BAB 6 SIRAMAN BERDARAH

Crime Completed 9791

Seperti yang dijanjikan, FEDI Detective sudah pun mendaftar menjadi ahli asrama. Asrama Lelaki dan perempuan hanya saling berhadapan. Namun ada pagar yang memisahkan mereka. Tidak terlalu dekat. Agak jauh juga. Ini mungkin memberi sedikit masalah kepada FEDI Detective kerana sukar untuk berjumpa pada waktu malam.

Erin dah Irah berjalan menuju ke dorm mereka. Great! Mereka sebilik dengan Ikin dan Izara. Kedua duanya merupakan saksi pertama dalam kes perpustakaan mawar ini. Cuma..

Maya.

Dorm manakah dia?

"Izara, Maya duduk dorm mana?" Seperti dapat membaca fikiran Erin. Irah bertanya. "dia duduk sebelah dorm kita je" jawab Izara tanpa mengesyaki apa-apa.

Irah memandang Erin. Seketika. Mereka tersenyum.

Kenapa Maya juga terlibat dalam kes sebegini?

Kerana hanya Maya yang selalu mengelak daripada bertanyakan hal mawar tersebut.

Kalau ditanya pelajar lain, confirm panjang lebar punyalah penjelasan!

Tapi tanya je Maya, jawpannya tetap sama.

"Taknak aku ambil tahu tentang ni. Nanti ganggu aku nak fokus study"

Erin memejam erat matanya.

Nanti waktu prep. Kerja memang banyak! Ini memang mengganggu dirinya untuk fokus pada Kes mawar ini. Er. Okey. Terbalik. Kes mawar mengganggu dirinya untuk fokus PT3.

Pada waktu prep, tiada apa yang berlaku. Waktu prep ni dilakukan di perpustakaan. Perpustakaan dah dibersihkan dari kelopak mawar yang banyak dan para pelajar dah kuarang bercerita tentang ni. Mereka lebih tertarik pada kes tandas ditepi makmal komputer pula. Tapi ada beberapa orang pelajar yang pergi ke rak terakhir dan ambil sebuah buku lalu letakkan balik dan blah.

Erin terperasan kejadian itu tapi mungkin hanya kebetulan.

Dan beberapa pelajar asyik keluar masuk perpustakaan. Cikgu Amni tiada berjaga. Memang senanglah nak keluar masuk. Kalau Cikgu Amni ada. Huh!

Bergerak dari kerusi pun takut!.

Selesai sahaja prep. Kebanyakan pelajar lebih suka membasahkan badan.

Nanti baru lena hendak tidur. Ye dok?

Termasuk Erin, seperti pelajar lain, dia membasahkan badan. Di dormErin. Hanya Irah dan Ikin sahaja yang masih mengemas beg untuk belajar pada hari esok. Tetiba.."ahh!!" Kedengaran Maya menjerit.

Irah terkejut bukan kepalang. Seketika.."ahh!"

"Darah!"

"My god!!"

"Argh!!"

Beberapa pelajar perempuan menjerit. Entah kenapa..dari dorm berbeza.

Mungkin perkara sama yang dialami. Wajah ikin penuh dengan tanda tanya.

Ketika irah dan ikin ingin keluar untuk melihat apa yang berlaku. Suara Erin dan Izara pula kedengaran. "Ahh!!!" Nak runtuh rasanya dorm ketika itu. Suara izara sudahlah lantang. Ditambah suara Erin yang sememangnya seperti ziana zain pabila menjerit memang dapat menghentikan jantung orang yang kena heart attack. Irah dan ikin berlari ke bilik air. Erin keluar dengan baju mandinya dan terketar ketar. Badannya basah.

Ya. Memang basah.

Tapi kenapa air tu warna merah?

Izara juga keluar dengan berbaju mandi. Dan dia juga dibasahi air merah.

Darahkah?

"Kenapa Rin? Zara? Ya Allah" Tanya Ikin.

Irah mengerutkan dahi. seketika. Cik Bedah, penjaga dorm meminta semua pelajar asrama keluar. Dan ketika itulah Irah melihat rata rata pelajar dibasahi air merah.

"Cik Bedah.. kami.. kami.. mandi darah" ujar seorang pelajar. Suaranya jelas terketar ketar. Sehinggakan ada pelajar yang jatuh pengsan.

Irah cuba menenangkan Erin yang menggeletar. Tangan Erin sejuk sekali.

Mungkin terkejut pabila darah membasahi tumbuh.

Maya kelihatan bersahaja. Bukankah dia pun menjerit tadi? Dan dia pun basah dengan air merah yang didakwa darah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience