Completed
88973
Airil Shah membawa laju keretanya.Panggilan daripada Airin sebentar tadi benar-benar menikam jantungnya. Habis lampu isyarat dilanggarnya sesuka hati. "Airil,mummy tahu Airil risau keadaan abang Arash dan Maya,tapi kalau Airil bawa kereta macam ni memang gaya nya semua masuk hospital la." Datin Qaisara mengurut dadanya sambil beristighfar. 'Mahu gak malam ni jadi peristiwa bersejarah dek gara-gara si Airil.'
'Haha..macam manalah aku boleh lupa yang mummy gan daddy tumpang sini.' "Ye mummy. Mummy jangan risaulah. Airil takkan buat hal kat jalan raya ni." Airil Shah gelak bersahaja. Cuba menenangkan hatinya. Bukan satu nyawa,bukan dua nyawa yang dirisaukan tapi tiga! Nyawa Arash Shah,Maya Ariana dan kandungannya. Mana mungkin Airil Shah mampu bertenang. Dia bukannya tengah berlakon watak dalam drama. Ini memang sedang berlaku!
Sesampai sahaja di hospital,segera mereka menuju ke wad kecemasan yang menempatkan Arash Shah dan Maya Ariana. Airin,Alya dan Adham ternampak kelibat Airil Shah yang sedang berlari. Adham memanggil Airil Shah.
"So,how's them?" Airil Shah terus menyoal. Adham hanya terdiam. Alya pula bersuara. "Doktor tak keluar lagi. But,kalau tengok kondisi dorang,Maya tak teruk sangat. Just,Arash...." Airin menarik lengan Alya. Alya mengerti melalui pandangan mata Airin. Ya. Doktor tak bagi kata putus lagi. Tak perlu menambah apa-apa. Kini mereka hanya mampu menunggu dan berdoa semoga keadaan Arash Shah dan Maya Ariana baik-baik sahaja.
***************************************
Maya Ariana cuba membuka mata. Lengannya terasa ditindih sesuatu. Ditolehnya ke sebelah. Oh,Mr.Adr. Mr.Adr dipangkunya. Keadaan di tempat tersebut sungguh tenang tapi dia tidak pernah berada di situ sebelum ini. 'Aku kat mana? Aku sesat ke? Tapi...' Maya Ariana bermonolog sendirian. Kelibat seseorang mencuri perhatiannya. Dia menggagahkan dirinya. Menggagahkan kakinya.
"Wait! Tolong tunggu sekejap. Saya nak tanya something."
Maya Ariana mengejar orang tersebut. Tapi,langkah Maya Ariana tidak cukup besar untuk menyamai langkah orang tersebut. Maya Ariana terus berlari dan berlari. Dia yakin orang yang dia sedang kejar adalah seorang pemuda kerana pantasnya dia bergerak. Pandangannya hanya tuju ke hadapan. Lubang di atas tanah tidak dipandang. Lantaran itu dia terjatuh,mengerang kesakitan.
"Tolong!!! Sesiapa,tolong. Please..just help me,please..."
Maya Ariana mengerang kesakitan. Tiada sesiapa di situ,hanya dia seorang. Masakan ada yang akan datang membantu. Sejurus selepas itu,seseorang berdiri di hadapannya. Tidak pula membantu,tetapi pemuda itu duduk mencangkung di hadapannya. Senyuman dilemparkan. Tetapi Maya Ariana berada dalam kebingungan. Wajah pemuda itu seakan-akan cukup dikenali tetapi kenapa otaknya tidak mampu memproses memorinya?
"Kadang-kadang kita fikir yang kita akan sehidup semati dengan cinta pertama kita. Tapi kita selalu silap. Kita selalu leka. Kita mengharapkan kesempurnaan tanpa kita sedari Tuhan telah tetapkan yang terbaik untuk kita. Maya,yes saya pernah berjanji yang saya takkan tinggalkan awak. Tapi,saya mungkirinya. Dan kali ini saya akan memungkirinya lagi. Awak cinta pertama saya dan saya cinta pertama awak tapi kita tidak dapat memiliki antara satu sama lain. Tapi,sekurang-kurangnya saya lega sebab awak berada di sisi si dia yang mencintai awak. Ini kali terakhir pertemuan kita,saya harap awak maafkan segala salah saya pada awak. Huh,saya tak nak ucap selamat tinggal,tapi saya terpaksa kan? So,goodbye Maya Ariana."
Pemuda itu segera bangun meninggalkan Maya Ariana sendirian. Selepas kelibat pemuda itu semakin hilang,baru Maya Ariana tersedar. Arash! "Arash..Arash!!!!" Maya Ariana memanggil nama Arash Shah berkali-kali meskipun tiada sahutan kedengaran.
Maya Ariana terdiam. Menahan tangisan. Dia tidak cukup kuat untuk bangun lagi. Bahunya disentuh. Maya Ariana tersentak. Tapi dia tak mampu untuk menoleh,namun bau perfume yang dipakai mengingatkan Maya Ariana pada seseorang. Airil ! Kini,Maya Ariana yakin. Dia yakin Airil akan membantunya keluar.
"Sayang, I'm so sorry."
Kata-kata Airil Shah menimbulkan tanda tanya. Dia yakin yang Airil Shah akan membantunya tapi kenapa dia pergi? Kenapa Airil pergi??!!
"Airil..Airil..Airil!!!"
Airil Shah terjaga dari tidurnya dek gangguan oleh Maya Ariana. Jari-jemari Maya Ariana bergerak menandakan dia mulai sedar. Airil Shah segera mengejutkan Maya Ariana dengan berhati-hati. Hanya satu perkara terdetik di hatinya. 'Kenapa Maya sebut nama aku? Dia mimpi buruk ke?'
Suara Airil Shah mengejutkan Maya Ariana. Maya Ariana membuka mata. Di hadapannya terdapat Airil Shah. 'Tapi,tadi Airil tinggalkan aku.' Airil Shah mendekati wajahnya ke Maya Ariana. Tanpa berfikir panjang Maya Ariana terus mencubit pipi Airil Shah.
"Auchh."
Maya Ariana memeluk Airil Shah. Lebih erat daripada sebelumnya.Cukup sekadar satu perkataan sudah membuatkan Maya Ariana lega. Ternyata apa yang dialaminya tadi hanya mimpi. Mana mungkin Airil akan meninggalkannya dan Arash pun takkan........
"A..Arash mana?"
Maya Ariana cuba mengingat kembali kejadian yang menimpa. Arash yang menyelamatkannya tapi mana Arash? Maya Ariana memandang Airil Shah untuk meminta jawapan. Hanya gelenggan yang diterima. 'Apa maksudnya? Either Airil sendiri tak tahu atau Arash...but tak mungkin!'
Share this novel