Completed
88973
" Dah sebulan aku tak nampak dia. Eh,Airil,sejak bila kau risaukan dia?" Airil Shah memandu laju kereta yang dibawanya. Panggilan dari Julia semalam membuatkannya bertambah runsing. Belum lagi dengan permintaan ibu bapanya.
" Airil, mummy and daddy, we both dah bincang perkara yang terbaik untuk Airil. " Datin Qaisara memandang putera bongsunya dan suaminya bersilih ganti.
" Mummy ni buat Airil takutlah. Kenapa,Airil buat salah ke?" Airil Shah bertanya. 'Jangan cakap dia orang nak aku kahwin? Tapi,abang Arash pun tak kahwin lagi.'
" Apa yang dimonolog dalam hatinya tu, Airil." Dato' Amran menegur.
" Hehe.." Tersenyum Airil Shah apabila perbuatannya disedari oleh Dato' Amran.
" Airil,kami nak Airil berhenti dalam bidang nyanyian dan bantu daddy uruskan syarikat." Siapa lagi yang diharapkannya untuk mewarisi syarikatnya jika bukan Airil. Arash pula sudah lama tak pulang ke rumah. Entah putus cinta ke apa sampai lupa jalan balik rumah.
" Bukan syarikat itu untuk abang Arash ke? Mummy dan daddy tunggulah abang Arash balik. Airil yakin abang akan balik tak lama lagi." Berusaha Airil Shah memujuk ibu bapanya asalkan bukan dia yang bertanggungjawab ke atas syarikat tersebut.
" If not,you have to marry!" Sudah, Datin Qaisara telah membuat kata putus. Sekarang,terserah pada Airil Shah sendiri. Dalam pada itu, Airil Shah teringat perbualannya dengan Julia.
" Airil, I will wait for you even for a thousand years. You tahukan hanya I yang cintakan you. Just wait for me to return back to Malaysia."
' Atau,aku kahwin jela dengan Julia. Asalkan aku tak payah sibuk dengan syarikat. Kalau daddy nak aku berhenti menyanyi,aku boleh stop as long not handle the company.'
Share this novel