BAB 7 SIRAMAN BERDARAH (BAHAGIAN 2)

Crime Completed 9791

Keadaan kelas begitu sunyi. Kebanyakan pelajar perempuan tidak hadir ke kelas kerana demam. Sebab apa? Semestinya kes mandi darah!

Pelajar perempuan begitu fobia sehinggakan mereka dijangkiti demam. Di kelas 3A, hanya tiga pelajar perempuan sahaja yang hadir. Irah, Ikin dan Aina. Ketiga tiga pelajar ini semestinya tidak membasahkan badan malam semalam. Di kelas lain, rata rata hanya 2 hingga 5 pelajar perempuan
sahaja yang tinggal.

"Irah, biar betul. Erin mandi darah?" Faiz bertanya. Wajahnya cuak pastinya. Irah mengangguk. "Pelajar lain pun? Semua mandi darah"

Ujar Irah. "Lepastu, cik bedah buat apa?" Daniel ajukan soalan.

"Masa cik bedah suruh semua berkumpul, dia ada tanya apa berlaku. Dalam 20 minit, dia ada periksa balik air tu. Tapi air tu dah balik pada normal." Terang Irah.

Faiz mengerutkan dahi.

"Eh, masa darah kt tandas tu, apa cerita?" Tanya faiz.

Daniel berdeham sebelum menjawab pertanyaan itu.

"Lepas cikgu bersihkan tandas tu guna air lain, dalam setengah jam macamtu lah, cikgu cuba buka balik paip air dalam tandas tu. Tapi air dah balik normal." Terang daniel.

"Kau tahu dari mana?"

"Alah, aku sendiri pergi jumpa cikgu Ayu"

Suasana senyap seketika.

"Petang ni aktivit mesti dibatalkan kan? Sebab kes demam ni. So, kalau erin dah okey, ajak dia. Kita jumpa dekat Perpustakaan" Cadang faiz.

Yang lain mengangguk setuju.

Dari jauh, sepasang mata tidak habis memerhatikan mereka bertiga. Mata mungkin melihat, tapi telinga tak mampu mendengar kerana jaraknya agak jauh dan mereka berbincang perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience