Completed
88973
Maya Ariana duduk bersila sambil menyedekahkan bacaan yasin di pusara Arash Shah. Air matanya bergelinangan tapi dia takkan menangisi Arash Shah lagi! Dulu,Arash Shah adalah cintanya tapi kini segalanya hanyalah sebuah sejarah. Kenangan yang terbina bakal dilenyapkan jua. Hatinya berharap agar Arash Shah memberi kunci yang sekian lama dia berharapkan tetapi hampa. Arash Shah mungkin sahaja telah membuangnya bersama-sama memori yang mereka telah bina.
Di satu sudut,Airil Shah merenung Maya Ariana. Memang amat sukar untuk Maya Ariana menerimanya. Dia pernah mengalaminya. Kematian Ana juga meragut nyawanya. Sekurang-kurangnya perkara itu telah lama berlaku. Tapi,bagi Maya Ariana kematian Arash Shah adalah berpunca daripadanya. Andai sahaja Arash Shah tiada di situ,tak mungkin dia yang menjadi mangsa. Airil Shah mengeluarkan kunci kereta dalam poket seluarnya.
*puk*
Airil Shah memandang ke bawah. Salah satu kunci dalam poketnya terjatuh. Dia mengambil namun dengan perasaan yang serba salah.
*flashback*
Maya Ariana telah dikeluarkan dari wad kecemasan. Keadaan Maya Ariana dan kandungannya selamat. Tiada kecederaan berat yang menimpanya. Kini, Dato' Amran sekeluarga hanya menanti Arash Shah yang dari tadi berada dalam wad kecemasan. Kegelisahan jelas terpancar dari muka mereka anak beranak. Hanya menunggu doktor bertugas memberi keterangan. Airil Shah berhasrat untuk melihat Maya Ariana apabila akhirnya doktor yang bertugas keluar.
"Doktor,macam mana keadaan anak saya?"
"Saya harap dato' dan datin bersabarlah. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Oh,sebelum tu,anak dato' memang sakit ke? Sebab....." Doktor Farish memandang Dato' Amran. Wajah Dato' Amran yang terkejut cukup membuktikan segala-galanya. "Saya nak jumpa dato' di bilik saya sebentar." Sambung Doktor Farish.
Airil Shah terpaku di situ. Ini semua tak mungkin benar! Adham memegang bahu sahabatnya itu. Ya. Airil Shah tak kuat untuk menerima berita ini setelah semenjak dia menerima berita kematian Ana. Seseorang yang berpakaian doktor menuju ke arah mereka.
"Boleh saya berjumpa dengan Airil Shah bin Dato' Amran?"
Airil Shah dan Amran memandang doktor tersebut. "Saya Airil Shah. Kenapa ye? Saya kenal doktor ke?" Airil Shah menyoal kembali.
"Encik Airil tak kenal saya tapi Arash kenal saya. Saya,doktor Zaril. Kawan kepada Arash Shah,your brother." Doktor Zaril memperkenalkan diri.
Adham di sebelah hanya memerhati perbualan Doktor Zaril dan Airil Shah. "Arash suruh saya berikan ini kepada Airil sebab katanya dia tak sempat untuk memberikannya pada adik dia sendiri. Masa tu saya tak fikir apa-apa sebab Arash pun memang dah tempah flight ke Istanbul. So,saya fikir sebab dia dah nak pergi Istanbul tapi rupa-rupanya dia pergi lebih jauh dari Istanbul."
Kata-kata Doktor Zaril memeningkan kepala Airil Shah. Kunci milik Arash Shah kini bertukar tangan. "Tapi,abang Arash kata dia tak jadi pergi Istanbul."
Airil Shah menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Haha..Arash banyak simpan rahsia. Orangnya pun baru je tinggalkan kita. So,rahsia kekal rahsia la kan?"
*end of flashback*
'Maaf Maya,tapi saya memang tak boleh berikan awak kunci ni. Walaupun abang Arash suruh,tapi,awak kena belajar hidup tanpa abang Arash.'
"Airil." Maya Ariana mencuit lengan Airil Shah. Apa la yang dimenungkannya? "Maya,are you okay?" Soal Airil Shah.
"Alhamdulillah saya okay je. Awak tu je yang macam tak okay. Kenapa? Nak ziarah kubur Ana?"
'Ziarah kubur Ana? Aku pun tak tahu kat mana kubur dia. Parent dia diam je. '
"Ya Allah.Apalagi yang termenungnya?! Cepatlah balik."
'Haish,perangai dia dah kembali pulak.'
Airil Shah membuka pintu kereta untuk Maya Ariana. ' Ya Allah,janganlah ada lagi perkara buruk yang berlaku dalam rumah tangga kami. Kau peliharalah rumah tangga kami dari segala musibah.'
"Eh,kan awak dah ingat segala-galanya kan. So awak ingat tak siapa yang langgar awak tu?" Airil Shah memandang wajah Maya Ariana. Maya Ariana menutup mata seolah-olah dia sedang tidur. Dia terlalu malas untuk mengingat kembali perkara tersebut.
