Completed
88973
"Amboi Maya, teruk sangat kau ni sampai tak boleh tahan bau nasi. Mentang-mentang belajar kat London,western food jela yang dia boleh terima. Haih..nanti anak-anak kau menghadap pizza,spageti,creme belle sampai lemang ketupat pon tak dapat beza." Alya sempat lagi memerli. Maya Ariana mencebik tapi Airil Shah,Adham dan Airin tak henti-henti gelaknya.
"Eh,asal anak-anak pulak? Doktor kata seorang jela dalam perut ni." Maya Ariana menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Habistu takkan la kau nak sorang je anak. Kitorang nak ramai anak buah. Kalau boleh biar dapat buat satu kelab bola sepak." Alya ketawa terbahak-bahak. Semua di situ memandangnya. Huh,perangai dia dah muncul. "Ingat tau,satu kelab bola sepak." Tambahnya lagi.
"Hah,yang tu anak-anak kau. Aku nak buat ahli One Direction,so 5 je..hihi" Jawab Maya Ariana sambil menunjukkan high five.
"Lebih baik kau fikir betul-betul. 5 ke 4? Zayn Malik dah keluar." Airin pula nampaknya dah mewarisi sikap Alya. Bantal yang dipegang oleh Airil Shah dirampas oleh Maya Ariana lalu membalingnya kepada Airin. " Nanti aku suruh dia masuk balik semula,so 5! 5 tau Airil." Tetiba Maya Ariana terdiam ketika melihat melihat wajah Airil Shah. Dia kembali sedar. 'Aduh,apa yang aku cakap ni. Buat malu je. Mana aku nak sorok muka?'
Semua dah terlopong mulut. Airil Shah yang segan terus bersuara mengembalikan semula keadaan yang happening tadi. " Tapi better lagi tau Maya tak boleh tahan bau nasi. At least dia makan la apa-apa. Korang bayangkan dari haritu sampai sekarang dia tak nak dengar apa-apa lagu except lagu One Direction gan lagu aku. Padahal dulu dia yang anti lagu aku. Perghh..perit weh nak nyanyi tiap-tiap hari. Mahu hilang suara aku nanti." Maya Ariana hanya tersengih. 'La..takkan tu pon salah.'
"Nasib baik kau dah berhenti dalam bidang nyanyian,kalau tak memang banyak lagi la lagu yang kau kena nyanyi." Adham bersuara. Kenyataan Adham dipersetujui oleh mereka yang lain. Maya Ariana pula dah tak mampu buat apa-apa.
"Rancak sangat korang sembang. Sampai kat atas dengar korang gelak." Satu suara menegur,memberhentikan gelak tawa mereka. Pandangan dialihkan menghadap pemilik suara. Adham tersenyum. "Bila abang Arash pergi Turki? Nak kirim buah tangan ni. Beside, Adham tengah tunggu offer untuk jaga Airil semula. Haha..gurau je." Adham mengusap lengannya yang dicubit oleh Airil Shah.
"Allahu. Abang rasa semua orang nak abang tinggalkan Malaysia cepat-cepat ye? Ke tak sabar nak hadiah dari sana? Tapi,sorry la Adham,abang tak jadi pergi la,maybe lain kali kot." Arash Shah memandang Adham yang sedang mengeluh. " Yang pasal jaga Airil pulak, Maya kan dah ada,so takkan la kau pulak nak jaga Airil,Adham ooii.." Sekali lagi Adham mengembungkan pipinya.
"Ntah kau ni. Pergi jaga Airin jela. Takkan la kau nak jaga Alya kot. Alya pun dah berpunya." Airil Shah menyelit.
"Jaga Airin?! Hurmm,kita tengoklah dulu ye. Tak berani nak cakap apa-apa dah." Adham memandang Airin namun jelingan maut yang diterimanya. Adham masih tertanya-tanya,adakah kisah cinta mereka akan ada bahagian kedua? Atau pengakhirannya semua memulakan chapter baru?
***************************************
Makan malam di rumah Dato' Amran semakin hari semakin ceria dengan kehadiran semula Maya Ariana. Hubungan Airil Shah dan Maya Ariana semakin erat meskipun hampir setiap hari Airil Shah terpaksa menahan sabar dengan rajuk isterinya. Adham,Airin,Alya pula gayanya macam rumah Dato' Amran sudah menjadi rumah kedua mereka. Setiap hari mereka akan singgah di rumah Dato' Amran walaupun dah larut malam semata-mata untuk menanti saat mereka bakal bergelar 'uncle' dan 'aunty'. Masalahnya, 9 bulan tu lama lagi. Waaaiiittt!!! Ni bukan bab terakhir. Sabar ,sabar. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran so sabar dulu.
Arash Shah mula menampakkan perubahan. Dia tidak lagi memegang watak putera yang setia menanti kehadiran puteri yang tidak mungkin dimilikinya. Dia kini berubah watak menjadi putera yang jahat. Kenangan bersama Maya Ariana cuba dihapuskan! Panggilan daripada Maya Ariana tidak pernah disahutnya. Ada sahaja benda yang dilakukan untuk menyakiti hati Maya Ariana walaupun dalam diam diri sendiri terluka saat melihat tangisan Maya Ariana.
Langkah Arash Shah terhenti apabila kelihatan Maya Ariana sedang berdiri menahan pintu. " Arash Shah bin Dato' Amran,what's wrong with you? Or should I say that's all my mistake?"
"Maya Ariana binti Dato' Idham. You're Airil Shah bin Dato' Amran's wife not Arash Shah bin Dato' Amran's wife! So,please jangan sesekali muncul depan saya. Saya dah sakiti hati awak so just ignore me."
"Kalau awak tak nak saya muncul depan awak lagi,kenapa awak tak pergi je Istanbul? Kenapa awak nak tunggu kat Malaysia lagi?"
'Because I still love you.' Tapi,Arash Shah tahu dia tak mungkin akan mengucapkannya di saat Maya Ariana mengandungkan anak Airil Shah. Lantas apa lagi yang mampu difikirkannya kerana dia tetap tidak mempunyai sebarang jawapan. Maya Ariana ditolaknya perlahan untuk membenarkannya keluar.
Share this novel