BAB 15 PETANDA 4

Crime Completed 9791

Lembaga putih.

Berbungkus.

Irah, Erin dan Daniel menggigil. Biar betul! "cepat! Jom lari. Sebelum benda tu datang sini" kata Faiz perlahan. Dan dalam masa itulah lembaga tersebut berpaling.

Pocong.

Apa lagi yang mereka hendak lakukan selain lari?

Larian Daniel dan Faiz mendahului Erin dan Irah.

Ketika berpaling kebelakang, kelihatan pocong tersebut tidak lagi kelihatan. Kemudian, mereka berhenti melepaskan lelah.

"Dia dah pergi ke?" Tanya Irah. Nafasnya tercungap cungap. "Entah dapat entah tak kejar kita" jawab pula Erin.

Ketika Faiz memusingkan badannya kehadapan, bibirnya mengukir senyuman.

"Aku tahu kat mana lautan india" ungkap Faiz.

Yang lain mengerutkan dahi.

"Kolam renang" jawabnya.

Yang lain tersenyum. Ada betulnya juga. Kolam renang ini sangat dalam.

Mungkin sesuai diiraskan dengan lautan india?

Mereka terus meluru masuk kedalam tempat kolam renang.

Fuh! Besar gila! Erin dan Irah tak pernah jejak kaki kat sini. Kalau Faiz dan Daniel mungkin dah berpuluh kali.

Seketika, kedengaran air terpercik keluar. Ya. Faiz sedang menyelam kedasar kolam.

Erin dan Irah memerhatikan sekeliling. Ingin cari kedasar kolam? Heh!

Mana dia pandai berenang!

Seketika, faiz timbul dari permukaan air. Ditangannya terdapat botol kaca. Tentunya petunjuk!

Petunjuk kali ini berhuruf U.

"Hmm, okey. Tembok besar cina, dah. Menara eiffel paris, dah. Jurang mariana, dah. Lautan India, dah. Now Hutan Hujan Tropika." Ujar Faiz.

"Yang ni aku tahu! Mestinya rumah hijau! Kan dah macam hutan tempat tu!" Jawab Erin. Yang lain tersenyum senang. Nampaknya kerja jadi lebih mudah. Pabila Faiz mengerling kearah jam tangannya, terkejut bukan kepalang. Sudah pukul 4 pagi. Satu jam lagi dan sekolah ini akan hancur!

Di rumah hijau, tak perlu bazirkan banyak masa. Daniel tidak sengaja terlanggar pasu bunga dan pasu bunga tersebut pecah. Sekali dengan botol berisi gulungan kertas itu pun pecah. Kebetulan. Alhamdulillah. Kali ini petunjuk juga berhuruf U.

"Seterusnya, India, kat mana ni?"

Okey. Kalini mereka mengaku yang tempat ini agak sukar. Yelah! Negara kut! Budak budak ni mana tahu pasal India! Sudah!

"Kat mana ni weh?" Irah menggaru kepala. "Yang aku tahu, India ni suka tarian je" jawab pula Erin.

"Tu jawapannya!" Tempik Daniel.

Yang lain agak terkejut. "India suka tarian. Sekolah ni ada bilik latihan untuk latihan kan?" Kata Daniel.

Yang lain menepuk tangan. Sudah tentu gembira!

Tibanya dibilik tarian. Mereka mencari disetiap sudut. Namun tidak dijumpai juga. Maklumlah. Tempat ini luas dan kosong. Dan dipenuhi dengan cermin besar. Dah kata bilik tarian. Sedang leka mencari petunjuk. Kedengaran bunyi gelang kaki india.

"Bising la irah!" Marah Erin. Disangkanya Irah yang menari kerana irah memang sukakan tarian.

"Apa marah marah aku ni woi?" Bahu Erin ditepuk Irah. Erin berpaling.

Namun bunyi gelang kaki india tersebut masih berbunyi.

Dari mana pulak bunyi ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience