"Syakir tu kawan je.Papa jangan dengar gosip murahan dekat office tu.Lebih banyak penambah perisa dari cerita sebenar." Ya. Dua tahun lepas memang Syakir ada meluahkan perasaan pada Harleesa.Tapi Harleesa menolak dengan baik. Mujurlah Syakir memahami. Kini, Syakir pun sudah mempunyai kekasih hati. Dan mereka dua bersahabat sahaja.

"Habis tu kalau bukan Syakir siapa orangnya?" Tanya Datin Hanidar tidak sabar.

"Adalah. Rahsia. Kalau nak tahu bagi upah dulu." Usik Harleesa. Bertambah geram mama dan papanya. Dato Rizuan dan Datin Hanidar sporting .Dia tidak kisah jika anaknya ingin bercinta asalkan tahu menjaga batas pergaulan.

"Amboi.. Dengan mama papa pun nak berahsia. Tak apalah bang. Orang tu tak sudi nak cerita dengan kita kan.. Tak payah lah memaksa dia." Datin Hanidar berjauh hati. Lakonannya berjaya membuat Harleesa membuka mulut.

"Alaa.. Janganlah merajuk. Okey. Okey Leesa straight to point. Sekarang ni Leesa tengah berkawan rapat dengan doktor yang tolong Leesa tempohari. Papa, mama ingat lagi tak?" Soal Harleesa.

"Oh. Doktor Syed tu? Sesuai benar dengan kamu. Papa setuju dengan pilihan Leesa kali ni. Papa berkenan dengan dia. Bagus orangnya.Berpelajaran.Sesuai dengan Leesa." Dato Rizuan gembira .Jika benar Harleesa bercinta dengan Doktor Syed Hakim,seperti pinang dibelah belah.

"Mama dapat rasa dah kamu bercinta dengan dia. Mama okey je kamu nak bercinta dengan siapa pun. Asalkan kamu bahagia. Apa apa pun mama nak pesan, jaga diri ya. Ingat awak tu perempuan. Jangan buat perkara yang mama dan papa tak suka. Bercinta tu kalau boleh tak payah lama lama.Bercinta selepas nikah adalah lebih indah." Nasihat Datin Hanidar.

"Terima kasih mama, papa. Setuju dengan pilihan Leesa kali ini. In shaa allah ma. Leesa pun tak nak bercinta lama. Kalau tak ada aral melintang, Leesa suruh abang Hakim hantar rombongan merisik secepat yang mungkin. Risau Leesa abang Hakim dikebas orang." Harleesa gelak kuat. Boleh tahan merenyam juga dirinya itu.

"Malam esok dia kerja tak? Jemputlah dia datang dinner dekat rumah kita.Papa nak berbual bual dengan dia.Nak beramah mesra." Usul Dato Rizuan.

"Okay pa. Nanti Leesa tanya dia. Mesti dia on je tu.Hehe.Eh,ma kak Lia tak balik lagi ke? Dia keluar dari petang tadi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun.Tadi nampak muka dia serabut sangat. Macam menangung beban yang berat." Soal Harleesa sambil memandang Datin Hanidar.

"Eh. Mama ingat dia ada dalam bilik. Tak perasan dia keluar. Entahlah. Lia tu bukan macam kamu Leesa. Kalau ada problem suka kongsi dengan mama. Dia selagi boleh diam, selagi boleh pendam dia telan sorang sorang. Entah lah, kalau dia balik sekejap lagi mama cuba tanya." Timbul sedikit kebimbangan dalam hatinya. Mana pula si anak dara tu pergi. Dia menyayangi Aliah sama seperti Harleesa. Dia jaga anak itu sudah berpuluh tahun. Mana mungkin tidak timbul rasa sayang.

"Nanti baliklah dia. Ada kerja kot dekat Hospital tu." Kata Dato Rizuan mencelah perbualan dua beranak itu.

"Hurm.. Mungkin kot. Ma, pa Leesa nak masuk bilik dulu ya. Nak solat isyak. Tak solat lagi ni."

"Haaa. Pergi cepat. Solat jangan dilengah lengahkan. Nak bercinta cintun tu boleh tapi utamakan solat dulu. Macam mana nak jadi isteri orang ni." Tegur Dato Rizuan.

"Alaa. Okaylah. Sorry.. Leesa pergi dulu ya." Harleesa segera meninggalkan kedua orang tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience