Aliah bengang seketika apabila Syed Hakim tidak menjawab panggilan darinya. Entah mengapa sejak sebulan dua ini, Syed Hakim seperti tidak mempedulikan nya lagi. Bila diajak berjumpa, ada sahaja alasan.Dia rasa ada sesuatu yang disorokan oleh Syed Hakim dari pengetahuan nya. Aliah mundar mandir didalam bilik memikirkan perubahan sikap lelaki itu.
Dia dengan segera mendail nombor Puan Khalida. Merisik cerita dari wanita itu perihal anak bujangnya. Dua kali panggilan dibuat dan kali ketiga baru wanita itu mengangkatnya.
"Assalamualaikum mak.Mak buat apa tu? Lia ganggu ke?" Soal Aliah sebaik sahaja panggilan darinya dijawab.
"Waalaikumsalam. Maaf ya Lia mak tak dengar telefon berbunyi. Sibuk bagi makan ayam dekat belakang tu." Puan Khalida duduk di sofa bagi menghilangkan penatnya.
"Oh.Lia ingat mak tak sudi nak jawab panggilan dari Lia lagi." Kata Aliah. Sengaja buat nada sedih.
"Haishh Lia ni. Ke situ pula dia.Lia tak kerja ke hari ni?" Tanyanya. Ramah.
"Kerja mak. Tapi syif malam.Mak masak apa hari ni? Rindu nak makan air tangan mak." Aliah merebahkan badannya .Rambut yang panjang mengurai diusap lembut..
"Mak tak masak. Sat lagi nak pi kenduri.Kalau masak nanti tak bermakan pula.Tak ada siapa dekat rumah ni."
"Lily dengan mawar mana?" Soal Aliah.Lily dan mawar adalah adik kembar Syed Hakim yang baru sahaja berusia 17 tahun. Kedua duanya bakal menduduki sijil pelajaran malaysia(SPM) pada tahun ini.
"Depa tak ada. Ada kem motivasi dekat sekolah. Dua hari lagi balik lah ni.Lia apa khabar? Lama tak mai rumah mak."
"Lia memang nak pergi sana. Tapi masa belum mengizinkan lagi mak. In shaa allah nanti Lia mai ya.Abang Hakim tak balik sana ke mak?" Aliah mula mengorek rahsia.
"Ada dia balik minggu lepas.Tapi sat ja.Kamu tahu ka sekarang dia tengah mabuk bercinta.Gembira hati mak. Rasanya tak lama lagi dapat lah mak menimang cucu." Puan Khalida gembira. Akhirnya Syed Hakim anaknya itu bermain cinta.
Pada mulanya dia ingat anaknya bercinta dengan Aliah kerana selama ini dia tahu yang mereka berdua memang berkawan rapat.Akan tetapi, ternyata tekaannya tidak tepat. Rupanya si bujang itu bercinta dengan orang lain. Sempat juga Syed Hakim menunjuk kan gambar gadis tersebut.Memang cantik,manis bertudung litup. Dia dan suaminya setuju dengan pilihan Syed Hakim.
Bagai nak luruh jantung Aliah apabila mendengar berita itu. Terasa darah menyerbu laju ke muka. Bagaimana mungkin jejaka itu bercinta. Selama ini dia memang tidak pernah tahu. Dia ingat Syed Hakim menyukai dia. Aliah terkedu. Tiada reaksi.
"Hello Lia.. Kamu dengar tak ni? Kenapa senyap ja?" Puan Khalida menegurnya.
"Maaf mak. Lia dengar. Tadi barang Lia terjatuh pula.Sorry tau.Baguslah kalau abang Hakim dah jumpa insan yang dia cari selama ini. Lia tumpang gembira. Pandai dia berahsia dengan Lia." Aliah memaksa diri untuk gelak. Padahal dalam hati remuk, macam kaca jatuh berderai.Kenapa..Kenapaa boleh jadi macam ni.
"Itulah. Mak pun tumpang bahagia. Lagipun umur dia bukan nya semakin muda. Memang patut sekarang ni cari isteri. Ada juga yang boleh jaga makan minumnya.Lega mak." Puan Khalida tersenyum seronok. Tanpa diketahuinya, ada hati yang sedang menangis.
"Okeylah mak, Lia ada kerja sikit ni. Nanti kita berborak lagi ya mak." Aliah terus mematikan telefon bimbit.
Dia mengelap air mata yang jatuh laju ke pipi. Tanpa membuang masa, dia mengambil kunci kereta yang diletakan diatas meja solek.Tudung sarung pantas dipakainya .Dia perlu mendengar penjelasan dari Syed Hakim.
"Kak Lia nak pergi mana tergesa gesa ni?" Tegur Harleesa yang ketika itu sedang menaiki tangga untuk ke biliknya.
"Berambus lah. Jangan sibuk hal aku." Aliah terlanggar bahu Harleesa. Dia memang tengah rungsing.Tak boleh fikir rasional. Apa yang ada dalam fikirannya ketika ini, penjelasan dari Syed Hakim.
"Lahh.. Tiba tiba je. Pms gamaknya. Whateverlah." Harleesa malas nak ambil pusing.
Ada masa Kak Aliah melayannya baik. Ada masa angin kus kus dia tiba, Harleesa yang selalu jadi mangsa.
Share this novel