BAB 2 APA JADI DI SITU? (Pt2)

Crime Completed 9791

Sebelum pulang ke rumah. Erin menapak ke perpustakaan. Rata rata pelajar dah pulang ke rumah. Begitu juga Irah. Kini, dia berseorangan di hadapan pintu perpustakaan. Bau mawar menusuk ke hidung. Bau yang begitu kuat sehinggakan bau tersebut menjadi keras dan kurang enak. Ketika Erin merenung pintu perpustakaan yang tertutup rapat, dia teringat akan penjelasan Ikin pagi tadi.

"Saya dah cuba cari cikgu Amni tapi Cikgu Amni takde pulak"

Hmm. Erin berfikir sejenak. Ke mana cikgu Amni pergi? Kebiasaannya, jika dia ke tandas, kantin dan tempat lain, dia akan meletakkan papan tanda di pintu yang menandakan dirinya tiada. Tapi mengapa sekarang papan tanda tiada? Dan cikgu Amni menghilang. Erin gusar. Hatinya memberontak ingin memasuki perpustakaan dan siasat apa yang patut. Tapi kini dia berseorangan. Jika terjadi apa apa, tiada siapa yang tahu. Ketika tangan memegang tombol pintu, dia merasakan derapan kaki seseorang.

Semakin dekat.

Semakin kuat.

"Erin!!"

"Wargh!" Terkejut bukan kepalang Erin pabila namanya diseru seseorang.

Bahunya di cuti kasar. Erin berpaling dengan wajah yang sangat cuak nyata pucat.

"Kenapa kau tak balik lagi?"

Erin menghembus nafas lega. "Kau kan Faiz, buat takut aku" Erin menjeling. Sumpah! Dia ingatkan lembaga mana yang kejar dia. "Kenapa tak balik lagi?" Tanya Faiz. Lagakknya hanya bersahaja. "Hmm, takdelaa, Cuma saja datang sini." Balas Erin. "Nak masuk?" Pelawa Faiz. Erin mengerutkan dahi. Jam ditangan dikerling. Dah pukul 2:45 petang.

Seketika. Dia mengangguk. Ketika pintu dikuak. Bau mawar menusuk hidung.

Lalu angin kencang menyapa wajah Erin. Erin menutup semula pintu perpustakaan. Dia menghembus nafas. Nafas cuak pastinya. "Kenapa?" Tanya Faiz. "Jom balik" terus Erin menapak pergi. Tidak dihiraunya Faiz yang berdiri disitu.

Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan Izara. "Hei, lewat kau balik. Nak kata ada study group, Irah, Faiz dan Daniel ada dekat Cafe. Katanya tunggu kau." Sapa Izara.

Erin menepuk dahinya. FEDI Detective ! "Alamak. Aku lupa laa..sokey..aku pergi dulu, bye!" Terus Erin memecut laju motosikalnya ke rumah.

Bersiap ala kadar.

"Eh, nak pergi mana pulak ni?" Tanya Puan Marina. "Cafe jap, jumpa kawan" terus Erin memecut laju motosikalnya dan ke cafe.

Sampai sahaja di cafe.

"Kenapa lambat?" Tanya Irah.

"Sorry geng, ada hal tadi" rayu Erin. "Kitorang dah tunggu 1jam tahu tak" ujar Faiz. Yang lain mengangguk. Erin mengerutkan dahi. "Faiz dah tunggu satu jam?" Tanya Erin semula. "Yelah, masa balik dari sekolah, aku sampai rumah pukul 2:15. Aku siap ala kadar jelaa. Aku sampai kat cafe ni awal sekali tau." Terang Faiz. Minuman yang hampir tinggal separuh itu dihirup. "Kau dah lama balik sekolah?" Tanya Erin. Faiz mengangguk. Hairan juga mengapa Erin bertanyakan hal. Irah mengerutkan dahi. "Kenapa? Kan kau sendiri nampak Aku, Daniel dan Faiz balik sesama.

Kau je kata ada barang tertinggal." Terang lagi Irah. Daniel hanya diam.

Seperti memikirkan sesuatu.

Erin terdiam. Bisu. Kalau Faiz dah pulang kerumah pada pukul 2:15. Siapa yang bersama dengannya di perpustakaan pada pukul 2:45 tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience