BAB 1 APA JADI DI SITU? (Pt 1)

Crime Completed 9791

Hampir 90% pelajar tidak senang duduk. Itu baru sahaja pelajar. Apatah lagi guru. Semuanya mengurumi perpustakaan. Erin, Irah dan Maya turut memerhati apa yang berlaku. "Awak rasa, dari mana datang semua mawar ni?" Tanya Cikgu Ayu. "Entahlah cikgu. Masa saya dengan izara nak hantar buku yang saya pinjam ni, saya nampak kelopak mawar dekat pintu. Saya buka je pintu, terus bau mawar. Saya dah cari cikgu Amni. Tapi cikgu Amni takde pulak." Panjang lebar Ikin menceritakan kisahnya. Cikgu Ayu mengerutkan dahi. Cikgu Amni? Mana dia pergi? "Pelajar semua, dah..balik ke kelas" arah Cikgu Malik. Semua pelajar menapak perlahan ke kelas. Erin, Irah dan Maya berjalan perlahan. Amat perlahan. Apa tak rungsingnya. Kelopak mawar begitu banyak sehinggakan baunya hamper seluruh kawasan sekolah dijelajah. Kelopak mawar itu pula bukan biasa. Tapi kelopak mawar yang terkena sedikit percikan darah. "Weh, kau rasa..kerja siapa semua ni?" Tanya Erin. "Mana aku tahu. Siap ada darah lagi" jawab Maya. "Tapi sure ke tu darah?" Irah pula bersuara. "Iye. Aku ada ambik laa kelopak tu. Aku perhati betul betul. Memang darah! Cikgu pun cakap darah" tegas Maya. Erin mengerutkan dahi. "Nak tak..kita siasat?" Cadang Erin. "Kau gila ke? Takut aku. Nak main dengan semua benda ni" Maya terus beredar. Erin dan Irah saling berpandangan lalu mengeluh. Maya memang tidak sukakan cabaran. "Hey girls!" Tegur Faiz. Di sebelahnya terdapat Daniel yang sudahpun melambaikan tangan. Erin sedikit tersentak. Ya Allah. Handsomenya mamat ni. "Hai!" Irah membalas.

Diantara Erin dan Irah. irah lebih peramah dengan sekeliling. Manakala Erin lebih banyak bercakap dengan rakan terapat. "Korang dah tahu pasal mawar tu?" Tanya Daniel. "Dah. Kitorang ingat..nak siasat" Jawab Irah. Erin hanya diam. Entah kenapa. Sejak dari tingkatan satu, dia sukar sekali bertegur sapa dengan Faiz. Dan sekarang, mereka di tingkatan tiga. "Jom siasat sama sama. Amacam?" Cadang Faiz. "Hah! Erin pun ada cakap tadi. Okey jugak. Kita tubuhkan kumpulan." Irah bersemangat.

"Tapi, kumpulan kita ni dirahsiakan. Okey?" Arah Erin. Baginya, dia lebih suka berahsia daripada mengheboh. Yang lain mengangguk setuju.

"Aku namakan kumpulan kita ni FEDI Detective"

Cadang Daniel. Faiz tersenyum. Fikirannya sebenarnya melayang ke arah lain. Pap! "Sakitlah!" Marah Faiz. Satu ketukan di dahinya memang memeritkan. "Kau dengar tak apa aku cakap? Berangan sampai mana dah?"

Marah pula Daniel. "Ish aku dengar. Kau namakan group kita ni DEFI Geng.

Eh bukan. EDFi Group. Ehh!" Faiz mengetuk kepala sendiri. Erin dan Irah ketawa kecil. "Aku genyeng jugak kau ni. FEDI detective la bongok!" Satu lagi ketukan hinggap didahi Faiz. Faiz menumbuk bahu Daniel. Ala.. tumbuk tumbuk manja katakan. "Sweet je diorang ni kan?" Bisik Irah.

"Ha'ah. Itulah yang dinamakan Best Friend Till Jannah" Balas pula Erin dengan bisikan.

"so..how?" Tanya Faiz.

"Hurm..petang nanti kita jumpa dekat cafe. Nak tak? Boleh bincang lama sikit. Dekat kelas ni, ramai sangat orang." Cadang Erin. Yang lain mengangguk setuju. Haa.. disinilah bermulanya kisah penyiasatan FEDI Detective. Tanpa sedari..Erin tersenyum sendiri. Entah apa yang mencuit hatinya pun dia sendiri tidak tahu..sehinggalah Irah menampar pipinya.

"Sakitlah!" Adu Erin. "Hah..ni sorang lagi..suka sangat berangan. Cikgu dah masuk tu!. hal tu..kita fikir petang nanti. Sekarang kau belajar dulu. Ingat. Focus for your PT3" irah membebel. "Hish. pot pet pot pet pot pet" Erin menjelirkan lidah. Irah menjeling geram. Dari jauh, Faiz memerhati gelagat dua sang sahabat. Bibirnya mengukir senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience