BAB 16 PETANDA 5

Crime Completed 9791

Bunyi gelang kaki semakin kuat. Dan semakin Erin ketakutan. Irah dihadapannya memandang dirinya pelik. "Kenapa dengan kau ni?" Tanya Irah. "Siapa yang menari waktu malam ni kalau bukan kau?" Tanya Erin.

Jelas getaran suara kedengaran.

Irah hampir sahaja ketawa. "Kau ni. Faiz dan Daniel tengah tengok gelang hiasan semua tu. Dah. Cepat. Jom cari" Ujar Irah.

Erin hanya mengerutkan dahi. Faiz? Daniel? Gelang?

Ahh! Lupakan!

"Eh korang! Aku tak jumpa laa" keluh Faiz. Irah menghembus nafas geram.

Geram kerana semua benda ini berlaku. Lantas gelang kaki diatas meja dicapai lalu dicampak kearah cermin didepannya.

Pring!!

Pecah.

"Hesh! Kenapa kau ni irah?" Marah Erin. Dia mendekati serpihan kaca tersebut. Mahu dikemaskan. Nanti ada pula yang tercedera. Sedang mengemas, penjuru matanya tertangkap pada sesuatu dicelah cermin pada dinding. Cermin tersebut sudah merekah akibat lontaran Irah tadi. Dia mengambil dengan berhati hati. Cermin retak. Kalau tersalah. Mahu lagi teruk kesan retakan ia.

Sekeping kertas. Hmm.

Lipatan dibuka.

"Huruf K" sebut Erin.

Yang lain mendekatinya.

"Ini mesti petunjuk" kata Daniel.

"Okey. Petanda yang kita dapat, huruf TA, B, U, U, K, M " Bersuara Faiz.

"Apa maksudnya?"

"Entah, itu kita fikirkan selepas ni, kita tak ada banyak masa, satu tempat sahaja lagi"

Ya. Jam menunjukkan pukul 4:40 pagi. 20 minit lagi. Tembok besar cina,dah. Menara Eiffel, dah. Jurang Mariana, dah. India, dah. Lautan Hindi, dah. Hutan Hujan Tropika,dah. Yang tinggal adalah kutub utara.

"Last one, kutub utara. Dekat mana tempat sejuk?"

"Takkan dalam peti ais kantin kot"

"Kau ingat tu logik ke?"

Seketika, suasana sepi. Masing masing sibuk memerah otak. Masa hanya tinggal sedikit lagi.

"Mungkin dekat bilik yang ada penghawa dingin" jelas Erin.

"Tapi sekolah kita ni ada banyak bilik penghawa dingin" bantah Daniel.

"Bilik mana yang ada banyak penghawa dingin? " tanya Irah.

Yang lain sekadar senyap. 5 minit sudah berlalu.

Tinggal 15 minit sahaja lagi.

FEDI Detective jelas menunjukkan riak risau.

"Aku rasa peti ais dekat kantin la!" Tegak Irah.

Yang lain menggeleng kepala. "Takkanlah."

Irah menjeling geram.

Ikut jelah! Mana tahu betul?

Irah terus menapak ke kantin tanpa menghiraukan panggilan rakan rakannya. Akhirnya, mereka hanya mengekori Irah.

Tibanya di kantin, Irah terus pergi ke peti sejuk yang berisikan air minuman tin dan botol.

Hmm..banyak.

Botol diteliti satu persatu. Hmm.

Tiada apa yang mencurigakan sehinggalah botol kaca kelihatan. Ya. Botol kaca tersebut agak tersembunyi. Di barisan paling belakang dan hujung.

"Eh korang! Mai sini! Aku dah jumpa!" Jerit Irah.

"Mana?" Tanya yang lain.

"Tu hujung sekali, camne nak ambik?"

Setelah terpacul sahaja soalan itu, lampu suluh faiz kehabisan bateri.

Padam. Suasana gelap.

Matahari belum menunjukkan sinarnya. Erin mula memeluk lengan Irah.

Takut sebenarnya.

"Chill. Aku cuba guna lampu handphone aku" Ujar Daniel.

Seketika, satu cahaya menyinar.

Daniel menyuluh kearah botol kaca tersebut. "macam mana nak ambik?" Tanya Irah.

Tangannya cuba membuka pintu peti sejuk tersebut namun gagal.

Ia berkunci.

5 minit sudah berlalu.

10 minit berbaki cukup membuatkan FEDI Detective panik.

Faiz tiada pilihan lain selain memecahkan pintu peti sejuk yang lut sinar itu.

Pring! Bertaburan kaca.

Terus diambilnya botol kaca.

Gulungan kertas didalamnya dibuka.

Huruf AN.

"Okey, keluarkan semua petunjuk. Kita takde masa ni!" Arah Faiz.

Petunjuk dikeluarkan.

Yang ada ialah M, TA, AN, U,U,K,B.

"Apa benda ni?" Tanya Daniel.

"Mungkin dia suruh kita susun"

"Mana sempat! kita ada kurang dari 10 minit!"

"Diam!" Suara faiz menghentikan suara yang lain. Ternyata suara mereka memeningkan kepala Faiz.

"Chill, jangan panik" katanya.

Faiz menyusun huruf tersebut. Entah betul entah tidak.

Setelah beberapa kali dicuba. Namun gagal. Masa bagaikan semakin pantas.

"Aku dah tahu!" Tempik Erin.

Terus disusun huruf tersebut.

TA M AN B U K U

"taman buku?" Faiz bersuara. Dahinya berlapis lapis.

"Yup. Taman buku, mestilah perpustakaan! Mana lagi tempat yang penuh dengan buku?" Jawab Erin.

Terus mereka berlari kearah perpustakaan. Pintu cuba dibuka namun gagal.

Ia berkunci. Damn!

Hanya tinggal kurang dari 5 minit lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience