Usai membuat laporan polis, Syed Hakim terus sahaja menghantar Harleesa pulang. Gadis itu seperti cacing kepanasan kerana bimbang mama dan papanya risau.
Dari jauh tersergam mewah banglo dua tingkat yang indah dilereng bukit.Di satu sudut, Harleesa perasan kewujudan Dato Rizuan dan Datin Hanidar. Tentu mereka sedang menunggunya. Harleesa segera mengambil remote pagar automatik yang berada didalam handbeg. Segera dia menekan button agar pintu pagar terbuka.
Dato Rizuan bingkas bangun apabila terperasan kehadiran kereta yang entah siapa pemiliknya. Dia pelik.Bingung.Sedikit bimbang.
Harleesa berjalan perlahan menuju papa dan mamanya. Syed Hakim mengikuti dari belakang. Segan pula ingin bertemu mama dan papa Harleesa.
"Leesa dari mana sayang. Mama risau sangat tunggu kamu dari tadi tak sampai sampai. Jarang kamu buat perangai begini. Telefon pun mati." Datin Hanidar memeluk Harleesa kuat.
"Aduh mama.Sakit ma. Jangan peluk Leesa kuat sangat. Tangan Leesa terluka ni." Adunya. Manja.
"Apa yang terjadi Leesa.Cuba cerita dengan papa?Siapa lelaki yang kamu bawa ke rumah ni?" Tegur Dato Rizuan.
"Terlebih dulu izinkn saya perkenalkan diri. Saya Syed Hakim Ahmad. Seorang doktor,dan Harleesa ni pesakit saya. Kami berjumpa secara kebetulan. Semasa saya dalam perjalanan balik dari tempat kerja, terserempak dengan Harleesa dekat bahu jalan.Kereta dia rosak. Saya cuba tolong apa yang patut." Kata katanya tergendala apabila Harleesa cuba melanjutkan cerita apa yang terjadi selepas itu.
"Ma, pa maaf Leesa tak dengar kata mama dan papa. Tadi Leesa shortcut jalan yang papa tak bagi Leesa lalu tu.Leesa malas nak hadap jammed.Tapi tak sangka kereta Leesa buat perangai. Mujurlah ada doktor yang sudi tolong Leesa." Harleesa menarik nafas sebentar sebelum meneruskan cerita seterusnya.
"Yang sampai berbalut tangan tu kenapa pula? Marilah masuk doktor. Tak sedap pula berbual dekat luar ni." Dato Rizuan mempelawa doktor muda itu masuk ke rumah.
"Begini, Leesa tercedera semasa kami bergelut dengan samseng jalan raya tadi. Entah macam mana, tak sempat nak elak Leesa terkena libasan pisau tu. Tu yang luka sikit. Nasib kami baik sebab ada anggota polis yang meronda sekitar kawasan tu." Jelas Harleesa.
"Nasib baik kamu selamat.Kalau apa apa perkara buruk terjadi pada kamu, mama mesti tak boleh terima." Datin Hanidar mengusap lembut pipi Harleesa.Anak manjanya itu.Satu satunya zuriat yang pernah dikandung dan dilahirkan.
"Uncle nak ucapkan ribuan terima kasih pada doktor. Kalaulah doktor tak ada dekat situ, entah apa yang mereka lakukan pada anak uncle ni. Jasa doktor takkan kami lupakan sampai bila bila." Dato Rizuan bersyukur kerana Harleesa dibantu oleh insan yang berhati mulia dan tidak mengambil kesempatan terhadap anak gadisnya.
"Uncle tak perlu berterima kasih pada saya. Saya ikhlas menolong. Saya hanya bantu sekadar yang mampu uncle.Pertolongan saya pun tidaklah sebesar mana. Anggaplah pertolongan saya ehsan sesama manusia." Syed Hakim mengukirkan senyuman.
Harleesa bingkas bangun dari sofa. Dia berlalu ke dapur. Membancuh minuman panas dan mencari apa apa makanan yang boleh dihidangkan untuk tetamu. Tangannya tidak lagi berasa pedih dan bisa seperti mula2 tadi. Jadi mudah lah untuk dia melakukan aktiviti di dapur.
