BAB 8 BILIK TERMENUNG 3

Crime Completed 9791

Seperti yang dijanjikan, FEDI Detective berjumpa di perpustakaan. Erin masih lagi demam, walaupun sudah ditegah Irah berkali kali, dia tetap mahu ikuti penyiasatan ini.

Faiz ingin membuka pintu perpustakaan, namun terkunci.

"Aduh! Lupa pulak aku. Cikgu Amni ada hal penting. Perpustakaan tak dibenarkan masuk" Faiz menepuk dahi.

"Sejak dua menjak ni kan, Cikgu Amni selalu takde kat perpustakaan. Busy sangat ke dia?" Tanya Erin diselang seli batuk kecil. Irah menggelengkan kepala.

"Kalau camtu, kita pergi siasat tandas dulu la..jom!" Ajak Daniel.

Seketika, mereka berada dihadapan tandas. Suasana begitu sunyi. Yelaa semua cikgu sibuk dengan kes terbaru ni. Ini memudahkan FEDI Detective untuk menyiasat.

"Okey, jom masuk!" Ajak Daniel.

"Eh ehh..korang dua orang masuklah. Tu tandas lelaki. Mana boleh kitorang masuk." Tegah Irah. Faiz dan Daniel tersengih. Sedar silapnya. Ketika Faiz dan Daniel menyiasat didalam tandas, Erin dan Irah pergi ke kawasan pokok mangga.

"Eh, takde pun pokok bunga mawar." Erin bersuara.

"Ha'ah, takde pun tempat ditanam atau dibuang. Semua clear je" ujar Irah. Sedang leka memerhati tempat tersebut. Penjuru mata Erin menangkap sesuatu dibelakang makmal. Erin mencuit bahu Irah lalu mereka mendekati benda tersebut.

Sebuah kotak.

Kedudukannya agak tersorok. Mungkin tidak mahu sesiapa tahu akan kewujudan kotak ini.

Erin membuka kotak tersebut.

Sebuah mesin Hologram.

Irah mengerutkan dahi. "Siapa punya ni? Takkan Abang Joe punya kot, dia kan ambil cuti sekarang ni" Hairan Irah. Erin menekan butang pada Mesin Hologram tersebut dan terpancar satu hologram berbentuk pokok mawar. Kedudukannya betul betul di tepi pokok mangga dimana Daniel dakwa dulu.

"Jadi inilah! Takde siapa tanam pun pokok tu. Cuma hologram!" Kata Irah bersungguh sungguh.

"Tapi kerja siapa? Motif?" Erin bertanya sendiri.

"Eh korang. Cuba tengok apa aku jumpa" suara faiz memecah lamunan Erin.Faiz menunjukkan sebotol sirap. Erin memandang Faiz. Meminta penjelasan.

“Dalam tandas. Kitorang tak jumpa apa apa pun. Air pun normal je. Tapi Daniel ajak aku pergi dekat Tangki air sebelah tandas ni. Kitorang siasat dan jumpa botol sirap ni." Terang Faiz.

"Kalau seseorang letak sirap dalam tangki air. Mesti air takkan berubah ke warna asal semula kan?" Irah meluahkan pendapat.

"Memang. Tapi cuba imbas balik apa kita belajar minggu lepas. Cecair H2H pabila bercampur dengan sesuatu perisa dan bercampur dengan H2O, ia akan memberi 2 kali ganda warna tersebut dan dalam masa 30 minit, air tersebut akan berubah ke warna asal." Terang lagi Faiz.

"So, kalau cecair tu bercampur dengan sirap, ia buat warna sirap tu lebih terang dan dalam masa setengah jam, air tu normal balik" Erin meluahkan pendapat.

"So, semua tu bukan darah?." irah meminta kepastian.

"Mungkin. Sebab kalau darah, ia mesti berbau kan?"

"Jadi, mungkin teknik yang sama digunakan dalam tangki asrama perempuan!" Ujar Erin.

Yang lain mengangguk.

"Siapa punya kerja? Motif dia apa?" Ujar Daniel.

"And korang, Erin jumpa mesin hologram. Jom ikut aku" arah Irah.

Irah menunjukkan mesin hologram lalu menekan butang mesin tersebut. Dan terpancarlah hologram berbentuk pokok bunga mawar ditepi pokok manga tersebut.

Faiz dan Daniel ternyata terkejut.

"Jadi, pokok haritu yang aku nampak bukan original? Ia hologram?" Daniel meminta kepastian. Yang lain mengangguk.

"Okey. Pasal darah semua tu. Itu palsu. Hanya sirap campuran H2H dan H2O sahaja. Dan sekarang, bunga mawar tu hologram. Kita mesti siasat siapa dalang semua ni dan apa motif dia" Faiz bertegas.

"Jom pergi perpustakaan. Tadi aku ada nampak Cikgu Amni masuk perpustakaan." Irah bersuara sementara kepalanya meninjau ninjau perpustakaan dari jauh.

Mesin Hologram dan sebotol sirap diambil sebagai bukti.

Sampai sahaja didepan perpustakaan. Mesin Hologram dan Sirap tadi disorok dibelakang rak kasut. Tak mahu sesiapa nampak pula.

"Assalamualaikum cikgu Amni" bersuara Erin. Langkah diayun masuk kedalam perpustakaan.

"Eh kamu semua, takde aktiviti petang ni?" Tanya Cikgu Amni.

"Takde, dibatalkan. Kitorang bosan. So ingat nak baca buku kat sini" Terang Faiz.

"Oh. Baguslah tu. Baca baca. Cikgu ada kerja sikit ni. Ada apa apa hal, jumpa cikgu dekat bilik cikgu ni" Kata Cikgu Amni.

Mereka memilih tempat duduk yang jauh dari bilik cikgu Amni.

"Okey. So, darimana nak start ni?" Tanyan Irah. "Memandangkan semua mawar dah takde..kita hanya perlu cari kelopak mawar yang tertinggal kat sini." Kata Faiz.

"eh korang, haritu, masa prep. Aku tengok ada orang pergi kat rak terakhir tu, lepastu ambik buku dan blah. Aku curiga jugak tapi mungkin kebetulan." Terang Erin.

"Ya ke? Cuba kau pergi ambil buku tu" arah Daniel.

Erin pergi ke rak terakhir dan mencari buku yang dimaksudkan.

Mana ni..hah! Yes dah jumpa!.

"Ni bukunya!" Tunjuk Erin.

Yang lain berpandang sesama sendiri. Tiada yang menarik pada buku itu.

Hanya sedikit lusuh dan nipis.

Faiz membuka muka surat pertama.

Tiada apa yang menarik sehingga ke helaian terakhir.

"contengan?" Irah bersuara.

Faiz diam sejenak. "Mungkin bukan sekadar contengan."

"Mungkin kata kunci rahsia"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience