Seperti yang dijanjikan. Pukul 11:45 malam, sudah pastinya semua pelajar di asrama sedang tidur nyenyak. Perlahan lahan. "Irah, kau tidur dah ke?" Tanya Erin seraya berbisik.
"Shhh. Aku tak tidur lagi, jomlah! Nanti takut orang terkejut pulak" balas Irah.
Perlahan lahan aku turun daripada katil. Irah mungkin senang sebab dia duduk di katil bawah manakala Erin di katil atas. Sebelum keluar, Erin dan Irah meletakkan bantal dibawah selimut supaya kelihatan seperti ada orang dibawahnya. Perlahan lahan ke pintu keluar. "Eh Erin kau nak pergi mana tu?" Tanya ikin. Erin tersentak. Hampir sahaja dia menjerit kecil.
"Laaa nak ke cafe ke? Hah belikan aku roti sardin eh" sambung ikin lagi.
Erin pelik. Dia melihat Ikin sedang tidur nyenyak..huh! Mengigau rupanya. Haish! Buat aku takut jek!
Langkah diayun.
Perlahan lahan agar tidak mengejutkan Cik Bedah.
Pagar asrama perempuan dipanjat. Woa! Ni kali pertama Erin dan Irah melakukan kerja ni! Dah lah pakaian semua hitam. Alah. Taknak bagi orang nampak katakan.
Selepas dapat keluar, mereka terus ke pondok. Kelihatan Faiz dan Daniel sudah pun menunggu.
"Sorry, dah lama sampai ke?" Tanya Erin. Faiz hanya tersenyum. "Tak lama sangat. jom cepat. 2 minit lagi nak pukul 12" ajak Daniel.
Kemudian mereka bergerak ke taman. Lampu suluh menyinar. Mereka berempat agak terkejut lalu Faiz menarik tangan Erin dan Daniel menarik tangan Irah untuk menyorok di celahan semak. Jari telunjuk diletakkan dihadapan bibir. Tanda senyap.
Pak Guard. Dia hanya memerhatikan sekeliling jika ada berlaku sesuatu.
Pabila Pak Guard menghilang dari pandangan, mereka terus bergegas ke taman.
Jam menunjukkan pukul 12:05 pagi.
Mereka memilih untuk bersembunyi disebalik semak.
Kelihatan beberapa orang pelajar sedang berkumpul di bangku.
Mereka terus mengintai sebaik mungkin untuk melihat siapakah gerangan disebalik bayang bayang itu.
Cahaya bulan yang samar samar agak menyukarkan FEDI Detective.
Cahaya bulan menyuluh salah seorang wajah bayang bayang tersebut. Hampir sahaja Erin menjerit.
Maya!
Patutlah selama ini dia mencurigakan.
Kemudian..seoarang demi seorang wajah dapat dilihat walaupun agak samar.
Iaitu, Maya, Afina, Iqbal dan Akim.
Saat wajah Iqbal kelihatan, Faiz hampir pengsan kerana tidak pernah disangkanya Iqbal terlibat dalam kumpulan sebegini. Iqbal agak rapat juga dengannya. Tapi tidaklah serapat Daniel
Hanya satu sahaja wajah tidak dapat dikenal pasti. Dia sedang bercakap sesuatu. Seperti memberi arahan. Mungkin itulah ketuanya.
Nampak dari bentuk badan, seperti perempuan. Tingginya boleh tahan juga.
Entah bagaimana Irah tersilap langkah. Prak!
Dia terpijak kayu.
My god!
Kelima lima orang tadi berpaling dan mendekati FEDI Detective.
Hendak melawan, tidak sempat kerana mereka lebih pantas. Erin yang baru sahaja hendak menjerit meminta pertolongan sudahpun ditutup mulutnya dengan sapu tangan. Seketika. Dia pengsan. Mungkin sapu tangan itu diletakkan bahan merengsa. Irah pula ditampar dengan kuat dan menyebabkan dirinya berpinar. Faiz cuba melawan dengan silat yang dipelajarinya tapi apakan daya, ketua kumpulan mereka seperti belajar seni bela diri, dapat menepis setiap tumbukan Faiz dan membalas hanya dengan sekali tendangan lalu Faiz pengsan. Daniel pula dipukul dengan kayu dikepalanya sehingga menyebabkan luka.
Suasana sepi. Nampaknya mencari bukti tidak berjaya juga.
Mereka diheret ke suatu tempat larangan. Ya. Tempat larangan.
Bilik Bawah Tanah.
Share this novel