Completed
88973
"Dulu saya pernah terfikir kalau awak keluar dengan abang Arash,patutkah saya biarkan sebab awak adik ipar dia so,saya tak fikir yang bukan-bukan . Tapi itu sebelum saya tahu yang awak dengan abang Arash pernah bercinta! Start hari ni sampai bila-bila awak jangan sesekali keluar hatta bercakap dengan abang Arash! Dan lepas kita pindah rumah baru saya nak awak berhenti kerja. Kot-kot awak jumpa abang Arash belakang saya ke." Perghh..marah sungguh Airil Shah but salah aku ke? Pantaskah aku dipersalahkan?
"Awak marah saya? Awak nak kongkong hidup saya? Fine,salah saya kalau saya keluar dengan Arash,saya pernah bercinta dengan Arash. Tapi,awak nak diamkan diri awak je tanpa fikir perasaan saya? Saya masih boleh tutup mata, tutup telinga, tutup mulut bila saya tahu pasal Julia sebab dia yang terhegehkan awak but what about Ana? Saya baru keluar dengan Arash sekali ni. Tapi,nama Ana bukan hanya sekali saya dengar meniti di bibir awak. Siapa isteri awak sebenarnya? Saya atau Ana?" Tak mampu lagi Maya Ariana menahan segala-galanya. Dia fikir dia cukup kuat untuk memendam semuanya tapi dia silap!
"Kau jangan sebut nama Ana kalau kau tak tahu apa-apa pasal dia!" For the first time,Airil Shah menggunakan istilah 'kau' kepada Maya Ariana. Maya Ariana tidak menduga betapa marahnya Airil Shah pada dirinya.
"Airil,kalau kau marah sangat dengan abang kau jangan salahkan Maya. Kalau kau marahkan Maya,luahkan pada abang je. Maya tak bersalah." Arash Shah yang dari tadi diam memerhati mula bersuara. Adik aku ni dah makin melampau. Adham dah kasi dia tarbiah ke belum.
"Untunglah kau Maya. Ex boyfriend kau back up kau. Sekarang ni aku nak tanya kau pulak,siapa husband kau sebenarnya? Aku atau dia?"
"Airil! Kalau aku tahu kau hanya akan melukakan hati Maya,aku sanggup datang untuk rosakkan wedding kau dulu ! Aku bagi kau amaran keras,sekali lagi aku tengok kau buat Maya menangis,aku takkan lepaskan kau!" Amaran berbaur ugutan diterima Airil Shah oleh abangnya sendiri.
"Airil Shah bin Dato' Amran,apa maksud semua ni?! Ana is your history,forget her! Masuk bilik perbincangan sekarang! And you too,Arash Shah bin Dato' Amran. Baru pulang dari London dah buat hal! Maya , mummy rasa better Maya balik rumah mama Maya esok. Releasekan tension,okay?" Datin Qaisara yang berada dalam biliknya terkejut dengan suara bising-bising yang melanda. Airil Shah dan Arash Shah pula dipinta memasuki bilik perbincangan keluarga mereka. Menjadi tradisi mereka sekiranya berlaku perselisihan,mereka akan berbincang di bilik perbincangan keluarga. Apakah hasilnya kita tunggu dan lihat jelah ye?
Share this novel