Hanya tinggal 58 saat lagi.
"Macam mana nak hentikan menatang ni?" Bahasa kasar Erin sudah pun keluar dari mulutnya.
Emosi. Ya. Disebabkan emosi yang tidak setabil.
Faiz cuba sedaya upaya untuk menghentikan bom tersebut. Wayar biru ditarik. Wayar hijau dipotong.
Namun masa di bom tersebut tetap berjalan.
50 saat lagi.
Peluh memercik di dahi. Panas membahang diri. Daniel cuba merungkai wayar wayar bom tersebut. Wayarnya cukup berserabut. Itulah bom masa.
45 saat lagi.
Terasa seluruh tubuhnya menggigil.
Peluh membasahi bajunya walaupun seluruh tulangnya sejuk.
Wayar cuba dirungkai lagi.
kali ini lebih berhati hati. Takutnya tersilap langkah. Bom boleh meletup dengan sendirinya pula.
35 saat lagi.
Wayar ditarik. Gagal.
30 saat lagi.
kaedah sama digunakan. Tetap hampa.
Irah tidak keruan. Ditarik kasar wayar berwarna kuning. bagaikan masa semakin pantas.
Tik tik tik
29 28 27 26 25
Erin meraup wajah. Dia tidak pernah sentuh bom masa. Bagaimana mahu menghentikannya?
15 saat lagi.
Argh! Faiz tertekan. Wayar yang tebal dan banyak itu memang memeningkan kepala. Lebih lagi pabila wayar tersebut berwarna warni. Pening!
Daniel, Irah dan Erin juga turut sama membantu. Tangan menggigil. Jari menggeletar. Baju mereka basah dengan peluh. Kalau diperah. Rasanya cukup sebotol air mineral.
5 saat lagi.
Mata Faiz mulai merah. Mana mana wayar ditarik kasar. Tak kisahlah tanggannya menanggung sakit. Yang penting bom dihadapannya sekarang ini berhenti !
Share this novel