"Maya!!!!!!!"
"Apa???!!!"
"Jawab lah soalan saya!!!"
"Oh. Ermm,kita lupakan jela perkara tu ye? Kita buka buku baru je. Tak payah fikir pasal orang tu dah. Kalau dia muncul lagi baru kita report polis."
Airil Shah hanya mampu diam. Malas lah nak melayan Maya Ariana bila dia buat kata putus. 'Haih,macam dia tu suami je sampai aku yang kena dengar cakap dia. Sabar jelah.'
**************************************
"Weh,tak sabarnya. Lagi beberapa bulan je." Jerit Alya kegembiraan plus keriangan plus ke'excited'an dan plus plus seterusnya.
"Kau dari dulu terpancar excited nya. Aku akan pastikan lepas anak buah aku ni lahir,kau jangan dekat dengan dia. Eh,Maya,korang tak nak discuss nama ke?" Airin sejak bila entah dah pandai banyak bercakap. Kalau dulu dialah yang diam je.
"Ha! Ha!" Alya mengangkat tangannya lagak seorang pelajar ingin menjawab soalan yang diberi oleh guru.
"Annoying la Alya ni." Marah Airil Shah. Alya merengek,memberitahu Maya Ariana akan kelakuan Airil Shah. Maya Ariana tersenyum. Nak back-up Alya,masalahnya memang dia tengah annoying. Aku sokong suami aku jela.
"Kau cadangkan nama apa?" Maya Ariana menanya Alya. Bagilah peluang kat Alya sebab dia pon kawan since kecil la katakan.
"Ni bukan cadangan aku tapi ni melalui drama and novel. Kan selalunya dorang akan ambil nama berdasarkan nama seseorang yang istimewa dalam hidup mereka. Tak gitu?" Sebaik sahaja Alya habis bersuara,kepalanya diketuk dua-dua belah dengan buku. Maya Ariana ketuk belah kanan,Airin ketuk belah kiri. Haih,nasib Alya la dapat kawan yang suka mengetuk.
"Cliche la benda tu Alya. Macam ni jela. Aku gan Maya decide nak bagi nama Hafreez Shah. Tapi kitorang tak bagitau lagi kat our parents. So,kalau korang ada idea lagi,boleh bagitau." Airil Shah bersuara menutup perbincangan supaya Alya tak mengeluarkan nama yang merapu pulak.
"No no no. Kalau aku jumpa nama yang best,aku simpan untuk anak aku nanti."
Sekali lagi kepala Alya diketuk.
"Lain kali kau diam jela! Stress aku dibuatnya." Adham mengambil posisi untuk memarahi Alya pula. Alya hanya mencebik. Dah sifat dia memang bercakap non stop,so itulah yang dia buat.
"Wait. I thought kita akan terima good news. So,what is it?" Maya Ariana menukar topik perbualan. Jelingannya disampaikan kepada Airin yang mula diam membisu.
"Apa yang aku tak tahu? Korang simpan rahsia dari aku ye?"
"Aduh,Alya,diamlah. Ermm..,sebenarnya.." Airin bersuara. Tapi belum sempat ayatnya habis, Adham mencelah. "Aku lamar Airin." Terkejut bagai nak rak Alya dibuatnya. Nak tanya banyak soalan nanti kena ketuk balik. Maka kena bijak menanyakan soalan.
"Ini tidak adil! Antara aku,Airin dan Maya,aku yang jumpa prince charming aku dulu. Tapi,asal Maya yang kahwin dulu. Pastu,Adham pulak lamar Airin? Korang kena ikut giliran la sepatutnya!" Alya merengek tanda tidak puas hati.
"Hah,yang tu masalah kau la. Siapa suruh lambat."
"Dah my husband-to-be kerja kat Ireland sekarang so kena tunggu jela. Eh,tapi lepas korang kahwin mesti korang tinggal kat Korea kan. Adham kan keturunan Korea. Kejap. Kalau macam tu Maya gan Airil mesti tinggal kat London sebab tu kan tempat Maya gan Ar..oh,salah orang la pulak." Alya menutup mulutnya dengan tapak tangan. Dia sedar yang dia sudah terlanjur berbicara. Airil Shah memegang erat tangan isterinya.
"Kalau macam tu,Alya gan Airin gabung satu majlis jela. Senang aku pergi wedding korang." Maya Ariana memberi pendapat. Alya dan Airin berpandangan antara satu sama lain. "NO!!!!!"
"Airin,Airin punyalah. Aku,aku punyalah. Tak boleh gabung. Boleh berantakan nanti." Alya membidas pendapat Maya Ariana.
"Aikk,kata sahabat till Jannah,setakat tu pun nak kedekut ye dua-dua. Mentang-mentang kahwin dengan orang kaya." Maya Ariana memerli. Gelak tawa para sahabat menceriakan kembali suasana kediaman Dato' Amran setelah pemergiaan Arash Shah.
Share this novel