"Mungkin kata kunci rahsia"
Yang lain berpandang sesama sendiri. Kata kunci? Apa yang dimaksudkan dengan Faiz?.
"Maksud kau?" Tanya Daniel.
"Okey, look. Cuba kau tengok contengan ni"
Terdapat beberapa perkataan. Dan sedikit contengan.
(gambar mata) tas K-man (gambar Jam 12) mask lamp -KPS
Erin mengerutkan dahi. Pe benda pulak ni?.
"Maksud apa ni?" Irah bersuara.
"Apa maksud KPS kat bawah ni?" Daniel pula bersuara.
"And gambar mata dengan jam semua ni?" Erin seterusnya bersuara.
Faiz diam sejenak.
"Mungkin gambar Jam ni menunjukkan masa. Kalau betul. Masa yang
diberitahu disini 12." Kata faiz.
Erin diam.
"Mungkin ini tak menunjukkan apa apa" kata irah. Hampir mengalah.
"Wait" Erin bersuara.
"Mungkin KPS ni petunjuk untuk nota misteri ni" sambung Erin lagi.
"Mungkin jugak! Aku biasa baca dalam novel yang dia potong huruf huruf tertentu lepastu jadi satu ayat" terang Faiz. Tanpa sedar, dia telah memberi kata kunci yang sangat berguna. Erin tersenyum.
"Mungkin kita perlu potong huruf KPS?" Cadang Erin.
"Ataupun kita perlu cari makna? Tas bermakna beg tangan, K-man ialah tajuk komik budak budak tu, mask ialah topeng, lamp ialah lampu" terang irah.
"Dan ia akan jadi... Mata, beg tangan, komik, topeng, lampu" ujar Daniel.
"Macam pelik je" sambungnya lagi.
Irah mengeluh.
"Tak. Mungkin kata Erin betul." Faiz bersuara setelah lama diam. Yang lain menumpukan perhatian pada faiz.
"Potong huruf KPS"
Lalu faiz memotong huruf KPS yang ada.
(Gambar mata) Tas - Ta
K-Man - Man
(Gambar jam 12)
Mask - Ma
Lamp - Lam
(Gambar Mata) Ta Man (gambar jam 12) Ma Lam
Yang lain memandang sesama sendiri. "Wait! I know! Gambar mata mungkin menunjukkan perjumpaan. Dan gambar jam menunjukkan masa iaitu 12 !" Terang Irah.
"So, jawapannya Jumpa TaMan 12 MaLam" faiz membaca kata kunci tersebut.
"Yeah! We got it!" Kata Daniel.
"Di taman? Dekat sekolah ni ke?" Tanya Erin. "Mestilah, pukul 12 malam ni, kita jumpa dekat pondok dulu, lepastu kita gerak sama sama dekat taman" Arah Faiz.
"Takpe ke ni?" Irah risau.
"Kita cuba dulu, mana tahu ni membawa maksud ke dalang semua ni?" Kata Daniel. Memberi semangat pada Irah.
"Okey Deal! 12 malam dekat pondok, then kita ke taman!"
Faiz mengerling ke arah jam ditangan. "Dah pukul 5 ni, jom balik asrama" cadang Faiz. Yang lain mengangguk. Buku disimpan semula ke tempat asal. Barang bukti diambil lalu ke asrama masing masing.
Di asrama lelaki, bunga mawar penuh bertaburan di atas setiap katil pelajar lelaki dan pelajar lelaki sedang membersihkan mawar tersebut bersama seorang penjaga dorm.
Faiz dan Daniel agak terkejut.
"Kenapa ni?" Tanya Faiz.
"Entahlah, semua pergi main futsal, balik balik dah penuh dengan mawar" terang Iqbal.
Faiz menepuk dahinya. Aduh! Futsal! Lupa pulak nak main! Takpe. Asalkan dapat satu kata kunci.
"Eh iqbal. Semua main futsal ke tadi?" Tanya Faiz. Sambil tangannya membantu Iqbal mengutip mawar tersebut.
"Tak lah, selain kau, aku pun tak main futsal tadi, aku pergi study dekat perpustakaan, kau pergi mana?" Tanya Iqbal.
Faiz sedikit tersentak. Perpustakaan? Bukankah dia juga berada di perpustakaan bersama FEDI Detective? Kenapa bayang Iqbal langsung tak kelihatan? Mungkinkah dia terlepas pandang?
"Hoi! Aku tanya, kau pergi mana tadi?" Suara Iqbal memecah lamunan Faiz.
"Ar er. Tak pergi mana. Aku lepak dengan Erin dan Irah je" kata Faiz.
"Dating eh?" Iqbal mengusik.
"Hesh! Takde kerja aku!" Terus Faiz menyambung kutipan mawar.
Soalan yang bermain di benaknya hanya dipendam.
Betulkah Iqbal pergi mengulang kaji pelajaran di perpustakaan?
Share this novel