"Leesa tu degil. Aunty dah pesan banyak kali. Tukar kereta baru. Kereta tu dah lama. Berapa kali rosak buat hal. Masih lagi nak pakai." Datin Hanidar membebel. Geram dengan Harleesa yang suka ikut kepala sendiri. Sebiji menurun perangai Dato Rizuan, suaminya itu. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
"Mama ni. Kereta tu ada sentimental value. Mama takkan faham. Itulah kereta pertama hadiah dari papa untuk Leesa masa birthday Leesa yang ke 17.Banyak kenangan manis Leesa dengan kereta tu." Harleesa mencelah perbualan antara mereka. Dengan tangan yang terkial dia mengangkat dulang yang berisi nescafe panas bersama kek lapis sarawak yang kakaknya, Aliah belikan tempoh hari.
"Dah tu sampai menyusahkan kamu lebih baik tukar baru..Kereta tu simpan buat koleksi." Cadang Datin Hanidar.
"Myvi tu bukan rosak mana pun. Boleh lagi guna. Leesa tetap nak pakai sampai muak.Nanti Leesa tukar lah yang lain." Muktamad. Tiada siapa boleh bantah.Dia menuang nescafe itu ke dalam mug. Lalu diserahkan kepada Syed Hakim, papa dan mamanya.
"Terpulanglah. Mama tak boleh nak kata apa. Bercakap dengan kamu ibarat mencurah air ke daun keladi. Perkara yang sia sia sahaja.Bukan kamu nak dengar." Getus Datin Hanidar.Geram.
"Awak berdua ni, tak kan depan tetamu pun nak bertelagah. Biarkan dia Ida. Awak berlawan dengan dia, tak dapat apa. Macam ni lah doktor Syed, pergaduhan manja anak beranak. Uncle malas nak masuk campur. Jemput makan dan minum doktor Syed." Dato Rizuan mengeleng kepala melihat aksi anak beranak itu.
"Uncle boleh panggil saya Kim. Segan pula saya dengan panggilan doktor tu. Formal sangat." Syed Hakim merendah diri.
"Baiklah. Kim kerja hospital mana? Unit apa? Anak uncle,kakak Leesa doktor dekat hospital Kuala Lumpur tu." Soal Dato Rizuan.Sekadar ingin tahu.
"Dulu saya berkhidmat di Hospital Pantai.Tapi dah lama berhenti. Saya buka klinik sendiri.Senang nak apply cuti, kepala pun tak pening sangat. Jumaat dan Sabtu klinik tutup. Ada masa untuk saya rehat. Balik kampung jenguk mak abah." Jelasnya.
"Wow.. Impress. Muda lagi dah buka klinik.Ada business sendiri." Dato Rizuan kagum. Dia membuka syarikat guaman pada umur 45 tahun. Kini hampir 14 tahun syarikat itu beroperasi.Dia bangga apabila Harleesa turut meminati bidang guaman. Mudahlah untuk mengajak anak itu bekerja bersamanya.
"Alhamdullilah. Rezeki Uncle.Bukan mudah dapat peluang begitu. Kata orang peluang hanya datang sekali seumur hidup.Jika tak direbut, pasti menyesal." Syed Hakim teringat saat saat dia bertungkus lumus,, membuat kertas kerja untuk meminjam loan. Ditambah pula dengan duit simpanan selama dia bekerja. Akhirnya KLINIK SYED HAKIM AHMAD berdiri gah di kota Damansara. Dia mempunyai cita cita untuk menambah satu lagi cawangan Klinik di Kajang. In shaa allah jika diizinkan Allah.
"Betul tu. Uncle sokong. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.Jatuh bangun sesuatu perniagaan itu adalah adat. Jangan sesekali kita mengeluh. Berusahalah untuk mengapai apa yang kita inginkan dalam hidup." Nasihat Dato Rizuan. Ibarat dia menasihati anak sendiri.
Share this novel