BAB 48

Romantic Comedy Completed 88973

"Cepatlah siap!!!! Bila saya keluar,awak merajuk. Awak cakap saya tak spend waktu dengan Riz. Ni,saya dah ajak awak keluar,awak mengada-ngada pulak. Cepatlah!! Riz penat tunggu mama dia siap ni." Airil Shah membebel. Maya Ariana memuncungkan mulutnya,melihat ke arah Hafreez Shah. Si kecil Hafreez Shah tergelak melihat kerenah ibu bapanya. Entah faham entah tidak apa yang berlaku. Tak padan dengan besar betul ibu bapanya .

"Aww. Comelnya Riz. Dah pandai gelak ya? Ke Riz perli mummy dengan daddy hah?" Maya Ariana mencium pipi Hafreez Shah. "Papa Riz pun nak kiss daripada mama Riz." Airil Shah mula merengek namun tidak dilayan oleh Maya Ariana.
"Saya dah siap dah ni. Jom kita keluar makan Riz." Airil Shah mengambil Hafreez Shah dari dukungan Maya Ariana. Lantas Maya Ariana memegang erat tangan suaminya.

Sebaik sahaja keluar melepasi pintu rumah,Maya Ariana terus menuju ke kereta milik Airil Shah. Airil Shah hanya tersenyum melihat gelagat Maya Ariana yang semakin lama semakin kebudak-budakkan. "Kenapa awak pergi dekat kereta saya? Ada saya cakap ke kita nak makan kat mana?" Airil Shah tersenyum nakal. Maya Ariana pula tidak faham apa yang ingin Airil Shah sampaikan. "Tapi awak cakap kita makan kat luar?"

"Memanglah kat luar. Kat luar rumah. Haha." Berdekah-dekah ketawanya. Airil Shah membawa Maya Ariana dan Hafreez Shah ke tempat makan malam mereka yang hanya terletak di dalam kawasan rumah mereka. Maya Ariana mencubit lengan Airil Shah sekuat hati tanpa belas kasihan meskipun berkali-kali Airil Shah memohon maaf.

"Okay,okay. Saya minta maaf. Ala,ni je yang sempat saya sediakan. Lagipun bahayalah Riz keluar malam-malam. Dia demam nanti macam mana. Kalau awak yang demam saya tak kisah."

"Saya pun tak kisah kalau awak demam. Dah pandai annoying ye sekarang. Siapa ajar?"

"La,isteri sayalah yang ajar. Takkan orang lain kot."

"Excuse me. Saya ajar benda yang baik je. Jangan memandai-mandai."

Seusai habis makan malam,mereka kembali ke dalam bilik. Hafreez Shah sudah pun terlelap dek kepenatan meskipun hanya makan di kawasan banglo mereka . Airil Shah dan Maya Ariana baring di atas katil selepas itu. "Maya,ada apa-apa mengganggu awak ke? Kenapa awak macam tak puas hati dengan saya?" Airil Shah menyoal selepas memastikan Maya Ariana masih belum melelapkan mata.

"Mana adalah. Saya okay je. Cuma saya rasa awak yang sembunyikan sesuatu daripada saya." Maya Ariana merenung tajam ke arah Airil Shah. Airil Shah hanya tergelak kecil. "Hurmm,hah. Saya ada sesuatu nak bagitahu awak. Awak ingat tak Ana?"

'Boleh pulak dia nak throwback kenangan dia dengan Ana? Eh,mamat ni kan. Tak nampak ke isteri kat sebelah ni ,janganlah cakap pasal perempuan lain. Aku sekeh jugak dia ni.' Maya Ariana mengetap gigi. Lalu, dia memusingkan badannya ke arah lain. Airil Shah hanya termangu seketika. 'Aku salah cakap ke?'

*************************************

Airil Shah merenung fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Diambil satu lantas diselak-selak. Semenjak kelahiran Hafreez Shah,kerjanya di pejabat makin bertambah. Dato' Amran pula seminggu sekali pasti akan ke luar negara untuk menguruskan kerja di sana. Meskipun sudah banyak kali Airil Shah mempelawa diri untuk menggantikan tempat Dato' Amran ke luar negara,tapi tidak pernah sekalipun diluluskan oleh Dato' Amran kerana beliau mengharapkan puteranya itu lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi,nasib baik Adham sudi membantu Airil Shah menguruskan syarikat tersebut. Mudah sedikit kerjanya. Ketukan di pintu kedengaran.

