BAB 27

Romantic Comedy Completed 88973

"Wah,besarnya rumah awak Arash! Jadi ini bakal mertua saya lah ye?" Maya Ariana segera menyalami Datin Qaisara. Maya Ariana dibawa pulang setelah diizinkan pihak hospital. Dato' Amran menasihati agar Airil Shah membiarkan dahulu Maya Ariana tinggal bersama mereka.

"Maya,mummy gan daddy memang mertua awak pon. Awak isteri Airil." Lembut tutur bicara Arash Shah. Maya Ariana menoleh Airil Shah dan memandang semula Arash Shah. " Tapi,saya nak kahwin dengan awak. Saya tak nak orang lain. Walaupun dia adik awak. Hmphh.."

*************************************

"Adham,kenapa semua orang yang aku sayang aku tak mampu miliki? Aku cintakan Ana tapi Allah cabut nyawa dia. Aku cintakan Maya tapi hati Maya pada abang Arash. Adakah semua ni salah aku sebab aku rampas Maya dari abang Arash?"

"Woi apa cakap camtu? Mengucap Airil. Kau jangan salahkan takdir. Dia tahu apa yang terbaik untuk kau. Lagipun,kau tak rampas Maya. Kau pon tak tahu hubungan Maya dengan abang Arash. Takpe,kau kena berusaha untuk ingatkan kembali ingatan Maya. Aku akan bantu." Nasihat Adham. ' Ya Allah ,janganlah Kau duga kehidupan Airil melebihi kemampuannya.'

**************************************

Arash Shah dan Maya Ariana duduk di laman belakang sambil melihat gambar-gambar perkahwinan Airil Shah dan Maya Ariana. Namun,Maya Ariana hanya menjeling seolah-olah tidak berminat.

"Saya tak nak tengok gambar dia!! Saya nak tengok gambar kita!!" Maya Ariana merengek.

"Eh,awak jangan nak mengada-gada. Malam ni awak siap-siap,kita pergi dinner." Airil Shah muncul tanpa diduga. Pedih di hati terasa apabila isteri sendiri tidak menginginkannya. Takpe Airil,kau ada masa lagi.

"Taknak!! Kalau Arash ikut baru saya ikut. Saya tak nak dengan awak. Buekk..?o? " Maya Ariana menjelir lidah lalu berlari masuk ke dalam. Airil Shah tersenyum melihat kenakalan Maya Ariana.

**************************************

di restoran Dubu Dubu,One Utama~~

"Tak payahlah nak buat muka sangat. Sejam tak bersama dengan abang Arash tak matilah." Ujar Airil Shah. Dari tadi kau buat muka Maya. Aku cubit karang. Hish..

"Masalahnya saya tak nak dengan awak! Saya nak Arash! Saya tak suka awak,saya suka Arash!!" Jerit Maya Ariana. Orang di sekeliling hanya tersengih melihat.

"Awak fikir saya suka awak? Saya pon tak suka awak!" Airil Shah membalas.

"Kalau anda berdua nak buat bising,sila keluar. Jangan ganggu customer saya." Pemilik restoran tersebut memarahi Airil Shah dan Maya Ariana. Mereka menjadi serba salah. Hanya sengihan yang mampu diberikan. "Hehe..maaf.." Jawab mereka serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience