Hanya tinggal kurang dari 5 minit lagi.
Namun pintu perpustakaan tidak boleh dibuka juga.
Dan kurang lima minit, sekolah ini akan hancur. Sanggupkah?
Irah mendapat satu akal. Pengepit halus di rambut sebalik tudungnya diambil. Pengepit dimasukkan kedalam lubang kunci. Pusing kanan pusing kiri, yeah!! Berjaya! Bisik hati Irah. Pintu perpustakaan dibuka. Gelap.
Suis dibuka. Cahaya berkelip beberapa kali dan barulah cahaya penuh menerangi perpustakaan tersebut.
"Okey, kurang 5 minit, tak sempat bincang. Geledah semua sekali sampai jumpa sumber yang boleh hancurkan sekolah ni! Hurry!" Arah Faiz. Tegas.
Erin ke kaunter peminjaman buku. Digeledahnya satu persatu. Namun hampa!
Irah ke bilik cikgu Amni. Laci dibuka. Karbinet diselongkar. Namun gagal!
Daniel menggeledah setiap meja dan pasu bunga serta frame gambar. Tetap sama. Hampa!
Faiz pula memanjat kerusi lalu mengintai diatas rak buku.
Hampir sahaja dia tersalah langkah dan hampir jatuh. Sama. Gagal!
"Mana ni?!" Jerit Irah. Emosinya tidak dapat dikawal. Erin pula hamper menitiskan air mata.
2 minit berbaki.
Sempatkah?
-Di taman-
"Cikgu, cikgu rasa, diorang semua tu jumpa ke tak bom yang kita letak tu?" Tanya Iqbal.
"Ha'ah, sempat ke diorang? Saya usik tadi pun macam dah nak mengalah" perli pula Maya. Ya. Dia yang mengusik dan menakut nakutkan FEDI Detective. Pocong, hantu, gelang kaki, semua dia yang lakukan. Motif?
Nak lunturkan semangat budak budak tu la!
"Jangan pandang rendah kat diorang. Diorang ada potensi." Cikgu Amni memberi amaran.
"Dont worry cikgu! Kalau dia jumpa semua petunjuk tu pun, sempat ke nak cari bom kat perpustakaan tu? Masa tinggal berapa minit je." Maya tetap dengan keputusannya.
Iqbal mengangguk setuju.
Cikgu Amni tersenyum sinis.
"Jom. Sebelum sekolah ni hancur. Aku tak nak mati kat sini" arah cikgu Amni. Konco konconya turut menyusuri cikgu Amni. Takut jugak tak sempat lari nanti.
-perpustakaan-
Keadaan FEDI Detective cukup panik. Habis setiap ceruk digeledahnya.
Namun tiada satu pun dapat dijumpai. Faiz mengerling jam ditangan.
4:58 a.m
Tik tok tik tok.
Faiz meraup wajahnya.
Ya Allah! Bantulah hambamu ini!
Kemudian, suasana sepi. Tiada suara kedengaran. Seperti mereka sudah pun mengalah.
Dan ketika itulah mereka terdengar bunyi seperti bom masa.
Tik. Tik. Tik. Tik.
Faiz menadah telinga dengan teliti. Mencari punca bunyi tersebut.
Kepala didongak ke arah rak yang paling hujung.
"Guys! Sini!" Jeritnya.
Faiz memanjat kerusi lalu mencari punca bunyi tersebut.
Di atas rak. Ada sebuah kotak.
Kotak tersebut dibawa turun lalu diletakkan diatas meja.
Jam dikerling.
4:59 a.m
Kotak dibuka dengan pantas.
Tepat sekali.
Bom masa.
Pabila ditilik bom tersebut. Masa berbaki cukup menyentakkan jiwa FEDI
Detective.
Hanya tinggal 58 saat.
Share this novel