BAB 20 BENDA TAJAM

Crime Completed 9791

Cafe riuh dengan suara para pelajar.

Tentunya berkaitan dengan penangkapan 4 orang pelajar dan seorang guru atas kesalahannya yang ingin mengebom sekolah.

Akan tetapi, seorang guru tersebut melarikan diri. Cikgu Amni. Kemana dia?

"Kau rasa cikgu Amni masih tak puas hati? Aku tak rasa macam tu laa. Takkan dia tak takut dengan polis kut?" Daniel mengemukakan apa yang terbuku dihatinya.

"Tak. Aku rasa dia ada plan lain" jawab Faiz. Dagunya diusap seperti orang yang sedang memikirkan sesuatu.

"Hmm, kenapa pengetua lambat sangat seru budak budak suruh ke dewan ni?"

Erin menilik jam ditangan. Pukul 2:50 petang. Kebiasaannya waktu begini pengetua sudah menyeru pelajar untuk ke dewan dan lakukan aktiviti seterusnya.

"Alah. Dia ada urusan dengan polis lagi kut" Jawab Irah.

"Polis ada dekat perpustakaan, siasat pasal bom tu. Tapi pengetua takde" Ujar Erin lagi.

"Aku rasa tak sedap hati laa. Jom ke bilik dia!" Arah Faiz. Tanpa menunggu jawapan FEDI Detective, dia terus melangkah.

"Argh! Jumpa cik mastura pulak nanti" rungut Irah.

"Pengetua ada?" Tanya Faiz.

Cik Mastura yang sedang menaip sesuatu di iphone 6 miliknya mengerling sekilas.

"Takde" jawabnya dingin.

Irah meninjau kebilik pengetua. Gelap. Kosong.

"Betullah. Pengetua tak ada" Ujar Erin.

Pabila keluar dari pejabat, Faiz duduk di bangku berdekatan.

"Aku rasa tak sedap hati la" luahnya lagi. "Mungkin dia ada kerja lain?"

Irah cuba menyedapkan hati sendiri.

Keadaan menjadi hening sehinggalah Faiz mengambil sesuatu di bawah bangku yang dia duduki. "Eh, ini kan, jam pengetua?" Tanya Faiz. Jam tangan ditunjukkan kepada FEDI Detective. Jam berwarna emas. Siap terukir nama pengetua lagi.Othman Jaafar.

"Eh, jam dia tercicir?" Irah mengangkat kening.

"Aku memang rasa tak sedap hati" luah Faiz lagi.

"Nak cari kat mana?" Tanya Erin.

Suasana hening kembali.

"Aku nak pergi bilik bawah tanah" Ujar Faiz. Dia berdiri lalu membetulkan bajunya.

"Eh, buat apa?" Tanya Daniel.

Pertanyaan itu hanya dibiarkan sepi.

FEDI Detective hanya mengikut jejak Faiz.

Sampai di bilik bawah tanah.

"Ha. Buat apa? Kan kat sini polis dah tutup." Ujar Irah.

Namun, Faiz hanya meluru turun ke bilik bawah tanah. Yang lain mengerutkan wajahnya.

Hanya ikut sahaja apa yang faiz lakukan.

"Aku rasa pengetua ada dekat sini" luah Faiz. "Kenapa?" Irah dan Erin bertanya serentak. "Sebab cikgu Amni memang suka tempat ni" jawabnya.

Kemudian kedengaran tepukan dari suatu arah. "Bagus! Kau budak hebat!"

Cikgu Amni bersuara. Dan pengetua ada bersamanya!

"Pengetua!" Jerit FEDI Detective.

Cikgu Amni mengeluarkan pisau lalu diletakkan dileher pengetua.

Cikgu Amni guru silat. Tentunya dia boleh menangkap pengetua dengan begitu mudah.

"Lepaskan pengetua cikgu. Kenapa dengan cikgu? Cikgu tak serik lagi?"

Luah Daniel. Hanya ketawa Cikgu Amni menjadi jawapannya.

"Kau ingat. Senang senang aku nak mengaku kalah? Aku sepupu si Othman ni. Aku tak dapat jadi pengetua sebab dia!" Laung Cikgu Amni.

"Takkan disebabkan tak dapat jadi pengetua pun sampai berdendam macam ni?" Marah Erin.

"Kalau dia bukan penyebab kepada mak aku meninggal. Tak pulak aku dendam sejauh ni"

Ujaran itu cukup menyentakkan yang lain.

"Terkejut? Hahaha! Dia tumpangkan aku untuk pulang ke rumah. Lepastu, dia kata dia nak cepat. So,dia bawak laju. Then, ada seorang makcik ni, melintas jalan. And dengan tak sengaja dia langgar. Ops! Mybe dengan sengaja!" Cikgu Amni mengerling kearah pengetua yang mulutnya ditutup rapat dengan kain.

"And you know what? Makcik yang dia langgar tu mak aku! Mak aku!" Tempik Cikgu Amni lagi. Air matanya jatuh.

"Disebabkan tu. Aku dendam dengan dia. Tambah pulak dia rampas jawatan pengetua dari aku! Memang dia ni tak patut hidup!" Cikgu Amni menekan sedikit pisau pada leher pengetua. Pengetua mengerang kesakitan. Darah pekat mula mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience