"Cikgu please!"
"Hahahaha!" Suara Cikgu Amni bergema di bilik bawah tanah tersebut. Tuan pengetua jelas panik dan menahan sakit.
"Lepaskan dia sial!" Jerit Faiz.
Hormatnya pada Cikgu Amni sudah pun hilang.
Cikgu Amni tersenyum sinis. Tidak terkesan dengan kata kata kesat Faiz.
Ketika tangan hendak teruskan pembunuhan, "Berhenti!" Suara polis kedengaran.
Alhamdulillah, tepat pada masanya!
Erin mengucapkan syukur.
Cikgu Amni menahan marah.
Untuk melepaskan api amarahnya, dia hendak menoreh leher pengetua namun satu das tembakan sudah pun terkena sikunya. Pisau ditangan terlepas dan segera pengetua melarikan diri. Cikgu Amni memegang kejap tangannya.
Perit! Tak pernah seumur hidupnya ditembak!
Polis segera menggari tangan Cikgu Amni. Perit disikunya tidak dihiraukan.
Suasana pada malam itu sungguh hening. Pengetua dirawat. Cikgu Amni ditangkap. Nyawa penghuni sekolah hampir melayang.
Kini, semua penghuni sekolah hanya berdiam diri sahaja didalam asrama masing masing.
Guru guru pula sibuk berurusan dengan polis berkenaan.
Kecuali FEDI Detective.
Di taman, kelihatan 4 sahabat menikmati pandangan langit biru dihiasi bintang berkerlipan.
Indah sekali. Irah bersama Erin di sebuah bangku dan Daniel bersama Faiz di sebuah bangku.
"Misi kita selesai kan?" Tanya Irah.
"Mungkin" jawab Erin perlahan.
"Kenapa ni? Macam gelisah je"
"Tak ada apa" Erin berdalih.
"Come on, aku sedia mendengar"
"Okey" Erin mengalah. Satu keluhan dilepaskan.
"Memang semua ni selesai kan? Tapi, aku risau. Siapa yang tegur aku dekat perpustakaan haritu? Kalau kerja geng Cikgu Amni. Aku rasa tak.
Rupa dia sebiji macam Faiz. Hologram? Mustahil. Faiz dah cuit bahu aku haritu. Aku risau lah!" Luah Erin. Irah ketawa kecil.
"Tak. itu kerja mereka. Iqbal pakai topeng muka Faiz. Alah. Cikgu Amni guru sains dan kimia. Takkan dia tak boleh nak usahakan topeng berupa manusia betul?"
"Mana kau tahu?"
"Aku jumpa topeng tu dekat bilik bawah tanah haritu. Lupa pulak nak bagitau kau" irah tersengih.
Erin menghembus nafas lega.
Yakin bukan hantu.
Seketika, Faiz merapati mereka.
"Irah, boleh minat beberapa minit tak? Aku nak cakap something dengan Erin" pinta Faiz. Irah tersenyum. "Okey, no prob" segera Irah berlalu dan duduk dibangku bersama Daniel.
Suasana sepi. Erin tidak keruan.
Dia berdeham sedikit.
"Ada apa nak jumpa?" Tanya Erin.
"Saja" balas Faiz sepatah.
"Takkan laa saja saja?"
"Memang saja saja"
"Janganlah main main!"
"Aku tak main main"
"Faiz!"
"Apa?"
Erin mengeluh. Susah betul cakap dengan manusia tak reti bahasa ni.
"Kau ni memang pencuri eh?" Tanya Faiz. Pandangan dihala kearah langit yang terbentang luas.
Erin mengerutkan wajah.
"Pencuri? Erk! Pehal lak? Aku bukan pencuri!" Protesnya.
"Kau pencuri"
"Tak!"
"Dah pencuri mengaku jelaa"
"Kau merepek apa ni?! Aku curi apa?!" Erin mengetap gigi. Geram kerana dituduh pencuri.
"Kau curi hati aku"
Erin terpanar. Betul ke apa yang aku dengar? Aku salah dengar ke?"
"Aa. Aaa.. apa?" Gagap Erin bertanya.
"Aku cakap, kau curi hati aku"
Ulang Faiz sekali lagi. Kini mata dihala ke mata Erin.
Apa yang Erin dapat lihat, lelaki dihadapannya kini ikhlas!
Suasana sepi seketika.
"Lepas SPM, aku jumpa parents kau"
"Buat apa?"
"Pinang kaulah. Buat apa lagi"
Erk! Mamat ni buang tebiat ke apa? Ke wayar dalam kepala dia dah putus?
Erin berpaling kearah Faiz. Tiada riak wajah gurauan disitu.
"Kau serius ke ni?"
"Serius lah. Ingat aku main main ke?"
Aduh! Apa aku nak jawab ni! Erin gelisah. "Aku rasakan, ada baik kau fokus PT3 dan SPM dulu" jawab Erin.
Faiz tersenyum.
"Sebelum tu, aku lock kau dulu boleh?"
"Pehal pulak?"
"Yelaa, takut orang lain kebas"
Terus Faiz berdiri lalu mengenyitkan sebelah matanya. "Aku tahu kau pun suka aku" ujarnya lalu pergi ke arah Daniel. Wajah Erin membahang panas.
Ah! This feeling! I dont like this feeling!
"Wah wah, sweet korang ye. Best Dating?" Irah menyakat. Entah bila sudah duduk disebelah Erin.
"Diam lah kau!" Marah Erin.
Irah ketawa kecil.
Faiz dari jauh sudah pun tersenyum.
Kenangan terindah? Ya. Tidak sia sia dia dimasukkan ke sekolah ini.
Kejadian ini memang menguji mental dan fizikal.
Dari kejadian panaromal berkaitan dengan mawar, darah, lembaga, diikuti kisah penyiasatan merapatkan hubungannya dengan Erin.
Misi penyiasatan selesai. Hati Erin agaknya dapat ditawan juga.
Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman.
Share this novel