"Masuk." Airil Shah memberi jawapan.

Adham membawa 3 fail di tangannya. Dia duduk menghadap Airil Shah lalu memberi fail-fail tersebut kepadanya. "Kau tahu tak,ada masalah dekat Korea tu. Tapi,tak adalah masalah besar pun. Tu je yang aku nak inform. Sepatutnya aku kena inform kat Dato' tapi Dato' kan tengah sibuk kat tanah Arab tu. So,kau boleh tak gantikan tempat Dato' pergi sana?" Sebaik sahaja Adham habis berbicara,Airil Shah terus melepaskan tawanya. "Sejak bila kau panggil Dato'? Selama ni uncle je."

"Ala,kau ni kan. Tak adalah, aku dengar mulut-mulut berbicara. Diorang cakap aku terlalu rapat dengan kau dan Dato'. Diorang jealous aku panggil uncle. Tak pasal-pasal aku dipulaukan." Jawab Adham dengan muka sedih.

"Kesiannya kau. Aku simpati. Tapi,bagus jugak kan. Kalau macam tu kau dapatlah bezakan pejabat dan rumah."

"Amboi,main kasar nampak. Dahlah. Kau boleh pergi Korea ke tak ni?"

"Haha. Hurmm,entahlah. Apa kata kau yang pergi? Lagipun family kau kan kat sana. Alang-alang konfirmkan kat 'omma' kau tu. Kau kan dah lamar Airin. Mintak permission parent kau. Ada keberkatan di sebalik keizinan dan kerestuan diorang."

"Baiklah ustaz. Hah! Kau dah cakap kat Maya pasal Ana belum?" Adham ingin keluar tetapi apabila dia teringat perkara tersebut,dia duduk semula.

"Dia tak nak dengar. Aku tak tahu kenapa mood dia jadi macam ni." Airil Shah mengeluh. Pada waktu itu juga, Airil Shah dan Adham berpandangan sesama sendiri.

"Dia mengandung lagi?" Tanya mereka serentak.

"Ah,tak mungkin." Jawab mereka juga serentak dan ketawa mereka galak kedengaran di dalam bilik.

*************************************

Maya Ariana membuka pintu sebuah butik yang telah lama tidak dikunjunginya. Hafreez Shah lena tertidur dalam dukungan Maya Ariana. Sebaik sahaja melangkah masuk,terus dicarinya pemilik butik itu.

"Maya!!!"

"Aunty Zara!!!"

Mereka berpelukan melepaskan rindu masing-masing. Setelah bertanya khabar, aunty Zara mengajak Maya Ariana duduk di sofa menyambung perbualan.

"Airil mana?" Soal aunty Zara.

"Airil kat pejabat dia. Kenapa? Aunty nak jumpa Airil ke?" Maya Ariana menyoal semula.

"Bukan lah macam tu. Tapi, semalam Airil call dia cakap dia nak datang sini beli gaun pengantin. Yang kamu berdua nak beli gaun pengantin kenapa? Nak cakap untuk bakal menantu kamu,Riz pon kecil lagi. Allah,lupa pulak aunty. Untuk Airin dengan siapa nama budak tu? Adam? Azam? " Entah nama siapa lagi disebutnya.

Asalkan semua nama yang bermula huruf A. Maya Ariana tertawa melihat aksi aunty Zara.

"Adham lah." Aunty Zara tergelak sendirian.

Dalam banyak-banyak nama yang disebut,tak ada satu pun yang betul. Maya Ariana tersenyum tapi dalam hatinya berteka-teki. 'Airil tak cakap apa-apa pun kat aku? Kenapa dia rahsiakan benda ni? '

Maya Ariana ingin bertanya lanjut tetapi pelanggan yang baru sahaja tiba di butik aunty Zara mengejutkannya.

'Airil?!'

Airil Shah terkejut melihat Maya Ariana di situ. Dia segera menyampaikan senyuman pada Maya Ariana dan aunty Zara. Gadis yang berada di sebelah Airil Shah juga tersenyum walaupun tiada siapa mengenalinya.

"Oh ya. Maya,inilah Ana,yang saya pernah cerita dulu. And Ana,this is Maya,my childish princess ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience