Bab 3 Apa jadi dalam tu? (Pt 3)

Crime Completed 9791

Sepanjang mesyurat FEDI Detective. Erin hanya diam. Fikirannya terawang pada 'Faiz' yang menegurnya di perpustakaan sedangkan Faiz sudah lama pulang ke rumah. "Setuju tak Rin?" Pertanyaan Daniel menyentakkan dirinya. "Ha? Ar erm..ha'ah..setuju" terkulat kulat Erin. "Kau kenapa Erin? Kau dengar tak apa kitorang bincang tadi?" Irah menduga. Erin terdiam. Entah apa yang patut dijawab dirinya pun tak tahu. Patutkah dia menceritakan tentang jelmaan Faiz di perpustakaan tadi?." Erin, kalau kau ada masalah, share kat kitorang" suara Faiz menyapa telinga. Cair rasanya diri Erin. "Erm takde apa" Erin pura-pura ceria. Faiz dan Daniel tidak ambil pusing. Tetapi Irah. Irah sudah kenal lama dengan Erin. Tapi irah hanya pendamkan soalan yang bermain di benaknya. "Okey..malam ni. Kita pergi" putus Faiz. "Ha? Pergi mana?" Erin terpinga pinga. Tulah!

Siapa suruh fikir benda lain masa tengah meeting!. Irah bertambah hairan. Namun macam biasa. Pendamkan sahaja. "Teranglah Faiz, aku malas dah nak terang" kata Daniel. Erin memandang Daniel. Wajahnya seperti kelat. Seperti tiada mood. Disebabkan dirinya kah?

"Okey, like this. Sekolah ni berasrama kan?. Tapi kita tak masuk asrama sebab alasan rumah dekat. So, untuk siasat perkara ni, kita masuk asrama. Waktu malam senang nak siasat." Terang Faiz. Erin berfikir sejenak. "Okey jugak. Nanti aku pujuk mak aku" ujar Erin. Yang lain mengangguk setuju. Hanya Daniel yang bisu. "Daniel, kenapa ni?" Tanya Erin. "Hmm. Pagi tadi masa rehat, aku ada pergi makmal komputer, aku nak jumpa Abang Joe. Nak suruh dia baiki laptop aku ni..tapi.." Daniel menggigit bawah bibirnya. Ternyata dia agak risau. Faiz mengerutkan dahi. "Kenapa?"

"Lepas aku hantar laptop aku, aku ada bau mawar. Wangi sangat. Aku pelik jugaklah, makmal komputer ni kan jauh sekali dengan library. Mana mungkin bau mawar sampai kuat macamtu."

"Habistu..kau syak apa apa tak?"

"Entahlah. Aku ingat tak nak ambik kisah sangat. Tapi bila aku nak pergi, aku dengar ada orang menjerit dekat belakang makmal komputer tu. Dekat situkan ada bilik bawah tanah. Aku pelik. Kenapa ada orang main kat kawasan tu kalau kawasan tu memang kawasan larangan?"

Erin terdiam. Ya. Memang ada bilik bawah tanah. Tapi bilik tu dilarang oleh pihak sekolah sebab bilik tu tak digunakan dah. Dan memang tak pernah orang jejak kaki kat bilik tu.

"Aku cuba jugak intai intai. Tapi aku rasa tak sedap hati. So, aku ingat bak blah je. Tapi aku ada nampak pokok bunga mawar dekat tepi pokok mangga tu. Aku hairan. Sejak bila ada pokok bunga mawar dekat sekolah kita? Yang ada semua bunga orkid."

Irah membisu. Betul. Memang bunga Mawar tidak ditanam di sekolah ni. Sebab pengetua elergic dengan mawar.

"Aku jadi cuak. Aku pun blah je dari situ. Tapi tandas kat tepi makmal tu macam ada bunyi pelik. Aku malas nak layan aku blah. Tapi bila aku pusing badan aku, aku nampak ada cecair merah keluar dari bawah pintu tandas tu. Aku nak pergi dekat. Tapi bau tu.. Ya Allah. Hamis gila! Aku pun blah!"

Faiz mengerutkan dahi. Cecair merah? Darahkah?.

"Pelik jugak. First, bunyi suara orang dekat bilik bawah tanah terlarang tu. Lepastu ada pokok bunga mawar yang sememangnya tak boleh ditanam di kawasan sekolah. And now, cecair merah keluar dari pintu tandas. Tapi tandas tu jarang orang guna. Abang Joe pun guna tandas tingkat atas." Terang Irah.

"Kau ada rasa tak cecair tu darah?"

Duga Faiz. "Boleh jadi jugak. Sebab Daniel cakap bau hamis. Kan?" Ujar Erin. Mereka berfikir. Benarkah sekolah ini berhantu? Tapi belum pernah viral hantu tersebar kat sekolah ni.

Erin buntu. Hendak ataupun tak dia ceritakan jelmaan Faiz itu. Kalau ikutkan cerita Daniel. Mungkin dia hanya berimaginasi. Tapi ikutkan kisah Erin, memang bukan imaginasi! Faiz siap bercakap dengan dia. Siap cuit bahu dia. Tapi yang angin sapa wajah dia tu mungkin imaginasi. "Erin, kau pun ada alami sesuatu ke" duga Irah. Tak sanggup pendam lagi soalan ni. Erin ternyata cuak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience