BAB 11 MERUNGKAI KEBENARAN

Crime Completed 9791

Faiz cuba membuka matanya perlahan lahan. Pabila ada cahaya menembusi matanya, terus dipejam kembali. Kepalanya sangat pening. Otaknya tidak boleh mentafsir dengan baik. Dia cuba membuka matanya sekali lagi. Alangkah terkejutnya dia pabila ternampak Erin masih tidak sedarkan diri dan tangan kakinya terikat.

Oh. Baru Faiz perasan. Dirinya juga diikat. Otaknya cuba mentafsir apa yang berlaku semalam. hah! Sekumpulan pelajar yang misteri!

Faiz cuba meleraikan ikatan namun tidak berdaya.

Faiz memandang sekeliling. Seperti penjara. Dia dan Erin satu lokap manakala Daniel dan Irah satu lokap.

Tempat apa ni? Fikirnya sendiri.

Dia cuba mengejutkan Erin.

"Erin! Erin!" Jeritnya.

Mata Erin bergerak. Kemudian dia sedar. "Kat mana ni?! Irah!! Bangun!!"

Erin panik. Suaranya yang agak kuat mengejutkan Irah dan Daniel.

"Kat mana kita ni?!" Erin masih lagi panik. "Sabar Erin!. Aku rasa, kita dekat bilik bawah tanah. Sebab kat sini sunyi" terang Faiz.

"Ohh dah bangun korang ye. Amacam? Sedap tidur?"

Satu suara menyapa gegendang telinga.

"Iqbal" nama tersebut meniti dibibir Faiz. "Aku memang syak kau!"

Jeritnya lagi. Iqbal ketawa.

Kemudian, rakannya yang lain turut serta. Maya,Akim dan Afina.

"Apa semua ni Maya?"

Tanya Irah. Suaranya cukup mendayu.

Maya menjeling. "Kenapa korang selalu ganggu hal orang lain?" Maya bersuara.

"Macam mana aku tak nak masuk campur kalau hal tu melibatkan sekolah!"

Jerit Faiz.

Maya mendengus geram.

"Kau rancang semua ni kan? Darah! Mawar! Semua!" Tempik lagi Faiz. emosinya menguasai diri.

"Ada bukti ke yang kau nak tuduh?"

Iqbal bertanya. Nada sinis pastinya.

Faiz tersenyum.

"Darah dekat tandas, kau guna teknik H2H, bila sirap campur H2H campur H2O, semestinya warna akan lebih terang dan kembali normal selepas setengah jam" terang Faiz.

Ternyata riak wajah Iqbal berubah.

"Apa kaitan dengan aku?"

"Masa pagi sebelum kelas start, aku nampak tangan kau berdarah, dan kau berlari ke tandas, darah tu menitis. Aku pergi perhati balik darah kau yang menitis tu. Ternyata bukan darah, tapi sirap" jelasnya lagi.

Muka Iqbal membahang merah.

"Dan tentang pokok bunga mawar tepi pokok mangga tu hanya hologram"

Kini, wajah maya pucat. Terkejut agaknya.

"Mandi darah, teknik yang sama kau gunakan, dan Maya, kau tak pandai nak berlakon. Kau pun mandi darah tapi kenapa sampai tak demam?kau bersahaja. Ops lupa. Mestilah kau bersahaja sebab kau tahu tu bukan darah!" Sembur Erin.

Maya terkejut dengan kenyataan tersebut.

"Bunga mawar di asrama lelaki. Kau cakap kau pergi study dekat perpustakaan. Macam mana kau study kat situ sedangkan aku tak Nampak bayang kau? Aku dengan kawan aku pergi lepak dekat perpustakaan. Dan kau tak ada. Semestinya kau letak bunga mawar dekat asrama lelaki." Hambur Faiz.

Iqbal mengetap gigi. Geram.

Kemudian, terdengar bunyi tepukan dari satu arah.

"Great! Aku suka cara kau siasat"

"Cikgu Amni?!"

Irah hampir sahaja pengsan.

"Jadi cikgu yang ketuai kumpulan ni? Apa cikgu nak sebenarnya?"

Bersuara Erin. Air matanya hampir menitis.

"Huh! Kau tak tahu! Aku upah budak budak ni suruh takutkan pelajar kat sekolah! Supaya sekolah ni ditutup!" Jeritnya.

FEDI Detective mengerutkan dahi.

"Aku tak suka pengetua sekolah ni! Aku yang patut ambil jawatan pengetua tu tapi yang lain tak setuju! Okey. Aku boleh terima. Kalau aku tak dapat jadi pengetua. Orang lain pun takkan." Tegas Cikgu Amni.

"Cikgu, kenapa sampai macam ni?" Daniel akhirnya bersuara.

"Kau tak perlu tahu dendam aku!" Jeritnya.

"Fina! Bagi dia makan cukup cukup. Aku ada kerja untuk korang" Cikgu Amni tersenyum sinis.

Afina memberi makanan didalam bungkusan. Hmm. Hanya nasi goreng dan sebotol air mineral.

"7 tempat kat sekolah ni, aku dah letak sesuatu yang boleh hancurkan sekolah ni."

Erin hampir tersedak pabila Cikgu Amni menyatakan hasratnya.

"Cikgu! Mesti semua pelajar..."

"Ya! Mati!. Itu aku harapkan. Aku dah takutkan mereka dengan semua cara!

Tapi taknak tutup jugak! So, guna cara kasar sikit" Sambung Cikgu Amni.

"Dengar baik baik, aku nak kau semua, menjelajah sekolah ni, kalau kau sayangkan sekolah ni, pastikan sesuatu yang boleh hancurkan sekolah ni padam. Dan! Jangan meminta bantuan sesiapa. Aku tahu kau minta bantuan sesiapa. Aku hanya perlu tekan butang dan sekolah ni..." cikgu Amni mengantungkan ayatnya lalu tersenyum sinis.

FEDI Detective mengerutkan dahi.

"Cikgu, tolonglah. Jangan hancurkan sekolah ni" rayu Erin.

"Shhh, permainan akan bermula sekejap lagi"

Cikgu Amni tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience