Completed
88973
"Kat mana awak dengar lagu itu?" Soal Maya Ariana. "Lah...dah saya yang buat lagu itu. Just saya tak masukkan dalam album sayalah. Kenapa? Sedapkan lagu itu?" Airil Shah menjawab dengan bangganya.
Pernyataan Airil Shah membuat Maya Ariana berada dalam kekeliruan. Masakan tidak. Arash Shah pernah menyanyikan lagu tersebut dan kini Airil Shah! Sedangkan tiada sesiapa yang tahu akan kewujudan lagu tersebut. ' Takkanlah Arash dengan Airil orang yang sama? Selalunya itulah apa yang berlaku dalam drama. Hurmm.. Sudahlah Maya,tak mungkin perkara yang berlaku dalam novel, drama akan berlaku kat dunia nyata.'
***************************************
*flashback*
"Airin,sampai bila awak nak elakkan diri daripada saya?" Adham berdiri di depan pagar rumah Airin. Menagih jawapan dari si gadis yang masih dicintainya.
"Adham,once I said leave me,I meant it. Lepas apa yang berlaku awak fikir saya boleh maafkan awak?" Airin menyoal kembali. Luka di hati masakan bisa hilang begitu sahaja.
"Awak tahu tak yang saya cari awak? Cuba awak kira berapa tahun dah berlalu? Takkan awak tak boleh bagi saya peluang sekali lagi?"
"Adham,saya mungkin boleh bagi awak peluang but not your mother. Sudahlah..Anggap tiada jodoh antara kita. Beside,family saya tak setanding dengan keluarga Park."
"Ne ,araseo. Hajiman,nan dangsin-eul gidaligo gyesog doebnida." ( baiklah,saya faham.tapi,saya tetap akan tunggu awak )
"Mianhae.." ( saya minta maaf )
Adham pandai cakap hangul? Memanglah sebab Adham merupakan cucu kepada Park Min Seok,seorang ahli niaga yang terkenal di Korea. Park Min Seok mula menganut Islam setelah berjumpa dengan cintanya. Setelah itu,beliau belajar tentang Islam sebelum membuat keputusan untuk menikahinya.Okay,dah sambung balik..
*end of flashback*
Lagu Love Story berbunyi menandakan panggilan masuk. Airin segera mengambil telefonnya,melihat nama si pemanggil.
"Assalamualaikum..Yes Adham,what you want?"
"Waalaikumussalam..Saje nak call,tak boleh ke?"
"Kalau tak ada apa-apa,saya tutup phone."
"Okay,keluar rumah sekarang. Saya tunggu kat luar. "
Airin melihat ke arah pagar melalui tingkap biliknya. Dilihatnya Adham sedang melambaikan tangan. Airin mendengus. 'Dia ini tak faham bahasa ke?
Aku dah guna bahasa melayu,bahasa inggeris dan bahasa korea,takkan nak suruh aku guna bahasa jepun pula?'
Share this novel