"Erin, share la kat kitorang. Apa yang kau alami?" Irah mendesak.
"Okey. Tadikan aku balik lewat. Aku bukan pergi ambik barang pun. Aku pergi kat perpustakaan tu." Erin akhirnya mengalah. "Apa jadi?" Ternyata Faiz cuak. Kalau Faiz sudah tanya kenapa, memang bukan faiz-lah yang menegurnya di perpustakaan waktu pulang tadi. "Faiz tegur aku."
"Hah? Bila aku tegur kau kat library?"
"Tadi. Masa balik. Tu aku pelik. Sedangkan kau kat cafe masa tu. Masa tu dalam pukul 2:45"
"Hesy. Tu memang bukan aku!"
Daniel dan Irah bisu. Ternyata kisah ini menakutkan mereka. "So, kau rasa siapa?" Irah akhirnya bersuara. "Kalau dah Faiz kata bukan dia, mybe..." Daniel menggantungkan ayatnya. Erin menelan air liurnya. Terasa pahit sekali. "Okey stop!. Aku tak percaya dengan hantu semua ni.." Tegak Faiz. "Okey. Erin kena tegur dekat library, Daniel nampak darah dekat tandas. Memang mencurigakan." Ujar Irah. Seketika. Suasana sepi.
"Okey.. nampaknya kita kena selesaikan dua kes. Pertama. Perpustakaan dan kedua tandas." Ujar Faiz. "Kemungkinan perkara ni ada kaitan." Jelas Erin.
"Maksud kau?" Irah kurang mengerti. "Yelaa, dekat library, ada kelopak mawar dengan percikan darah. Now dekat tandas ada darah mengalir. Semua berkaitan darah dan bau mawar. Kan ke Daniel cakap ada pokok mawar kat makmal tu?
"So, makmal komputer ni terlibat jugak ke?" -Irah
"Mungkin." -Erin
"Okey. Esok kita masuk asrama and lusa, kita jalankan misi. Kita akan singgah dekat library dulu. Dapat beberapa bukti, barulah kita pergi tandas sebelah makmal komputer tu" cadang Faiz. Nampak gayanya, memang Faiz yang mengetuai kumpulan ini.
"kita boleh tanya geng asrama yang dah lama kat sini" cadang irah. Yang lain mengangguk.
Baru Erin teringat. Maya juga ahli asrama. Mungkin dia boleh dapatkan sedikit maklumat tentang perpustakaan tu. Yelaa kan? Kalau dah tersebar viral kelopak mawar yang ada percikan darah kat sekolah, semestinya di asrama akan menjadi buah mulut. Tapi Maya hendak membukakah cerita tersebut? Maya seorang yang pendiam. Dan suka berahsia. Entah apa yang dirisaunya Erin tidak tahu. Harapannya dia dapat rungkaikan misteri mawar ni.
"Erin, jom balik. Dah lewat ni" ajak irah. Erin hanya menurut. Sedang menunggang motosikal, Erin dan Irah melalui kawasan depan sekolahnya. Apa yang ditangkap oleh penjuru mata Erin ialah sekuntum bunga mawar yang agak layu betul betul di hadapan pagar sekolah. Sangat leka dia memerhati mawar tersebut sehingga dia hampir terbabas. Mujur sempat dikawal motosikalnya.
Share this novel