BAB 12 PETANDA BAHAGIAN 1

Crime Completed 9791

Cikgu Amni menggolekkan botol yang berisi kertas bergulung kearah Faiz.

Faiz mencapainya dengan kasar.

"Ingat, selesaikan sebelum ermm..."

Cikgu Amni memandang jam ditangannya. Baru pukul 12:45 pagi.

"Sebelum pukul 5 pagi. Pukul 5 pagi, sekolah ni akan hancur! Kalau kau sayang sangat, cubalah selesaikan dengan masa yang ada beberapa jam je ni!" Sinis Cikgu Amni.

Faiz membuka penutup botol tersebut. Lalu gulungan kertaa dibuka.

Dibaca dengan kuat agar Irah dan Daniel dapat mendengarnya sekali.

"7 petanda di 7 tempat. Pabila petanda bergabung, terbentuk sebuah kunci. 7 tempatnya ialah Tembok Besar Cina, Menara Eiffel Paris, Jurang Mariana, lautan hindi dan Hutan Hujan Tropika, India dan Kutub Utara. Faiz mengerutkan dahi.

"Macama mana nak pergi ke semua tempat ni dalam masa beberapa jam?" Tanya Faiz. Namun pabila mendongak, Cikgu Amni serta konco konconya sudah tiada.

"Damn!" Jerit Faiz.

"Wait, takkan lah kita nak pergi ke semua tempat tu, habistu, diorang sempat pulak pergi?" Kata Irah.

"Maknanya, sesuatu yang menyerupai sesuatu di sekolah ni!" Jerit Daniel.

"Ya! Kita perlu tafsir sendiri petunjuk ni" Sokong Erin.

"Tapi macam mana kita nak keluar? Kita terkunci!" Sambung Erin.

Faiz mendengus geram. "Memang Cikgu Amni sengaja tak bagi kita selesaikan semua ni!" Jeritnya.

Jam ditangan dikerling. Tepat Jam1 pagi. 5 jam sahaja lagi sebelum sekolah ini dihancurkan.

Erin mendapat satu akal. "Irah! Sekarang ni kau pakai tak pengepit rambut yang halus tu" tanya Erin.

Irah mengangguk lalu mengambil pengepit rambut halus tersebut dicelah rambutnya. "Kau nak buat apa?" Tanya Irah.

"Cuba kau buka mangga ni guna pengepit halus tu" cadang Erin.

Irah hanya menurut. Pusing kiri. Pusing kanan. Yes! Terbuka!

Erin tersenyum. Terus Irah menolong membuka kunci mangga lokap Faiz dan Erin.

"Okey! Jom keluar! Naik lemas aku duk dalam ni!" Ajak Faiz.

Faiz membaca balik apa yang tertera di gulungan kertaa tadi.

"Tujuh petanda di tujuh tempat?"

"Tembok Besar Cina, dekat sekolah ni, tembok mana sama macam tembok besar cina tu?" Tanya Faiz.

Yang lain hanya diam. Sehingglah, "mungkin pagar asrama?" Tanya Daniel.

Mereka mengangguk lalu terus ke pagar asrama. Seketika, mereka sudah pun tercegat didepan pagar Asrama. "Jom cari, mesti ada apa apa kat sini"

Cari punya cari. Tak jumpa.

"Ah! Takde! Mungkin bukan tempat ni yang dimaksudkan tembok besar cina! Habislah kita!" Irah merungut.

"Sabar Irah, aku yakin. Kita boleh!" Erin memberi semangat. Walaupun dia sendiri sudah hampir mengalah.

"Siapa tu?!"

Satu suara menyapa. Terus FEDI Detective menyorok di sebalik pagar.

Cik Bedah. Ya. Itu Cik Bedah. Tapi apa dia buat malam malam ni? Tak tidur ke?" derapan kaki Cik Bedah menghampiri.

Semakin dekat.

Dekat.

"Meow!!"

Bunyi kucing bergaduh mencuri perhatian Cik Bedah. Terus Cik bedah ke arah kucing tersebut.

FEDI Detective menghembus nafas lega.

Mujurlah kau selamatkan kami kucing. perbincangan diteruskan.

"Aku pening, mana lagi tempat macam tembok? Sekolah ni ada tembok ke?" Daniel bersuara.

"Okey, forget it. Kita cari tempat lain dulu, hmm Menara Eiffel Paris. Kat mana ni? Takkan tiang elektrik kot" Ujar Faiz.

"Tengok yang lain." Arah Erin.

"Jurang Mariana. Hah! Tempat apa pulak ni?" Faiz buntu. Kesemua tempat nampaknya agak sukar.

"Jurang Mariana. Aku pernah baca dalam buku. Tempat ni ialah lubang yang paling dalam di dunia. Yam sangat dalam" Terang Erin.

"Okey, how about Lautan Hindi?"

"Mungkin merujuk kolam? Sebab laut, laut kan air? Kolam pun air lah kan?" Irah menyatakan pendapat.

"Hutan Hujan Tropika? Dekat mana?" Tanya Daniel. Yang lain hanya menggelengkan kepala. Argh! Memang sukar! Sudahlah masa singkat!.

"India? Hah? Kutub Utara?"

Faiz diam sejenak.

"Aku rasa aku tahu kat mana Tembok Besar Cina." Luah Faiz.

Semua mata tertumpu pada Faiz.

"Kat mana?"

"Ikut aku"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience