5 saat sahaja lagi.
Mana mana wayar ditarik kasar.
Tak kisahlah tangannya menanggung sakit yang penting bom dihadapannya sekarang ini berhenti!
3 saat..
Wayar tebal tersebut ditarik sekuat hati.
2..
Akhirnya, wayar tersebut dapat diputuskan juga.
Faiz melihat bom tersebut.
Hanya tinggal 1 saat sebelum bom tersebut meletup. Alhamdulillah. Dapat juga dia hentikan bom ini.
Dia memandang kearah tangannya pula. Merah. Sedikit bengkak.
Terasa berdenyut denyut.
Sumpah sakit!
"Alhamdulillah! Akhirnya!" Kedengaran suara FEDI Detective yang lain.
"Kau okey faiz?" Kemudian Daniel bertanya setelah melihat wajah kerut Faiz. Seperti menahan sakit.
"Its okey, tangan aku berdenyut sikit" Jawabnya.
"Okey, aku pasti budak lain dah bangun. Jom bagitau pengetua tentang ni" arah Erin.
Seketika, mereka bersegera bertemu pengetua.
Para pelajar yang baru sahaja keluar dari asrama agak terpinga pinga memandang FEDI Detective yang berlari. Dengan pakaian yang agak lusuh.
Dengan mata yang sembab dan merah. Wajahnya keruh. Sekali pandang sudah tahu yang mereka stress dan tidak cukup tidur.
FEDI Detective tidak ambil pusing.
Seketika, mereka sampai dibilik pengetua. Sebelum itu, mereka harus melepasi penyambut tetamu.
"Pengetua ada?" Tanya Erin.
Cik Mastura mengerling sekilas.
'Buat apa budak budak ni datang awal pagi?' Bisik hatinya.
Namun jawpan tidak diberikan.
Dia hanya sibuk menilik wajahnya dicermin mini.
Irah sudah meluat melihat perilaku penyambut tetamu itu.
"Maaf! Tuan pengetua ada?" Kini, ditinggikan sedikit suaranya.
Cik Mastura masih belum menjawab.
Pemerah pipi dicapai lalu disapu pada kedua dua belah pipinya yang sudah pun diselaputi krim.
Erin menjeling geram.
"Saya tanya! Tuan pengetua ada ke tak?!" Suara Erin cukup menyentakkan Cik Mastura. Sehinggan gincu yang hendak dioles ke bibir terconteng sedikit di tepi bibirnya.
"Apa urusan korang semua?! Dah! Awal pagi lagi ni! Pergi surau!"
Tengking Cik Mastura. Tisu dicapai lalu mengelap sedikit gincu yang terserot dari bibirnya.
"Urgent!" Ujar Faiz. Cik Mastura menjeling. "Pengetua tak ada!" Jawabnya kasar.
Irah menjeling geram. langkah diayun terus kebilik pengetua.
"Jom lah guys! Dari melalut depan badak sumbu ni! Sampai esok dia tak bagi jumpa pengetua!" Bidas Irah.
Yang lain hanya ikut jejak langkah irah.
"Hey!!" Jerit cik mastura. Namun tidak dihiraukan mereka.
"Pengetua. Maaf mengganggu."
"takpe. Kenapa jumpa saya awal pagi ni? Subuh belum masuk lagi. Tak pergi qiamullai ke?"
"Tak. Kami nak laporkan sesuatu."
"Silakan"
Faiz menceritakan kisah yang berlaku dari awal sehingga akhir. Tetapi, hanya disambut dengan ketawa kecil pengetua.
"Kenapa pulak ada orang nak letupkan sekolah ni? Tak masuk akal. Ada bukti?"
Faiz menghulurkan tangannya yang bengkak sedikit akibat menarik wayar bom masa tadi.
" ini kesan sebab saya tarik wayar bom tersebut. Kalau tak cukup. Ikut saya ke perpustakaan." Ujar Faiz.
Pabila tiba di perpustakaan, Tuan pengetua jelas terkejut.
Kemudian, dia menelefon pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut.
Di bilik rawatan, Faiz mendapat rawatan secukupnya keatas tangannya.
FEDI Detective turut melawat. "So macam mana? Kes ni kiranya dah selesai?" Tanya Daniel.
"Tak. Aku tak rasa kes ni selesai." Jawab Faiz perlahan. "Kenapa?" Tanya Erin dan Irah serentak. "Aku dengar polis cakap dekat pengetua yang cikgu Amni hilangkan diri. Iqbal,Maya dan yang lain dapat ditangkap. Aku rasa Cikgu Amni masih tak puas hati" ujar Faiz lagi.
Share this novel