BAB 19

Romantic Comedy Completed 88973

Maya Ariana,Alya dan Airin berjalan-jalan di taman. Cuba meredakan kegelisahan yang melanda pada diri Maya Ariana. Aunty Zara pula hanya membiarkan Maya Ariana mengambil cuti kerana harapkan saja badan Maya Ariana ada di butik,fikirannya melayang entah ke mana. Aunty Zara pula memahami Maya Ariana. Biasalah perkara sebegini berlaku. Aunty Zara pun pernah mengalami zaman remaja.

"Maya. Maya Ariana!!" Terdengar jeritan memanggil nama Maya Ariana. Mereka melihat ke arah belakang. Huh. Arash Shah. Arash Shah segera merapati Maya Ariana.

"Eh,jangan dekat-dekat. Kau nak aku sepak kau? Dahlah tinggalkan kawan baik aku. Kau nak apa lagi ni? Kau tinggal jelah kat London tu." Marah Alya. Gunung berapi dah meletus, maka janganlah buat hal lagi ya?

"Aku nak jumpa Maya sekejap. Takkan tak boleh?" Soal Arash Shah. "Then,kau nak sakitkan hati dia lagi lepastu?" Airin segera menekup mulut Alya. Moral value for today,jangan benarkan Alya bersuara!

"Alya,dahlah tu. Kenapa Arash?" Maya Ariana memandang Arash Shah. Aduhh.. menatap sekali lagi muka lelaki yang pernah dicintainya. Yang dulu berjanji sehidup semati. Yang dulu hanya kenangan manis yang tercipta. Tapi, dengan statusnya kini,mampukah dia menerima lelaki yang pernah mengetuk pintu hatinya? Maya, kau isteri Airil! Walaupun cinta kau pada Airil tak sama dengan cinta kau pada Arash, Airil lebih berhak menerima cinta kau.

"Maya,I'm really really sorry,okay? Jujur dari hati tak pernah terlintas di hati saya untuk tinggalkan awak. Untuk pergi begitu sahaja. Saya dah janji yang saya akan bahagiakan awak,awak lupa ke?" Sayu suara Arash Shah saat menerangkan segala-galanya. Oopss,bukan segala-galanya lagi. Ada lagi rahsia yang tersembunyi.

"Tapi Arash,saya isteri Airil! "

"Tapi awak masih belum benar-benar mencintai dia."

"I'll try. Now,leave me okay? Don't ever come into my life again." Maya Ariana melangkah laju meninggalkan Arash Shah. Air mata yang gugur disapu cepat.

'Maya,saya tahu awak akan cuba untuk mencintai Airil. That's why saya akan bantu. Dan awak tak perlu risau. Suatu hari nanti saya memang akan tinggalkan awak. Dan saya harap waktu tu nanti,awak dapat mencintai Airil sebagaimana cinta yang pernah kita bina dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience